Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, October 3, 2011

Isu zizan hina Islam dalam filem Hantu Bonceng

Bukan Ustaz, orang biasa

Ustaz pesen Jatuh hukum
Betul ke Ustaz? so automatik murtad la eh? kena ucap syahadah balik semula..confirm ke ni?
Ustaz pesen maki hamun
   
amboih Ustaz, lancangnya makian Ustaz ni..takut tau, bila baca terus rasa nak insaf...sungguh



tengok video ni...amati setiap bait kata nasihat Ustaz Azhar Idrus..selami dan fahami



Fitnah ni sesuatu yang kita tidak pasti, jangan sewenang-wenangnya kita menghukum orang lain

Tenang dan cool dalam menghuraikan sesuatu isu baru nampak macam orang berilmu





kalau Ustaz Azhar Idrus melenting memaki hamun sama macam tu jugak, agak-agak ada orang respect dan nak dengar ke nasihat dia?






Rumusan dan Kesimpulan 
1.Memaki hamun SAMBIL BERDAKWAH adalah satu usaha yang SIA-SIA
2.Menjatuhkan hukum membuta tuli boleh menimbulkan salah faham










.

Sunday, October 2, 2011

Filem Namewee (Analisis ringkas)







Nasi Lemak 2.0 memang Best. AKU JAMIN 100%

Aku dapat rumuskan kat sini ada pihak yang still tidak berpuas hati dengan Namewee walaupun filem yang dihasilkan agak mantap dan sarat dengan pengajaran.

Namewee ni mulut dia memang agak kurang ajar sikit, carut-carut tu main sedap ikut mulut je, itu memang aku akui.

Dari pengamatan aku, dia berusaha untuk menghasilkan satu movie yang menyampaikan mesej tentang budaya rakyat Malaysia yang seronok ditonton dan berbaloi..sambil kita berhibur sambil tu kita boleh berfikir.

Akan tetapi, walau macam mana hebat sekalipun hasil karya dia, masih ada lagi pihak yang tidak boleh menerima Namewee ni sebab trauma dengan aksi-aksi dia yang melampaui batasan suatu ketika dahulu.

Tapi kalau korang amati betul-betul lirik Negarakuku ciptaan dia tu ADA KEBENARANNYA juga di situ tetapi cara penyampaiannya dianggap SINIS dan KURANG AJAR bagi tanggapan sesetengah pihak

KE YANG MARAH TU SEBAB SENTAP? TERASA? HAHA

Tapi memang budi bahasa sopan santun out terus la Namewee ni...CARUT boleh tahan


NIAT dia memang BAGUS, tapi CARA dia TAK BETUL la..


As for me, aku boleh terima karya dia walaupun aku tak berapa gemar dengan peribadi dia.. Sebab BEST, Kalau yang buat filem tu Steven Spielberg sekalipun TAPI TAK BEST.. TAK GUNA JUGAK..

Aku Rasional orangnya


Boikot Filem dia sebab...

1.Namewee pernah HINA LAGU NEGARAKU (Walaupun Filem dia BEST dan BERBALOI)
2.Namewee Mulut KURANG AJAR (Walaupun Filem dia BEST dan BERBALOI)

Bagi aku macam BUDAK TAK MATANG la wei..

Aku TAK BERAPA GEMAR SIKAP DIA tapi aku tetap support usaha dia..








TAPI





KALAU KAU BELI TIKET WAYANG KIRA KAU SUMBANG KEPADA KEUNTUNGAN SYARIKAT ARAK

DOWNLOAD SECARA HARAM JE.. HAHA







 




Berapa banyak TAPI da entri ni.......(-__-")



















.

Wednesday, September 28, 2011

bahagian tepi perut

Bangun pagi...raba perut, rasa senak dan pedih menyelubungi 'bahagian tepi perut'. Berdenyut-denyut bagaikan degupan jantung kucing. Kadang sakit, kadang tidak, kejap kang pedih balik. Perasaan musykil di ketepikan dan meneruskan kehidupan pada hari ini dengan semangat juang yang menggunung tinggi.

Tiba di tempat kerja..

denyutan misteri muncul kembali, kali ini bagaikan  irama dangdut...."nyut nyut nyut" lebih kurang begitu bunyinya...

Masih tetap terus bertahan, mata dikecilkan dan pandangan dilemparkan jauh kehadapan melambangkan dedikasi sebagai seorang pekerja yang terbilang. Segala tugas dibereskan dengan pantas telus dan bersepadu..

Tengah hari

Peluh jantan membasahi pipi, menggigil lutut menggoncang bumi, denyutan misteri pedih menjerut, bagai tusukan sang todak melanggar singapura.

kepedihan 'bahagian tepi perut' menggila...meronta-ronta Bagaikan Rasukan Sang Iblis
Duri menceracak tujah menikam..perit mengalir hangat menjalar.

menggeletar tubuh


menggelupur

















amacam?
feel tak dia punya sengsara?







Hari ini aku ditimpa malapetaka.. di mana 'bahagian tepi perut' aku diserang kesakitan yang agak janggal bagi aku sebab ni first time aku kena sakit macam tu..punyalah payah aku nak describe macam serupa apakah kesakitannya itu..

bukan sakit perut.

cucuk-cucuk tepi perut tu pedih woi..cuba bertahan namun tewas akhirnya..lunch aku terus pi klinik..check2..doktor cakap

"usus awak dimasuki angin"

"kejadah?" * bisik aku di dalam hati,

namun lega jugak sebab aku suspect apendiks

doktor bagi ubat dan mc half day suruh berambus balik rumah berehat.





kini aku terlantar di katil menikmati feeling sakit yang pelik ini







.















.