Aku tanya apa khabar...semuaa...
Pada suatu petang yang hening, semut-semut pun berkeliaran ke sana kemari, Senah bersimpuh di anak tangga sambil bermain mata dengan abg sado yg sedang gigih mencuci kereta di hujung kampung..
Sedang aku pula beronline dengan riang gembira.. berteman kan rama-rama yg bertebaran di tirai tingkap
Setelah 188 tahun sepurnama rembulan blog tidak terusik...
Tiba-tiba hatiku tergerak terdetik betik sedetik lebih untuk membuka kembali blog tidak berilmiah ku ini..
Melihat lihat kembali entri entri lama dan komen rakan2 yang bercanda gurau usik mengusik antara satu sama lain. Aku tersipu2 malu sendiri. Boleh tahan bangang juga post dulu2 (dan juga kini). Kalau Cikgu Bahasa Melayu aku yang garang macam Singa betina Kelaparan kebulur tak makan seminggu tu baca benda2 merapu yang aku tulis ni mau mengamuk beliau sambil gigit2 bantal agaknya..
Lepas tu aku tengok nuffnang..aku tenung lama2 bahagian duit terkumpul tu...
aku urut dada kejap, sedut nafas dalam2 kemudian hembus nafas slow... gosok2 mata...
kebil2 mata...pejam buat muka comel jap....Lepas 3 saat cubit2 perut sampai kesakitan menggelupur. Semua prosedur di atas adalah untuk mempastikan adakah aku sedang bermimpi di samping bidadari atau berpijak di bumi yang nyata...dan setelah pasti ini adalah realiti aku kagum sebentar..
"Hmm..boleh tahan"..bisik aku di dalam hati bernada angkuh
Sambil tersenyum, perlahan2 aku bangun dari kerusi, berpaling dengan penuh gaya..
Kemudian meninggalkan komputer keseorangan..
Pages
mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu
mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat
bukan mengkritik dengan emosi
twitter @MrAyuL
twitter @MrAyuL
.
Saturday, January 17, 2015
Saturday, April 13, 2013
Terkini
Dah lama betul aku tak update blog macam zaman muda remaja dulu. Terlalu banyak perkara yang dah berubah bila aku ngadap balik dunia maya ni. Kecewa dan hampa bila usha balik blog blog feveret untuk santapan minda ada yg gagal d kesan.
Kenapa berhenti menulis woi?
Banyak benda aku nk cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Sekarang ni tgh tunggu bini aku interview. Bapak la bosan dia punya lama tu boleh berkematu bontot tunggu.
Ya aku sudah berbini dan baru aku faham perasaan bapak aku bila mana sang isteri start membebel bebel kalau kita ada buat mistake atau terlupa sesuatu..
Rasa comel je tgok mulut dia ngomel2 bebel2..pastu kene cium haa diam kau..
Tapi serius kena bebel memang tak best -_-"
Ok dah tau nak tulis amende..nanti aku update pasal honeymoon kitorang kat bali.
Aku akan share tips2 hebat..jangan salah faham bukan tips2 hebat d ranjang..haha
Tips cara macam mana nak rancang agar percutian korang ke Bali dengan hanya bajet rendah tapi apa yang korang dapat tu berbalo baloi..haa ada faham?
kalau malas nak pikir guna agent je la tapi rugi macam patut korang just spent 1000 tapi korang kena bayar 2000..ini contoh je aku nak bagi korang gambaran kerugian. Bayar agent memang secure sebab tak payah pikir pape tapi bagi aku yang amat mementingkan setiap sen keluar dan masuk (baca:kedekut) adalah merupakan satu kerugian beb.

nanti dulu jangan teruja sangat. sebab ni pun aku tak tahu entah bila lagi la aku rajin nak update.. hehehe
adios amigos
adios amigos
Wednesday, April 3, 2013
Puas?
Adakah dengan mencapai apa yang kau inginkan akan mengakhiri titik noktah kepuasan?
Tidak
Kau akan ke fasa seterusnya mendaki keinginan demi keinginan..
tiada berpenghujung

Monday, March 4, 2013
Pencerobohan Lahad datu Sabah
Takziah kepada keluarga yang terkorban.
Amat menyedihkan apabila isu disensasikan
Tidak kurang dijadikan bahan lawak
Saling berbalah fakta siapa lebih power
sedang di sana dalam bahaya dan ketakutan
sedih...sedih..
bangsaku
Negaraku
Wahai Tuhan Kami, Selamatkanlah mereka dari sebarang bencana.
Amin

Friday, February 8, 2013
Hukum menyambut Tahun baru cina
Salam sejahtera sahabat,
Apakah hukum menyambut Tahun Baru Cina? mengikut kajian ringkas yang aku jalankan, dapat disimpulkan
- Harus dengan syarat sebagai menjaga hubungan baik tapi niat tidak redha dengan kepercayaan agama mereka serta tidak terlibat dengan upacara ritual agama mereka.
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)
Petikan Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus
Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan agama lain?
(Jawab) - harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.
Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?
(Jawab) - harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.
Sekian perkongsian ilmu, moga berguna kepada kita semua
Sumber
p/s Tengok limau pun dah tak lalu sekarang, hari-hari dok bedal limau..

Saturday, February 2, 2013
Pilih ini kurang itu
Yang pertama, Design buruk tapi sangat selesa
Yang kedua, Design sangat stylo tapi kurang selesa
Pilih kasut untuk puaskan hati orang lain atau untuk keselesaan kesedapan diri sendiri?
masih konfius

Friday, January 11, 2013
Orang gila je keje pada hari sabtu
Besok adalah hari sabtu dan aku perlu bekerja
Sangat tidak awesome
"Tomorrow You must settle this.." ujar bos
ewah2 mak enon cikebum cikebum... kau suruh aku kasi setel lepastu sedap-sedap kau berholiday bersama anak bini bergembira berjimba sepuas hati sedangkan aku merana bertemankan kepala hotak stress serta hati terguris?
Kejam al zalim weh

Monday, January 7, 2013
Anugerah Juara Lagu musim ke 26
"Lagu macam ni pun boleh jadi juara??!!"
*Bentak Jaafar berwajah bengis menumbuk sofa kemudian berlalu pergi

Wednesday, January 2, 2013
Azam Tahun baru 2013
Labels:
awal tahun,
azam tahun baru,
tahun 2013
Sunday, December 16, 2012
Bahagia sesudah Derita
Untuk sihat kita perlu bekerja keras berlari sehingga penat lelah sengal satu badan, berpeluh, berehat mandi kemudian segar
Untuk Setelkan masalah enjin misteri seorang mekanik perlu 'troubleshoot' pening stress memikir berpenat lelah tonggang terbalik hadap satu per satu part enjin kemudian jumpa jalan penyelesaian enjin setel superb kembali ok seterusnya mekanik tu pun lega dan puas
Untuk masuk syurga seorang manusia itu perlu tahan nafsu godaan wanita seksi, diuji kesusahan depan belakang bawah atas kiri kanan, diuji dihimpit kemiskinan penyakit bencana alam kematian keluarga tersayang dan bermacam juta jenis lagi..
Ternyata untuk Bahagia Derita itu perlu kita hadap
Namun ramai yang memilih untuk sedap dari Derita

Friday, November 16, 2012
Pray for yourself before pray for palestine
Cakap berdegar-degar kutuk Zionis Israel terhadap penindasan terhada rakyat Palestine
Solat pun masih lompong sana sini.
Doa entah ke mana..
Fix yourself first..
.
Solat pun masih lompong sana sini.
Doa entah ke mana..
Fix yourself first..
.
Tuesday, November 13, 2012
Menoleh ke belakang
Bukan tidak boleh langsung menoleh kebelakang...menoleh untuk dikenang difikirkan apa yang pincang kemudian perbaiki yang kurang itu adalah tindakan yang bagus..
bukan menoleh untuk diratapi....
sia-sia
.
bukan menoleh untuk diratapi....
sia-sia
.
Saturday, November 3, 2012
Jangan buat jahat jika mahu Rahmat
Seorang penipu berasa amat marah jika mendapat tahu diri dibohongi
Seorang pencuri rasa nak penumbuk orang yang mencuri barang dia tu
Seorang kaki pukul rasa nak mengamuk orang yang pukul adik dia
Manusia tidak suka benda yang buruk- buruk terjadi ke atas diri mereka
Tapi mereka sering melakukan kerja-kerja hina itu ke atas orang lain
funny kan?
Lagi satu
Punyalah dendam amarah benci kepada orang yang melakukan kesalahan
ke atas diri kita sampaikan keras hati tidak mahu memaafkan kesalahan orang
yang bersungguh-sungguh meminta ampun kepada kita
Abis kau buat bermacam jenis dosa kat Tuhan tu bajet Tuhan nak ampunkan ke?
Once again
Manusia tidak suka benda yang buruk- buruk menimpa diri mereka
Tapi mereka sering melakukan kerja-kerja hina itu ke atas Tuhan mereka sendiri
Obviously funny

Thursday, October 25, 2012
Raya Korban
Konsep pengorbanan..
Sanggup bersusah demi untuk orang yang lebih memerlukan
Pengorbanan terlahir dari hati yang bersih ikhlas
Dari hati insan yang tidak mementingkan diri
Pernah dalam situasi dimana memerlukan anda beralah... anda buat juga walaupun merasa terpaksa?
(aku selalu..damn hati tidak cukup bersih untuk berlapang dada)
Jika mencapai tahap dimana anda perlu berkorban bersusah untuk orang yang jelas lebih berhak dari anda dan anda lakukan dengan gembira dan berlapang dada.
Tahniah aku ucapkan kerana anda memiliki ciri-ciri hati yang bersih.
Jom kita beramai-ramai berusaha ke arah itu
.
Wednesday, October 24, 2012
Scandalize
Di suatu petang yang hening..
"You must always scandalize!!"
ujar bos aku dengan tegas sambil bermuka yakin
mata kami bertentangan
perlahan aku menelan air liur yg seakan tersangkut di kerongkong
peluh jantan sayup menuruni tepi dahi..
"Bos...u mean standardize?....
Ujarku sambil buat muka garang... (perlu tunjuk karisma dan tidak mudah mengalah depan bos)
Yes!! Yes!! Anoo..This is the most critical part Oo omai bla..bla..bla...
Jepun memang bodoh bahasa inggeris tapi bab teknikal memang superb
p/s Bos..saya setia pada yang satu...tidak gemar berskandal.... hehe

Sunday, October 21, 2012
Buang masa
Memang..
Dalam dunia ini memang banyak perkara yang kita ingin lakukan, tapi kekadang manusia itu keliru dan tersasar.
'Fokus kepada apa yang penting sahaja'
itu sudah memadai
Kita banyak buang masa kerana leka melakukan perkara yang tidak perlu sebenarnya

Friday, October 12, 2012
Pahit itu manis
Hari ini aku tersenyum mengenang memori lama itu..
Kadang time kita duduk-duduk terlihat depan mata kita gelagat atau situasi yg mencetuskan kembali ingatan kita kepada perkara silam, boleh jadi sangat lama dahulu yg mana kita langsung lupa sebelumnya...
yang mana perkara yg kita senyumkan dan kenangkan kembali itu boleh jadi perkara yang maha sedih, pedih dan perit
tapi kenapa kita senyum?
kerana selepas itu baru kita tahu 'value' dan kesannya..
Hari ini kau sengsara
Besok kau pasti senyum kerna mengenangkannya kembali
Itupun jika 'besok' itu masih ada..

Wednesday, October 3, 2012
Menongkah arus
Kadang-kadang menongkah arus itu memang sedikit sukar, peduli apa orang kata, yang penting kita tahu apa yang mereka tidak tahu.
.
.
Friday, September 7, 2012
Idea of inception
Inception...
Menanam 'idea yang kita terbitkan' ke dalam minda orang lain dengan tujuan untuk meyakinkan mereka bahawa mereka harus berfikir seperti apa yang kita inginkan.
'idea yang kita terbitkan' itu boleh jadi sesuatu yang palsu atau benar.
Sebenarnya, secara tidak langsung tanpa kita sedari kita telah pun melakukan proses 'Inception' tersebut dalam kehidupan seharian kita ni.
Meyakinkan bos dengan idea kita untuk menstrukturkan semula proses untuk menjimatkan kos operasi...
Meyakinkan member yang menuntut hutang bahawa kita tak dapat bayar sebab duit guna untuk repair kereta padahal dah guna untuk shoping
Meyakinkan Ibu di kampung halaman result study ok padahal hancur.
Meyakinkan para pelajar kita bahawa sudut geografi mempengaruhi peratus jualan produk dalam subjek ekonomi.
Keberkesanan proses kawalan minda terhadap orang lain ini bukan terletak kepada kesahihan atau kepalsuan maklumat tersebut, tetapi kekuatannya terletak kepada cara penyampaian kita yang meyakinkan mangsa atau target. Dan susunan maklumat yang kita sampaikan itu nampak logik dan bernas.
Arkitek itu kita sendiri, merekabentuk dan merancang susunan idea yang ingin kita sampaikan kepada target kita
maklumat benar atau palsu.
digunakan ke arah kebaikan, atau disalah guna, ..
terpulang kepada individu itu sendiri.
Contoh mudah....Ahli politik
..
#Kadang-kadang aku memang suka berfikir, kadang-kadang aku suka merepek dan berjimba-jimba.....multy tasky, best kan? keh3

Friday, August 24, 2012
twitter @MrAyuL
Selamat Sejahtera Ke atas kamu
Bros and sistah, amacam raya?
adakah raya kali ini berjaya memberi kamu sinar pencerahan?
atau adakah kamu masih setan seperti dahulu?
atas tu twitter aku
kepada yang sudi
marilah follow
.
Subscribe to:
Posts (Atom)