Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Tuesday, May 1, 2012

Kambing

Tadi kazen aku buat kenduri kekah kambing for his first baby girl........

sedap dol kambing tu, kambing masak rendang, daging lembut serta empuk, saat daging itu menyentuh gigi dengan mudah tanpa perlu mengerah otot-otot muka aku dapat mengunyah daging-daging tersebut dengan wajah yang  penuh bersahaja ..

tatkala daging-daging tersebut bergaulan di dalam mulut aku..percikan-percikan kuah didalam daging tesebut meningkatkan lagi selera makan sambil mata terpejam-pejam rapat menandakan nikmat kelazatan yang tidak terhingga..



......................





Aku memang peminat daging kambing yang tidak asing lagi di arena perkambingan. Walaupun sering acap kali dikecewakan oleh masakan-masakan daging kambing yang tidak bermutu namun semangat daging kambing itu masih tebal di dalam jiwa. Peristiwa hitam seperti mengunyah lamb chop sampai lenguh otot rahang dimana kadar kekenyalan daging mengalahkan getah sekerap, daging kambing yang sudah expired penyebab cherry berry (cirit birit) dan pelbagai lagi kisah hitam sadis yang tidak sampai hati dicoretkan di sini.



Secara konklusinya, masakan daging kambing yang benar-benar bermutu hampir kurang kedapatan di zaman serba kapitalis kini.


Adakah kambing semakin kurang subur?
Kambing mengalami masalah kemurungan?
Kurang kepakaran domestik?
Pentingkan kualiti lambchop dari kuantiti?


Bincangkan






.

4 comments:

MR. SYAH said...

org kaya mementingkn kualiti.. klu student mcm aku pentingkn kuantiti.. tp syg aku tk boleh mkn daging kambing..

Hansyirah Takezur said...

soalan spot spm nie.

wajib salin!
tq!

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

pasal ko tak usahakan penternakan kambing. aku cadangkan ko usahakan.

medmozel leya said...

-__-