Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Wednesday, September 28, 2011

bahagian tepi perut

Bangun pagi...raba perut, rasa senak dan pedih menyelubungi 'bahagian tepi perut'. Berdenyut-denyut bagaikan degupan jantung kucing. Kadang sakit, kadang tidak, kejap kang pedih balik. Perasaan musykil di ketepikan dan meneruskan kehidupan pada hari ini dengan semangat juang yang menggunung tinggi.

Tiba di tempat kerja..

denyutan misteri muncul kembali, kali ini bagaikan  irama dangdut...."nyut nyut nyut" lebih kurang begitu bunyinya...

Masih tetap terus bertahan, mata dikecilkan dan pandangan dilemparkan jauh kehadapan melambangkan dedikasi sebagai seorang pekerja yang terbilang. Segala tugas dibereskan dengan pantas telus dan bersepadu..

Tengah hari

Peluh jantan membasahi pipi, menggigil lutut menggoncang bumi, denyutan misteri pedih menjerut, bagai tusukan sang todak melanggar singapura.

kepedihan 'bahagian tepi perut' menggila...meronta-ronta Bagaikan Rasukan Sang Iblis
Duri menceracak tujah menikam..perit mengalir hangat menjalar.

menggeletar tubuh


menggelupur

















amacam?
feel tak dia punya sengsara?







Hari ini aku ditimpa malapetaka.. di mana 'bahagian tepi perut' aku diserang kesakitan yang agak janggal bagi aku sebab ni first time aku kena sakit macam tu..punyalah payah aku nak describe macam serupa apakah kesakitannya itu..

bukan sakit perut.

cucuk-cucuk tepi perut tu pedih woi..cuba bertahan namun tewas akhirnya..lunch aku terus pi klinik..check2..doktor cakap

"usus awak dimasuki angin"

"kejadah?" * bisik aku di dalam hati,

namun lega jugak sebab aku suspect apendiks

doktor bagi ubat dan mc half day suruh berambus balik rumah berehat.





kini aku terlantar di katil menikmati feeling sakit yang pelik ini







.















.

8 comments:

yanamib said...

ouh usus msk angin je..bkn gastrik?? hihi mkn jaga bro..tu la ko bajet taf sgt..ngee~ get well soon =)

Hana Soffelia said...

Gila puitis menerangkan kesakitan itu. Sampai menusuk2 sama kesakitan itu dirasakan di tepi perutku. haha

btw, Hana pernah gak rasa skt mencucuk macam tu. Nak bengkokkn badan rasa skt, nak tegakkan apatah lagi. kena pegang je tempat yg mencucuk tu. But xdelah serius mcm u alami tu.

HEROICzero said...

minum teh halia , buang angin . hehe .

ye la kot , kalau masuk angin , memang rasa pedih sangat .

Unknown said...

huiiii get well soon =)

Amir Syahir said...

aaaa.

Unknown said...

bc pendahuluan die da ley agk
suspek apendik punye



tc
jga makan

Hansyirah Takezur said...

ingtkn senggugut td... =.=''

miera said...

usus masuk angin bukan nak kentut ke? hahaha!

nampaknya, santau aku dah menunjukkan hasil... Muahahahhahaha!