Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Tuesday, September 21, 2010

Surat cinta sedih ayat bumbustik untuk awak

(bumbustik=bombastik)



ehem2

Izinkan saya Menyoroti isi hati saya kepada awak

nanti!! jangan pergi dulu!!!

harap awak sudi membaca luahan picisan saya ini

Darsawarsa ini, fikiran saya sering berkolaborasi dengan jiwa saya untuk sering mengingati awak

kalau awak perasan slama ni saya sering mengamalkan sikap altruisme bila bersama dengan awak

mayapada
saya tak kan indah tanpa kehadiran awak

mmc2 gaya caring telah saya manifestasikan depan awak

saya tahu tak banyak prasarana yang boleh saya sediakan

tapi berilah saya peluang

Ghalibnya awak sentiasa d sisi saya...tapi skrg tak lagi

apakah petualang hubungan kita?

apa lagi wadah yang patut saya gunakan utk meyakinkan awak?

tak cukupkah memorabilia manis kita selama ini?

kita berjaya mengelak Kebejatan moral bersama2

jangan lah awak pandang enteng kesungguhan saya ini

kerana semua usaha saya ini diimplimentasikan hasil ketekunan saya mengkaji karya2 Dr.Fadhilah Khamsah

Tiap kali Nirmala muncul, mcm2 rancangan telah saya sediakan untuk kita berdua

kadang2 saya Delinkuen demi kerana awak

perasaan saya terhadap awak meningkat saban hari Secara anologi

awaklah indikator saya

hidup saya berjalan secara Pragmatis disebabkan awak

awak tolonglah jangan terlalu Nafsi dan evasif

kita hidup ni pon janga terlalu hedonisme

fikiran saya sekarang semakin Ruwet

kerana selama ini saya jangkakan kita adalah pasangan yang Ideal


Namun tiba2 awak berubah menjadi Sofistikated

Pidana apakah yang telah saya lakukan?

Sekarang saya sedang mengumpul Swadaya

agar diri tetap kuat

kalau kita mampan, mungkin hubungan kita tak akan jadi mcm ni

kalau hubungan kita berjalan lancar, kita boleh menyumbang modal insan kepada negara

Mungkin kita yang masih Darah setampuk pinang

Kalau berterusan macam ni rancangan Serampang dua mata saya nampaknya semakin kabur

apakah justifikasi awak? buat saya macam ni?

tindakan awak betul2 menggamit seribu persoalan

Adakah awak tak Kondusif selepas ternampak tahi lalat berbulu yg besar kat belakang saya tempoh hari?

tidakkah awak rasa ia adalah satu pandangan yang Gramatis?

selepas kejadian berdarah itu awk berubah menjadi cauvinisme dan mengabaikan saya

Nampaknya impian saya untuk Melestarikan hubungan kita akan hancur tak lama lagi kalau awak betrerusan begini


Saya masih cuba untuk kekal Produktif dan terus bertahan


sehingga la awak berikan jawapan yang jitu


saya tunggu......




eh? awak baca sampai abis eh?

tahniah2..hehe

kalau awak pening dengan tulisan saya ni awak bleh la rujuk LINK INI sebagai rujukan


bye2


^_^

Monday, September 13, 2010

Misteri kehilangan kura2 belaan

Ini bukan kes misteri kehilangan sosilawati yg dipukul sampai mati pastu dibakar tu..tapi kes misteri kehilangan seekor kura2 belaan yg bernama meymo.

tadi kazen aku n family dtg beraya..diorang bwk la kura2 belaan diorang tu..dulu masa mula2 aku jumpa kura2 tu kecik je saiz nya..besar sikit dari ibu jari je..skrg da besar mcm ni..


aku ingat kura2 lembab bab2 berjalan ni..tadi bila lepaskan kura2 tu..bleh tahan laju gak dia berlari..

meymo ni pon berani..aku acah nak belasah dia makin dia nk lawan ada la..bukan nak masuk dalam cengkerang dia..so aku batalkan niat jahat aku tu..gerun plak tgok kuku dia yg panjang tu..mulut dia da standby nk gigit..kalau kena gigit tak pasal2 putus plak jari aku nih..

bila dah d lepaskan tu, merayap la si meymo ke sana ke mari dgn riangnya..mungkin meymo terlalu gembira dapat nikmat kebebasan sbb selama ni duk terperap dlm kotak dia tu..

meymo ni confident diri mmg tinggi..lalu selamba je depan kucing rmh aku.."persetan sama lu!" mungkin meymo berkata mcm tu dlm hati.

ntah mcm mana beberapa lama lepas tu kitorang bleh tak perasan tetiba meymo ilang dari pandangan mata kasar kitorang..

puas la mencari sana sini..aunty aku tu mata da berair dan sebak di dada..kura2 belaan tu da mcm ank dia sendiri..da jaga 3 tahun tuuu..sejak dari dia baby....stailo gak amik anak angkat spesis kura2 kan?

mcm2 cara dan ikhtiar kami smua lakukan utk cari meymo..aku cuba berkomunikasi dgn meymo melalui medium hati ke hati tapi gagal sebab aku tak dpt kesan langsung signal dari meymo..mungkin hati memo tak sesuci hati aku..

kitorang semua mcm da putus asa nk cari meymo, semua tempat da selongkar, bawah peti ais, stor, almari, bawah katil, tandas, parking keta, saluran2 longkang berhampiran, semak samun, luar dalam kwsan rumah smua dah khatam..

operasi mencari d hentikan.

family kazen aku masing2 murung..da jemput mkn masing2 ckp kenyang..

lepas solat asar n lepak2..sambung cari balik sambil muka monyok mcm nak nangis (family kazen aku, bukan aku)


Tetiba


kitorang ternampak jiran aku korek sesuatu dari longkang pastu masukkan ke dalam bakul..

nampak dari jauh..mcm seekor kura2!!

Ape lagi..masing2 semua berlari kat jiran aku tu (aku pon join berlari skali, sbb mcm best je)

bila da tgok dekat2 mmg sah bahawa ia adalah seekor kura2..dah tentu lah kura2 tu meymo sbb mana ada org lain yg bela kura2 kat area rmh aku..

kesian meymo badan itam penuh lumpur dan berbau busuk meloyakan..

jiran aku terjumpa meymo tu dlm longkang pastu dia kaut guna pengorek longkang..seb baik jiran aku tu jumpa..kalau tak ape la nasib si meymo tu nnt

bila da setel basuh si meymo tu bersih2 aunty aku bebel2 kat meymo tu..muka memo tu mcm trauma je..

lepas tu masing2 semua bukan main slera lagi bedal makanan2 yg sejak dari tadi terhidang tapi tak terusik...

meymo tak join mkn sbb dia mkn 1 ari skali je dan mkanan meymo adalah ikan goreng..dia tak layan sayur..ape punya spesis kura2 la..

bila da abis makan2 kazen n family pon berangkat pulang.....

masing2 pulang dengan hati yang tenang..muka berseri2..kalau tak muka masing2 semua monyok je..mata berkaca2 menahan air mata kepiluan..lagi2 aunty aku..

punya lah syg diorang kat meymo..

hehe





mungkin meymo akan jadi hidangan mcm sup kura2 ni kalau kitorang tak jumpa dia


Saturday, September 11, 2010

tiba2 semua orang pon hebat bersastera

kulihat henpon..tertera satu mesej

"Ramadan awalnya barakah,
pertengahan yang maghfirah
dan hujungnya pelepasan dari api neraka.
jadikan taqwa matlamat kita
salam ramadhan 1403 hijrah"

selamat hari raya aidilfitri moga syawal tahun ini penuh dengan keberkatan




kemudian ku reply mesej tersebut

"ye2..slamat raya..ayat ucapan bukan main suci..ucapan da warak harap2 perangai setan tu dapat la d kurangkan"


bila raya je ucapan madah berhelah, syair, pantun, seloka gurindam menyiat jiwa semua terserlah....yg ganas2 muka pecah rumah, muka brutal pon tak terkecuali mempamerkan kelembutan jiwa.. tak kurang juga yang amalannya suam2 kuku tapi ayat2 ucapan raya mengalahkan imam besar negeri johor masa imam tu bagi khutbah raya..

betapa uniknya budaya raya kita



kan?


hehe