Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Friday, September 7, 2012

Idea of inception

Inception...

Menanam 'idea yang kita terbitkan' ke dalam minda orang lain dengan tujuan untuk meyakinkan mereka bahawa mereka harus berfikir seperti apa yang kita inginkan.

'idea yang kita terbitkan' itu boleh jadi sesuatu yang palsu atau benar.

Sebenarnya, secara tidak langsung  tanpa kita sedari kita telah pun melakukan proses 'Inception' tersebut dalam kehidupan seharian kita ni.

Meyakinkan bos dengan idea kita untuk menstrukturkan semula proses untuk menjimatkan kos operasi...
Meyakinkan member yang menuntut hutang bahawa kita tak dapat bayar sebab duit guna untuk repair kereta padahal dah guna untuk shoping
Meyakinkan Ibu di kampung halaman result study ok padahal hancur.
Meyakinkan para pelajar kita bahawa sudut geografi mempengaruhi peratus jualan produk dalam subjek ekonomi.


Keberkesanan proses kawalan minda terhadap orang lain ini bukan terletak kepada kesahihan atau kepalsuan maklumat tersebut, tetapi kekuatannya terletak kepada cara penyampaian kita yang meyakinkan mangsa atau target. Dan susunan maklumat yang kita sampaikan itu nampak logik dan bernas.


Arkitek itu kita sendiri, merekabentuk dan merancang susunan idea yang ingin kita sampaikan kepada target kita


maklumat benar atau palsu.
digunakan ke arah kebaikan, atau disalah guna, ..

terpulang kepada individu itu sendiri.


Contoh mudah....Ahli politik



..



#Kadang-kadang aku memang suka berfikir, kadang-kadang aku suka merepek dan berjimba-jimba.....multy tasky, best kan? keh3






.

7 comments:

Nurul Ayu said...

Aku rasa mcm tgh tgk cerita inception..aku sgt cantik tau..seriussss.. *inception

Nveil said...

aku tak tahu kenapa aku baca "meyakinkan bos dengan idea kita" sebagai "membaraikan bos dengan idea kita". uh hum.

Duniakuabstrak said...

Ayue- hahaha nak kena lempang cakap je lah

Nveil said- keh3 bergantung kepada kebernasan idea

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

kadang kala kepandaian dijadikan alat untuk melepaskan diri. juga untuk kepentingan diri.

tak berapa molek kan?

Duniakuabstrak said...

Setiap perkara itu pada dasarnya menjurus ke arah perkara yang elok-elok..Cuma menjadi keji apabila ia disalah guna.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

ianya bergantung pada iman... kan?

Qib said...

one of the greatest movies ever produced~