Aku tanya apa khabar...semuaa...
Pada suatu petang yang hening, semut-semut pun berkeliaran ke sana kemari, Senah bersimpuh di anak tangga sambil bermain mata dengan abg sado yg sedang gigih mencuci kereta di hujung kampung..
Sedang aku pula beronline dengan riang gembira.. berteman kan rama-rama yg bertebaran di tirai tingkap
Setelah 188 tahun sepurnama rembulan blog tidak terusik...
Tiba-tiba hatiku tergerak terdetik betik sedetik lebih untuk membuka kembali blog tidak berilmiah ku ini..
Melihat lihat kembali entri entri lama dan komen rakan2 yang bercanda gurau usik mengusik antara satu sama lain. Aku tersipu2 malu sendiri. Boleh tahan bangang juga post dulu2 (dan juga kini). Kalau Cikgu Bahasa Melayu aku yang garang macam Singa betina Kelaparan kebulur tak makan seminggu tu baca benda2 merapu yang aku tulis ni mau mengamuk beliau sambil gigit2 bantal agaknya..
Lepas tu aku tengok nuffnang..aku tenung lama2 bahagian duit terkumpul tu...
aku urut dada kejap, sedut nafas dalam2 kemudian hembus nafas slow... gosok2 mata...
kebil2 mata...pejam buat muka comel jap....Lepas 3 saat cubit2 perut sampai kesakitan menggelupur. Semua prosedur di atas adalah untuk mempastikan adakah aku sedang bermimpi di samping bidadari atau berpijak di bumi yang nyata...dan setelah pasti ini adalah realiti aku kagum sebentar..
"Hmm..boleh tahan"..bisik aku di dalam hati bernada angkuh
Sambil tersenyum, perlahan2 aku bangun dari kerusi, berpaling dengan penuh gaya..
Kemudian meninggalkan komputer keseorangan..
Pages
mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu
mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat
bukan mengkritik dengan emosi
twitter @MrAyuL
twitter @MrAyuL
.
Saturday, January 17, 2015
Saturday, April 13, 2013
Terkini
Dah lama betul aku tak update blog macam zaman muda remaja dulu. Terlalu banyak perkara yang dah berubah bila aku ngadap balik dunia maya ni. Kecewa dan hampa bila usha balik blog blog feveret untuk santapan minda ada yg gagal d kesan.
Kenapa berhenti menulis woi?
Banyak benda aku nk cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Sekarang ni tgh tunggu bini aku interview. Bapak la bosan dia punya lama tu boleh berkematu bontot tunggu.
Ya aku sudah berbini dan baru aku faham perasaan bapak aku bila mana sang isteri start membebel bebel kalau kita ada buat mistake atau terlupa sesuatu..
Rasa comel je tgok mulut dia ngomel2 bebel2..pastu kene cium haa diam kau..
Tapi serius kena bebel memang tak best -_-"
Ok dah tau nak tulis amende..nanti aku update pasal honeymoon kitorang kat bali.
Aku akan share tips2 hebat..jangan salah faham bukan tips2 hebat d ranjang..haha
Tips cara macam mana nak rancang agar percutian korang ke Bali dengan hanya bajet rendah tapi apa yang korang dapat tu berbalo baloi..haa ada faham?
kalau malas nak pikir guna agent je la tapi rugi macam patut korang just spent 1000 tapi korang kena bayar 2000..ini contoh je aku nak bagi korang gambaran kerugian. Bayar agent memang secure sebab tak payah pikir pape tapi bagi aku yang amat mementingkan setiap sen keluar dan masuk (baca:kedekut) adalah merupakan satu kerugian beb.
kalau malas nak pikir guna agent je la tapi rugi macam patut korang just spent 1000 tapi korang kena bayar 2000..ini contoh je aku nak bagi korang gambaran kerugian. Bayar agent memang secure sebab tak payah pikir pape tapi bagi aku yang amat mementingkan setiap sen keluar dan masuk (baca:kedekut) adalah merupakan satu kerugian beb.
nanti dulu jangan teruja sangat. sebab ni pun aku tak tahu entah bila lagi la aku rajin nak update.. hehehe
adios amigos
adios amigos
Wednesday, April 3, 2013
Puas?
Adakah dengan mencapai apa yang kau inginkan akan mengakhiri titik noktah kepuasan?
Tidak
Kau akan ke fasa seterusnya mendaki keinginan demi keinginan..
tiada berpenghujung
Tidak
Kau akan ke fasa seterusnya mendaki keinginan demi keinginan..
tiada berpenghujung
Subscribe to:
Posts (Atom)