Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Friday, January 20, 2012

Doa

Ada hamba Tuhan ni, dengan angkuh berhujah...

"Buat apa berdoa? tak payah berdoa..belajar betul-betul, kumpul ilmu cukup-cukup then aplikasikan ilmu yang kau ada,  dan rajin berusaha tanpa jemu kejar target kau..semua tu   dah cukup untuk kau capai impian kau..

"berdoa ni hanya untuk orang yang malas, yang tak tahu berdiri atas kaki sendiri..mengarut berdoa-doa ni, sepanjang hidup aku, aku berjaya atas usaha keras aku sendiri..tak pernah pulak aku berdoa..ok je.."

"aku tengok orang yang kuat berdoa kuat agama ni semua takde pun berjaya mana..takat tu je lah levelnya...otak pun sempit, tak berkembang langsung...miskin, belajar bengap jugak, malas nak ubah nasib diri dan keluarga...sikit-sikit redha..sikit-sikit bersyukur dengan apa yang ada...sampai tujuh keturunan pun tetap miskin kalau macam tu"

"Duk mengaji Quran terkumat kamit, repeat ulang-ulang ayat..hafal memang hafal, tapi maksud ayat haram pun tak tahu..lepas tu mengharap dimurahkan rezeki, minta keselamatan terjamin lah....apa lah....kejadah? usaha wei usaha...kau doa-doa lepas tu apa usaha kau nak capai target kau tu?"

"aku ni ha...asal family background aku dulu pun orang susah jugak, kalau aku duk balun berdoa, redha pastu pasrah...tak senang macam ni lah..miskin kolot macam puak-puak kuat mengaji je lah jawabnya.."

"Kejayan yang kau dapat adalah hasil usaha keras kau sendiri...bukan doa"


Begitulah serba sedikit ulasan dari seorang hamba Tuhan yang aku dapat ringkaskan


Presepsi beliau terhadap doa dan ayat dari kitab suci al Quran, mengucap panjang aku sekejap, sedih pun ada..

Ya, memang kau dah berjaya, memang kepala otak kau bijak, memang kau pandai berhujah menyusun bicara, logik akal yang padat , konfiden pun bagus..

Tapi bro, akidah dah problem sangat dah ni..parah..parah

Tujuan berdoa ada banyak.....membuat permintaan dari Tuhan adalah salah satu darinya. Dan permintaan itu tidak semestinya dimakbulkan, berdoa juga merupakan salah satu cara kita berkomunikasi dengan Tuhan, saluran untuk  kita mengadu......dan meminta petunjuk...dan bermacam-macam jenis sebab kenapa kita berdoa


Jangan sempitkan akal bahawa berdoa itu adalah ritual untuk membuat permintaan dari Tuhan semata-mata..

Ini tak betul

YA, aku setuju dengan pandangan kau yang menyatakan rata-rata (Tidak semuanya) ahli agama agak tertutup, agak jumud cara pemikirannya..

TAPI kepincangan yang berlaku itu bukan berpunca dari Agama Islam itu...tapi berpunca dari cara pemikiran tradisi  turun temurun yang tidak diubah...

YA, aku setuju berdoa kemudian  redha dan pasrah menunggu tanpa usaha yang keras adalah satu pekerjaan yang sia-sia. Ini memang cara salah, tapi Islam tak suruh pun buat macam ni...






sebagai umat Islam kemanisan yang sebenar hakiki adalah selepas kematian...berjaya kaya macam mana pun kau kat dunia takde erti bro...











.

9 comments:

asip محمد said...

dulu2.. cikgu darjah satu aku ada ajar.. nak berjaya.. kena ada 4 dalam pegangan hidup..
DUIT - Doa,Usaha,Ilmu,Tawakkal

econpolics said...

huh,,ade jugak orang berpikiran kolot camtu ek,,

aku sokong dengan ayat penutup kau,, y penting adalah kejayaan selepas mati

Hana Soffelia said...

setuju kenyataan last tu..

Unknown said...

posting yg menarik bro..mmg dah jauh sgt hanyut sahabat lu tu...kaya dan berjaya macamana sekalipun klu kufur dan angkuh dengan apa yg dikecapi xda gunanya....dia lupa walaupun dia tidak berdoa tetapi nikmat kehidupan yg dikecapinya tetap dtg dari Allah SWT...

poyotito said...

amboi, mantap betul isi

nurkaloi said...

orang yg tak berdoa adalah orang yg sombong

rozeeta rashid said...

kalau asyik doa je takkan senang? boleh pulak cakap macam tu. memang la. kena ada usaha baru berdoa. bukan goyang kaki je. kalau tak berdoa tapi hidup senang tu istidraj.

Amir Syahir said...

fuh..engko ke ni taip..kakaka

yusuf mujahidin ™ said...

konsep brader tu dh salah..

apalah yang dikejar sangat dunia ni sedangkan kita akan tinggalkan jugak..

tapi tak bermakna tak perlu ada usaha langsung

berdoa
berusaha
berikhtiar
dan last sekali bertawakal pada Allah sebab tu hak mutlak Dia