Predictable but still awesome
kemain intro omputeh
cerita nih berbaloi-baloi untuk dilayan
bagus untuk 'keseronokkan sementara'
eh? apesal aku tulis entri dah macam style bujal nih?
sebutir-sebutir ayat
dramatik betul gaya begini
hahaha
Ok kembali kepada cara penulisan aku yang normal..begini kawan-kawan, hasil dari penontonan aku terhadap movie 'Kungfu panda 2' ini aku dapati movie ini amatlah berbaloi dan menghiburkan hati untuk ditonton.
Jika sekiranya anda mengalami tekanan jiwa dan kekusutan otak seperti stress yang melampaui batasan, marah rasa nak tumbok muka bos, tertekan dengan rakan kerja, kemurungan ditmpa masalah atau putus cinta kali ke lapan belas. Anda amat disyorkan untuk menonton movie 'Kungfu Panda 2'. Di mana, elemen-elemen humor yang disajikan diyakini dapat menghiburkan hati yang lara tuan puan sekalian.
Saat kalian menonton movie tersebut hati kalian akan terhibur kegembiraan dengan storyline yang amat santai, nikmatilah saat-saat itu dengan sesungguhnya kerana mungkin setelah selesai menonton, kekusutan kemurungan dan kebebanan yang tuan puan tanggung bakal kembali semula bagaikan 'tora datang lagi'...dan setelah itu kalian kembali kepada situasi kesedihan.
see?
setelah aku bagi sinar harapan, kemudian aku hancurkan dengan kegelapan 'mendung awan berarak pilu'
sudah, jangan sedih sangat..lap air mata tu
ok berbalik kepada ayat..
'Predictable but still awesome'
Ya, jalan cerita yang memang mudah dijangka..akan tetapi!..saya ulangi sekali lagi..akan tetapi!! persembahan jalan cerita yang dijangka itu adalah awesome, ada yang super awesome, ada yang awesome sahaja..dan ada juga yang bapak awesome gilo
yes
walau pun anda dah jangka sesuatu perkara itu akan berlaku akan tetapi anda tetap akan berkata..wow!!
contohnya seperti anda memang akan tahu bahawasanya mamat Panda itu akan mendeflectkan semula peluru yang ditembak kepada beliau, tetapi anda still akan kagum juga dengan teknik pembalikkannya itu.
Nanti dulu, jangan teruja sangat
Cerita ini pun ada juga kecacatannya, walaupun Kungfu Panda 2 ini sudah ada improvement dari segi dialog dimana dialog mamat Panda tidak mendominasi secara total seperti movie yang sebelum ini, asyik-asyik dia je yang membebel..watak lain mencelah sikit-sikit je.. aku rasa still kena lebihkan lagi dialog watak lain, barulah ada keseimbangan watak di situ.
aiseh man
Rasa macam banyak dah aku pecah rahsia...sebelum aku cerita lebih detail lebih baik aku memohon mengundurkan diri..
Para hadirin yang mendambakan kegembiraan..
Selamat menonton ATAU mendownload (jika mahu save bajet)
sedih, gembira, action,lawak all is blended very well
rating cerita 8/10 habaq hang
.
28 comments:
kejadah ni weh.heeee..best2,pasni review nur kasih please.
nak pegi tengok tapi masa amat jeles sama saya~haih~
waaaaaaaa..
dia pi tengok dah!
heh. tunggu Astro siarkan tahun depan je lah. HAHAHA.. :P
hahha..inilah entri yang panjang ko tulis..haha..aku cam nak tengok jer citer ni..hakaha
dari itu hari aku dk tunggu sambungan citer ni
panda 1 pon aku tak tgk lagi..apatah lagi panda dua...hua3..memang sah aku dok dalam gua..huehuehue..
1) aku pakar psychology no.2 kat sini. *bangga*
2) kau manusia pertama yang aku jumpa eja 'habaq hang' dengan betul dekat sini, maya. *clap clap*
3) aku baru nak baca post dekat atas. heu heu heu
review yang santai.. i likeTERKINI : ARWAH PULANG SELEPAS 3 HARI DI KEBUMIKAN
TERKINI : KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR
TERKINI : KERANA CHEESE CAKE
bila nk belanja aku tgk wayang ni???
cakap je kau suka kartun bergerak
8/10, kira wajib tonnton la ni
belanja!
aku mmg minat jek blek
jack black nih biarpun cuma meminjamkan suaranya dalam filem animasi tapi masih mampu membuatkan penonton terhibur..
huhu pergi tak ajak
gaya cakap bajet kawan baek =P
pehhhhh....
saya cuma mahu nonton pirate of d caribean. setelah sedih xsempat2 tgk red riding hood ngn elephant2 tu. time cte best mesti la xam. pokai la ape la. smpai ati kan.
semalam baru pergi...best layan...
best ugak ek habaq hang.
pengaruh balas ni.
cite die besttttttttttttttt!! aku baru pas tgk td. Aku paling suke sin dia badget nak potong rantai ikatan kawan2 dia pakai topi, sekali topi dok melayang je. Gahahaha! bodo. siap tutop muka lagi.
okey, hujung minggu ni saya nak gi tengok hehehe.. tak nak lah download, nanti feel kelakar tu tak menjadi haha
dwnload jugak tnggu. ;)
citer ni agaknya ada kat astro first tak nanti?hehe..
Kungfu Panda 2... wait me....
sekarang jugak ak pegi tgk...
pelik pulak ko buat entri review filem2 nih
aku nak tggu yg donlod je laaa..hahaha
bai, kau on formspring tak?
yeayyy!!!
kugfu panda is the best..
lalalalalala..
Post a Comment