Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Saturday, January 17, 2015

Hai

Aku tanya apa khabar...semuaa...

Pada suatu petang yang hening, semut-semut pun berkeliaran ke sana kemari, Senah bersimpuh di anak tangga sambil bermain mata dengan abg sado yg sedang gigih mencuci kereta di hujung kampung..

Sedang aku pula beronline dengan riang gembira.. berteman kan rama-rama yg bertebaran di tirai tingkap

Setelah 188 tahun sepurnama rembulan blog tidak terusik...
Tiba-tiba hatiku tergerak terdetik betik sedetik lebih untuk membuka kembali blog tidak berilmiah ku ini..

Melihat lihat kembali entri entri lama dan komen rakan2 yang bercanda gurau usik mengusik antara satu sama lain. Aku tersipu2 malu sendiri. Boleh tahan bangang juga post dulu2 (dan juga kini). Kalau Cikgu Bahasa Melayu aku yang garang macam Singa betina Kelaparan kebulur tak makan seminggu tu baca benda2 merapu yang aku tulis ni mau mengamuk beliau sambil gigit2 bantal agaknya..

Lepas tu aku tengok nuffnang..aku tenung lama2 bahagian duit terkumpul tu...
aku urut dada kejap, sedut nafas dalam2 kemudian hembus nafas slow... gosok2 mata...
kebil2 mata...pejam buat muka comel jap....Lepas 3 saat cubit2 perut sampai kesakitan menggelupur. Semua prosedur di atas adalah untuk mempastikan adakah aku sedang bermimpi di samping bidadari atau berpijak di bumi yang nyata...dan setelah pasti ini adalah realiti aku kagum sebentar..

"Hmm..boleh tahan"..bisik aku di dalam hati bernada angkuh

Sambil tersenyum, perlahan2 aku bangun dari kerusi, berpaling dengan penuh gaya..

Kemudian meninggalkan komputer keseorangan..