sebenarnya aku kena tulis 'Apesal?'
'Apehal' tu kasar bunyinya macam nak ajak bertumbuk..
Apebenda yang aku nak tulis tadi?
ok dah ingat
Sepanjang percutian aku di rumah sendiri, khidmat aku sebagai 'supir' diguna sebaik mungkin. Supir kepada sang ibu yang mahu ke sana kemari. Mak aku tak larat nak bawak kereta..tu mak aku cakaplah padahal nak bermanja dengan anak bujang dia. Macam lah aku tak tahu.
Sebagai seorang insan yg penuh khilaf, tercetus rasa berat dan malas untuk memenuhi tuntutan sang ibu..dalam malas-malas tu tetap buat jugaklah..(macam tak ikhlas?)
Secara tiba-tiba hati kecil ini terdetik...
"Apelah sangat tolong hantar mak kau kejap, dulu kau kecik-kecik mak kau jugak yang hantar kau pegi tuisyen dari bengap sampailah kau jadi pandai...."
hati kecil terus memutar kembali memori-memori silam
"mak kau jugak yang bagi kau makan nestum kenyang-kenyang sampai pipi kau tembam badan sihat"
"mak kau jugak yang belikan kau mainan lego"
"bapak kau jugak yang tolong belasah kau sebagai pedoman sebab kurang hajar dengan mak"
"mak kau jugak yang tolong kau buat kerja sekolah"
"bapak kau jugak yang tolong bagi birat badan sebab malas mengaji" (bab bapak je mesti brutal )
dan beratus lemon lagi jasa yg korang pun sendiri tahu..
Kenapa kita sebagai seorang anak mesti tercetus detik hati malas, menyampah, berat hati, rasa diganggu dan berbagai-bagai lagi cetusan berbaur negatif??
why bebeh??
Kenapa tidak membantu memberi khidmat segera dengan gembira dan berlapang dada?
Bila dah kurang hajar tu nanti lepas tu baru menyesal...( aku la tu)
Macam ni lah..cuba ketepikan perasaan tu..cetusan-cetusan negatif tu sedikit demi sedikit..
Cuba.
Sekurang-kurangnya kau mencuba, tidak mustahil lama-kelamaan ringan tulang untuk berjasa.
Kasih Ibu membawa ke syurga..kasih anak?
Berusaha lagi wahai anak untuk mengasihi ibu dan bapamu
p/s Rasa keinsafan itu penting untuk timbal balik sifat dan perilaku diri kau
.
