Cedok nasik banyak-banyak. ambil ayam masak pedas, sayur bayam, telur dadar, Namun jika tersalah ambil telur dadar yang kecil, toleh kiri kanan,pastikan line dah clear cepat-cepat tuka telur dadar kepada yang lebih besar, bubuh kuah gulai sekali kat nasi lepas tu order air fresh oren
menuju ke kaunter pembayaran dengan aturan langkah penuh berhati-hati dan bergaya
Tatap wajah awek cashier dengan mata yang garang dan memikat hati, bila jarak dah dekat, agak-agak setengah meter, lemparkan senyuman paling memukau sehingga boleh menggugurkan jiwa gadis cashier tersebut. Sambil tersenyum tenung anak mata dia dalam-dalam, bernafas dengan penuh ghairah, kemudian dengan penuh kemachoan sang jejaka tuturkan pertanyaan
"Berapa harga semua ni"?
Konfirm dapat harga murah lepas tu, cara ini juga boleh dipraktikkan oleh para gadis, gay boy dan juga gadis lesbian.
selamat mencuba
Kambing betul, mentang-mentang muka aku tak semenggah...mahal nak mampos kena bayar harga makan nasik.
.
32 comments:
haa kan ?
dah sure takpat diskaun nyer hahaha
kena limit!
kawan3 adik yang boboys pulak suka buat gini, letak ayam besau kat bawah, nasi banyak3, telur goreng kat atas, dengan kuah kari.
haha.
makcik tu nampak telur je. ayam kat bawah3 tu tak nampak.
rina- haih tak elok la camtu..harammmmm
nak diskaun lagi cuba tanya dia direct.. takpun letak lipas.. kah3
asip -letak cicak la pulak, asyik lipas je..haha
nurkaloi - hati dia buta untuk menilai..keh3
dekat kentaki boleh buat ni?
tapi kat tempat aku yang jaga kaunter semua lelaki banyak bulu~~haruskah aku.....
ce bayang buat macam ni dekat boss mintak naik gaji.
bujal X - Ang kalau melawak sampai sakit perut aku ketawa.. jimbit betul
hiro - boleh..dapat no tepon kalau muka kacak, kalau muka tak senonoh dapat penampor
Nveil - aplikasinya pelbagai..boleh..boleh
hahaa..ada jugak cmni
maknanya kalo nak praktik cara ni, kena pakai botox macam ery putra la bang ayul oi.. hihi.. :D
emmm,,,,patot la,....
aku penah byr dopsen utk nasi + ikan bawal merah + syur kangkung + sirap ais..
bahagia kn?
hahaha..sabo je laa~ haha :)
tapi nak try la mne tau boleh ngorat jugk lauk lebihh~ wahh~ ;D
agak2 la woi...kah2
baru aku terperasan ini markas lipas2 rupa2nya...hmmm,boleh tlg kontek yg seko tu tak ..."minta tlg dia blah ok "!
ko makan kat umah aku je la. free
hahahaha.
kesian betui ^_^
lain kali,kau kena bersimpuh sekali dengan mata berkaca.baru complete.
step tak abis cmane nak dapat diskaun.hih.
mun- (--")
takpe la ko boleh cari awek lain.
awek tu JUAL MAHAL.
hahahaha...
nak makan pun berkira eh? :P
mana ada lagi tempat makan murah dekat dunia yg mengejar wang semata-mata skarang ni
hahaha..ko nak jual muka ko kat awek tu ke..hahaha..
ko cari jer awek kat kedai lain.mana tau leh murah..hahaa..
hahahaha.... kan dah padan muka.... hikhikhik
aku comel doe, lain kali bawak aku sekali k..
kepala hotakkk kau.. haha.
amek nasi banyak2 ngn lauk telur je udah.murah.haha tp kt cafe kolej aku ni nasi ngn telur pon rm3.gile mahal nak mamposs!
nampaknya kau kena lebih banyak praktik depan cermin atau dengan kawan serumah....haha
pale hotakkkkkkkkkkkkk kau.
bighagenjo - lah ade balik komen kau ni..bukan dah ilang ke?
semangat betul komen lagi sekali..
kah3
Post a Comment