Cuti thaipusam dimanfaatkan sepenuhnya oleh aku dengan pulang ke kampung menemui kedua orang tua yang tercinta.
aktivit perkampungan tak payahlah aku bangkitkan di sini kerana semuanya biasa- biasa sahaja, tiada yang luar dari paras normaL mahupun separa NormaL
sekembalinya aku ke wilayah selangor seperti pulangnya sang Hero diraja yang gagah perkasa (sila bayangkan efek khas angin bertiup kencang daun berterbangan di sana sini) wajibLah dijemput oleh seorang yang layak digelar pemandu.
akan tetapi perjanjian perjemputan yang telah dimaktubkan sebeLum itu sewenang-wenangnya teLah dicabuLi, bahkan diri ini juga rasa tercabuL. Aku menanti dan terus menanti dan terus terus menanti...............dan terus menanti........
aku keluarkan handphone yang seakan-akan blackberry (baca: nokia c3) dan menaip dengan pantas lalu dihantar kepada sang pemandu durjana..
"Tahukah kamu bahawa membazirkan masa menunggu selama setengah jam bersamaan dengan 30 minit masa menonton rancangan slot samarinda di TV3, juga bersamaan dengan 1800 saat untuk sepasang kucing berjimak?"
namun hanya dibaLas
"OTW" (baca: baru nak gerak)
kesabaran aku telah sampai kekemuncaknya, hati panas rasa nak meletup dan sebelum terjadi perkara-perkara yang buruk aku cepat-cepat memesan nasi putih berlaukkan ayam kicap serta sayur kobis masak lemak.
kemudian barulah hati kembaLi damai dan tenang dek kekenyangan nikmat rezeki limpahan ILLahi..
setelah menunggu lagi beberapa detik muncuLLah sang pemandu dengan muka yang selamba tanpa rasa bersaLah..hati ini kembali panas meluap-luap membakar meletus-letus, elok je aku nak buka mulut dengan pantas sang pemandu memintas
"ah kau tunggu orang lain lambat sikit tak boleh, orang lain tunggu kau lambat takpe" seraya mengungkit beberapa kisah lampau seperti kisah ini....dan kisah-kisah lain yang lebih kejam..
adakah ini karma? atau aku di karmakan
.
12 comments:
ya.ya.aku setuju.karma.karma..eh.kucing berjimak setengah jam ye ayul..ooo...baru tau.hehehe
hahahaha..karma ko..
esok jgn wat camni kat ak~~
haha~ mst pegi mamak kan. sengaja tak nk mention. wek~!
kalau da bab ngungkit mngungkit ni mmg xley bla la..geram je..
kamasutra kot. hakhakhak tibe2
penantian itu juga mengajar erti kesabaran
haaaa...tergelak bunga kat cini..
jimak tu pe??
padan muka ko.
haha
msti lu slalu intai2 kucin berjimak! -.-"
itu bukan dikarmakan..tapi memg karma!byahahahahaaaa
haha. itu karma kau la. bukan kau dikarma. LOL
aku dulu.. tunggu dekat kl sentral pukol 11pg, tengok2 dorang dtg pukol 12 lebih.. berasap je..
naseb baik dorang blanje mcD.
*makanan ni memang penyejuk hati yang panas kan? hehe
echah mashuri- kucing kuat seks lebih setengah jam kot
medmozel leya- ok tapi tak janji
rina- bukan, betuL bukan..
niesz- betuL..grrr
Lya Colours- wow kamasutra.. keh3
Kazen- isk..insaf 1 minit
bunga- heee
AkU- Jimak itu senaman yang sedap
DAUD- cisss
eiffel- aku dikarmakan, ya aku optimis kaLi ini
nohfee- pergh kalau di belanja macd ke pizza ke kfc ke takpe jugak aku dikarmakan selalu
Post a Comment