Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, January 24, 2011

Imagination is more important than knowledge


"Imagination is more important than knowledge"

Albert einstein pernah cakap macam tu, aku nak ulas sikit pasal ungkapan madah berhelah dia tu,  meh sini den nak  kabo..

Imaginasi merupakan pencetus kepada  sesuatu ilmu, imaginasi juga merupakan titik permulaan kepada sesuatu penciptaan. Berimaginasi membolehkan kita berfikir secara kreatif  tanpa had dan tanpa batasan berbanding jika kita berfikir terlampau logik. 
(Hoi!! Jangan tido, ni baru perenggan pertama..)

Sebab itu orang yang suka berimaginasi kadang-kadang dianggap merepek dan mengarut…
( aku sering dituduh mengarut padahaL aku berimaginasi untuk menuju ke arah kejayaan..keh3)

Namun berimaginasi kosong tanpa memikirkan cara yang realistik dalam melaksanakan apa yang difikirkan dan dirancang juga sia-sia..(isy3..)

Berimaginasi  adalah satu perbuatan seperti kita melakarkan draft pada kertas kosong, draft itu bakal menghasilkan pelbagai tanda tanya, apa, kenapa, bagaimana, bila, siapa,dan bermacam-macam lagi persoalan untuk merealisasikan draft tersebut menjadi realiti   
(faham tak ni? )

Dalam proses membangunkan dan merealisasikan idea dari imaginasi itu, setiap persoalan dan tanda Tanya itu diselesaikan  dengan menggunakan segala ilmu yang sedia ada, dan dalam melalui proses penyelesaian itu,  timbul pula ilmu-ilmu baru, cara- cara baru, dan ciptaan-ciptaan baru.

Tanpa imaginasi, idea-idea baru yang berderet-deret tu tak mungkin akan muncul ye dak?
Ni pada pandangan aku la..

Oleh itu marilah kita beramai-ramai  menggunakan otak masing-masing dengan mengaktifkan sel-sel neuron otak untuk berimaginasi secara optimum  dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu  sedia ada dan  ilmu yang baru dijumpai dan seterusnya menikmati hidup dengan penuh bermakna dan gembira.

Atau dengan erti kata lain

Jangan sia-sia kan otak anda


Saturday, January 22, 2011

Penantian itu satu penyiksaan yang amat menderitakan dan memeritkan

Cuti  thaipusam dimanfaatkan sepenuhnya oleh aku dengan pulang ke kampung menemui kedua orang tua yang tercinta.

aktivit perkampungan tak payahlah aku bangkitkan di sini kerana semuanya biasa- biasa sahaja, tiada yang luar dari paras normaL mahupun separa NormaL

sekembalinya aku ke wilayah selangor seperti pulangnya sang Hero diraja yang gagah perkasa (sila bayangkan efek khas angin bertiup kencang daun berterbangan di sana sini) wajibLah dijemput oleh seorang yang layak digelar pemandu.

akan tetapi perjanjian perjemputan yang telah dimaktubkan sebeLum itu sewenang-wenangnya teLah dicabuLi, bahkan diri ini juga rasa tercabuL. Aku menanti dan terus menanti dan terus terus menanti...............dan terus menanti........

aku keluarkan handphone yang seakan-akan blackberry (baca: nokia c3) dan menaip dengan pantas lalu dihantar kepada sang pemandu durjana..

"Tahukah kamu bahawa membazirkan masa menunggu selama setengah jam  bersamaan dengan 30 minit masa menonton rancangan slot samarinda di TV3, juga bersamaan dengan 1800 saat untuk sepasang kucing berjimak?"

namun hanya dibaLas

"OTW" (baca: baru nak gerak)

kesabaran aku telah sampai kekemuncaknya, hati panas rasa nak meletup dan sebelum terjadi perkara-perkara yang  buruk aku cepat-cepat memesan nasi putih berlaukkan ayam kicap serta sayur kobis masak lemak.

kemudian barulah hati kembaLi damai dan tenang dek kekenyangan nikmat rezeki limpahan ILLahi..

setelah menunggu lagi beberapa detik muncuLLah sang pemandu dengan muka yang selamba tanpa rasa bersaLah..hati ini kembali panas meluap-luap membakar meletus-letus, elok je aku nak buka mulut dengan pantas sang pemandu memintas

"ah kau tunggu orang lain lambat sikit tak boleh, orang lain tunggu kau lambat takpe" seraya mengungkit beberapa kisah lampau seperti kisah ini....dan kisah-kisah lain yang lebih kejam..



adakah ini karma? atau aku di karmakan








.

Tuesday, January 18, 2011

EmaiL blog haku

SaLam semua

dah berkurun buat bLog baru nak buat emaiL

ni emaiL bLog aku
pape haL roger la kat emaiL ni
nak luahkan perasaaN
share Hot story ke
share apa-apa idea yang beriLmiah
nak bagitau haL2 peribadi tapi maLu gamaknya
tak puas hati kat aku ke.....
Bagi pandangan-pandangan yang berguNa
Bagi cadangaN-cadangaN yang super berNas
Bagi idea kat aku untuk buat  entry ape
ataupun bagi cadangaN entry apa yang best untuk aku buat
Takpun TOLONG BAGI AKU IDEA NAK BUAT ENTRY HAPE, ARGGH
ataupun juga....

apa-apa La geng

tara haL punya





.