Sedar tak sedar dah dua tahun aku terjun secara tidak sengaja ke bidang blogging...dan selama itulah juga aku telah berjaya menyesatkan pembaca-pembaca yang membaca blog ini dengan pelbagai ideologi dan propaganda semata-mata...YA anda semua telah tertipu selama ini..ngeh ngeh ngeh
Ok tak tipu pun sebenarnya jangan lah rasa kecewa merobek jiwa sangat....Lap air matamu itu, usahlah bersedih sayang (lagu ombak rindu menyusul)
Dari awal penulisan membawak ke penulisan terkini aku, aku dapat lihat perubahan evolusi tulisan itu sendiri.
Memang 'what the fak' dan jilaka bila baca balik entri-entri lama..tapi aku memilih untuk membiarkan ia di situ tanpa didelete.......
tapi kenapa?
'biarlah ia tersimpan sebagai arkib sejarah perkembangan tamadun tulisan aku'
yesza
Saban tahun manusia berkembang..
kita semua berkembang, berevolusi. berubah sama ada kita sedar atau pun tidak
cuma perubahan itu pantas, perubahan itu rapid, seperti bas rapid kl atau pun lambat seperti siput babi
atau sama ada perubahan itu menjurus ke arah perkara-perkara yang mahmudah atau mazmumah
atau sebenarnya kita tidak berubah?
atau sebenarnya kita perasan diri kita berubah tapi sebenarnya haramm tak berubah pun
masih skroll ke bawah?
syabbas anda sememangnya seorang yang sentiasa bernafsu untuk mencari jawapan
Jadi kita 'pause' sekejap sebarang pekerjaan kita barang seminit dua dan nilaikan sebentar apakah perubahan atau peningkatan atau penambahbaikkan yang telah kita lakukan sejak setahun, 2 tahun, 3 tahun lepas atau bila-bila masa yang anda rasa tarikh yang sesuai sebagai penanda aras untuk perjalanan hidup anda..
apakah perubahan yang telah anda lakukan?
.
13 comments:
cilakak, aku rasa tertipu dengan propaganda entri ni! dah setengah minit aku berfikir tentang perubahan, tapi masih gagal mencari konklusi. ceh!
SM- mungkin tiada perubahan atau mungkin orang lain yang nampak perubahan kau itu, atau mungkin propaganda aku berhasil.. hahaha
ciss.. penat ni skroll ke bwh..
xpe, demi farady xpe la *kenkononnyee
hahah :p
memang cilake perasaanya bila baca entri lama, rasa nak buat lipat belakang!
ko ni macam2 la..hahaa..
salam tuan tanah
bila aku baca ayat ko ni aku teringat realiti sekarang -
Saban tahun manusia berkembang..
makin berkembang ke makin berkemban?
*baca entri-entri lama k0 semula*
oh.. aku lain. entri3 lama yang menyakitkan hati aku, aku delete... huhu
betullah..kita dapat perubahan yang kita alami dengan membaca entri3 terdahulu..=)
hurmmm *thinking*
kalau nak ikutkan.
memang penat juga gua main skrol-skrol ni.
tambahan pula sambil memikirkan perubahan.
penat.bila skrol.lepas tu terfikir.
"pundek.aku macam maintain je tade awek dalam 23 tahun ni".
lepas tu hujung sekali ada titik.
Ah.penat.penat.
kau semakin matang.syabas~~!
Chikova_Araishii - faradyable?
poyotito's - jangan, anda tu sudah tua, terseliuh belikat nanti
bunga - nak cakap aku kacak la tu
yusuf mujahidin - wasslama yusuf, berkemban pun boleh..wakaka
sharamli - silakan, konfirm muntah
reenapple- one of the method
kema - good gegurl
hafizudin - keh3 awek bersepah, kau je memilih ni..titik tu..... haihh..
echah- harapnya la
entri lama saya dulu pakai singkatan. lepas tu banyak yang personal je. sekarang makin matang. =)
Post a Comment