Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Thursday, October 25, 2012

Raya Korban

Konsep pengorbanan..

Pengertian korban itu sendiri meletakkan kepentingan orang yang lebih berhak  dahulu kemudian baru diri kita.

Sanggup bersusah  demi untuk orang yang lebih memerlukan

Pengorbanan terlahir dari hati yang bersih ikhlas

Dari hati insan yang tidak mementingkan diri



Pernah dalam situasi dimana memerlukan anda beralah... anda buat juga walaupun merasa terpaksa? 
(aku selalu..damn hati tidak cukup bersih untuk berlapang dada)



Jika mencapai tahap dimana anda perlu berkorban bersusah untuk orang yang jelas lebih berhak dari anda dan anda lakukan dengan gembira dan berlapang dada. 

Tahniah aku ucapkan kerana anda memiliki ciri-ciri hati yang bersih.  



Jom kita beramai-ramai berusaha ke arah itu 






.

Wednesday, October 24, 2012

Scandalize

Di suatu petang yang hening..

"You must always scandalize!!"

ujar bos aku dengan tegas sambil bermuka yakin

mata kami bertentangan

perlahan aku menelan air liur yg seakan tersangkut di kerongkong

peluh jantan sayup menuruni tepi dahi..

"Bos...u mean standardize?....

Ujarku sambil buat muka garang... (perlu tunjuk karisma dan tidak mudah mengalah depan bos)

Yes!! Yes!! Anoo..This is the most critical part Oo omai  bla..bla..bla...


Jepun memang bodoh bahasa inggeris tapi bab teknikal memang superb






p/s Bos..saya setia pada yang satu...tidak gemar berskandal....  hehe




.

Sunday, October 21, 2012

Buang masa

Memang..

Dalam dunia ini memang banyak perkara yang kita ingin lakukan, tapi kekadang manusia itu keliru dan tersasar.

'Fokus kepada  apa yang penting sahaja'

itu sudah memadai

Kita banyak buang masa kerana leka melakukan perkara yang tidak perlu sebenarnya


.