Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, August 30, 2010

MerdekA!!!!!!

Ini gambar aku cilok dari kucingcyberkids



Selamat hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun!!!!!

kita dah 53 tahun merdeka dan kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian2 cemerlang gemilang tak terbilang RAKYAT MALAYSIA



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya berpecah belah demi kepentingan diri masing2, demi fahaman politik masing2, demi duit, demi kuasa, yela...duit dan kuasa tu kan Tuhan korang..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA
berjaya mencipta kemalangan jalan raya, bawak kenderaan laju2 mcm orang gila babi, kalau mati sendiri takpe NI mematikan nyawa org lain sekali..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi pembunuh berkaliber, tetak kawan, tikam bini, mak bapak, awek sendiri, hentak kepala jiran sampai mati, kalau boleh semua manusia ko nak bunuh..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya bunuh diri, minum racun, terjun bangunan, gantung diri, kelar tangan..abis kreatif la kelar2 tangan sendiri?



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi penyamun, penyangak, perompak, perogol, samseng, kutu rayau..memang abis berjasa la korang kat negara kan?



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi doktor tak bertauliah cucuk jarum kat badan sendiri, ape jadah la pegi hisap dadah..isap la mentos ke, aiskrim ke!!!



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya menduduki tangga ke 159 dunia dalam arena bolasepak...tahniah!! tingkatkan lagi ke ranking yang lebih corot pada tahun2 seterusnya..paling corot paling bangga



banyak lagi hasil2 kemerdekaan kita yang patut kita banggakan..buka mata luas2 bulat2 apa yang berlaku kat sekeliling kita..




adakah ini yang kita mahukan hasil dari penat perit lelah tok nenek moyang kita dulu bersusah payah berjuang untuk memerdekakan negara Malaysia yang kita sayangi ni?

kalau terus macam ni la..peratus pun makin mencanak naik..

HANCUR LA NEGARA MALAYSIA satu hari nanti




jom manusia2 yang berakal dan berilmu kita pulihkan negara kita!!!!!

(^_^)

Saturday, August 28, 2010

Spongebob


Ni bantal spongebob awek aku bagi..aku bukan nak citer adegan2 romantik saat aku dapat bantal ni kat korang, takot nanti korang meluat plak..kalau nak rasa meluat dengan aksi2 romantik pasangan kapel bleh la skodeng blog mafiajadahaperomantikmacamni?

ape yg aku nak share adalah aku nak reveal sifat2 manusia yg hipokrit

cakap tak serupa bikin

MAHU tapi MALU

KONON kontroL MACHO

KONON GANAS

ahhh!! aku malas nak tulis dah!!..

korang tengok je la drama pendek kat bawah ni



saat aku di bahan oleh syaitonirajim bertopengkan manusia kerana memiliki spongebob yg syomel hasil pemberian cik awek yg "kucingtaik"
(baca: kucintai)



NAMUN!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Korang plak yang melebih2 menodai spongebob saat aku tiada di sisi nya




Abis spongebob kesayangan aku terkulai layu 'dikerjakan' oleh korang






CISS, setelah puas bahan aku kaw2 sampai aku nak gi bunuh diri tapi tak jadi sebab masih kuat iman serta memikirkan masa depan yang cerah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya memiliki sebuah bunglow, bini cun yang baik hati, anak2 yg soleh kereta mewah dan hidup dengan aman damai, TETIBA LEPAS TU KORANG plak raba2, peluk2, ramas2, position 69, hempap, baring kat aku punya spongebob kesayangan eh??



MCM CELAKA


Tuesday, August 24, 2010

JANGAN MAIN MERCUN BOLEH TAK?

Da lama aku tak mengarut kat blog aku nih..

sbb apa? sbb bz sket + malas.

Aku suka main mercun masa kecik2 la.. abg sdara aku dulu tokan, tak payah beli culik je mercun2 dia.. mcm2 jenis mercun aku da rasa mercun bola mercun roket mercun naga mercun pop pop la... skrg ni da tua2 takde feel da nk main benda mercun tu...tgok je bdk2 main..main mercun ni bahaya..bleh mencederakan dn mendarahkan anggota tbuh badan..yela, kdg2 kita da ikut step yg betul pon mercun tu bleh meletop tiba2..tapak tangan kanan aku pernah bengkak seminggu sbb main mercun padi . Sebab tak sempat nak baling..hehe

seminggu jugak la jadi OKU. padan muka aku..degil punya pasal still main mercun guna tgn kiri plak..aku rasa masa tu kalau tgn kiri pon injured main mercun guna kaki pon layan gak. Punya la suka sgt main mercun..

So tak payah la main mercun tu...tapi kalau nak main gak ikot korang la..kalau cedera pon diri korang gak kan? jgn cederakan org lain dah la..










ini cerita rekaan takde kaitan dengan sesape...tapi kalau ada yg terasa tu aku ucapkan padan muka..lain kali buat lagi..

selamat aku tak berbungkus hasil aktiviti main mercun dulu

hahaha

Wednesday, August 18, 2010

Ketiak Basah

kreatif betul sape yang translate kan sarikata video ni...hahahaha


Sunday, August 15, 2010

Aku berwajah korea, kulit sahaja sedikit hitam

"abang hensem angkat la tepon, abang hensem angkat la tepon, abang hensem angkat la tepon" (bunyi ringtone henpon)

pakwe- ...hello ayangku..

makwe- isk isk isk

pakwe- ayang? knape ni??

makwe- huhu..ayg tgh sedih ni..tak tau nk ckp mcm mana..mata da bengkak menangis dari tadi

pakwe-kenape sayang? jangan mcm ni..walau ape pun terjadi ayang kena bwk bertenang..byk2 bersabar....apa masalah nya?


makwe- ntah la....da kering air mata ni..

pakwe- b sedia mendengar sayang..kalau boleh tolong b tolong..

makwe- ayang sedih kenapa Ju Yoo Rin dengan Seol Gong Chan tak dapat bersama?? kenapa b?? kenapa kejam sangat pisahkan mereka??!! citer korea ni sedih sangat....waaaaaaa huhuhuhuhuhuhuhu..

pakwe- !@$%&*@#$@#$!*&%#@$ (mencarut dalam hati, kang kalau mencarut depan2 mrajuk sebulan plak ayang )

Wednesday, August 11, 2010

Maintain sengal biarpun perut di bedah



This entry specially created for my gegurl fren named amalina..eh apesal aku ckp bhasa omputih ni? da la grammar tuggang langgang..nnt lady j.lop mrh broken2 eglish ..

korang nampak tak gambar manusia yg aku paparkan kat atas ni? nama dia amalina..dulu kat skolah kitorang panggil dia amal gonjeng..sbb dia 'sgt gila'..kelakar nak mampos..aku saspek dia mgalami renjatan elektrik masa kecik2, so otak ada short sikit....

dia baru lepas kena bedah...sbb apendiks..dia tak bleh ketawa2..kalau tak, sakit la..perut gegar2..bleh terkoyak bekas operate tu... mmg payah..sbb hobi dia ketawa dan hdup dia mmg d kelilingi dgn rakan2 yg sengal n always wat lawak..tapi aku tak sengal..aku normal..percaya lah..

Harap ko tabah amal meghadapi dugaan yg besar nih!!


AMAL, AKU CURIK ENTRI KO KEJAP..HAHAHA


sahur ikan masak kicap.

Salam 1 ramadhan untuk semua. Bersua lagi kita di rancangan Mari berbuka yang diadaptasikan daripada rancangan Mari Mengaji. Ironi sungguh.

Berbalik ke landasan, memang dah lama sangat aku rasa tak tulis blog. Dia pnya lama ibarat Malaysia ni dah merdeka tiga kali. Ibaratnya daripada elok elok tema 1 Malaysia,agaknya dah maju kedepan ke tema 3 Malaysia. Cik puan dan cik laki semua nampak kan ke’exxagerate’an saya disitu. Waima pun, saya tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging ini. Maklumlah, duit kwsp belum cukup untuk menampung pembelian bmw 5series lagi. Duit SSPN anak2 pun baru saja berjumlah RM4.15. penipuan besar itu.

Bukan apa nyah, kerja sibuk bagai. Hari2 pun nak kena duduk ngadap pc dan kalkulator besar gabak kat opis tu. Kadang ada juga rasa nak termuntah atas kalkulator gabak tersebut. Tapi mengenangkan itu semua hak syarikat, dan aku juga tak suka nak menyusahkan aci-aci pembersih syarikat, aku batalkan je niat tak murni aku itu dengan memakan gula2 berangin atau nyaman.

Berita paling terbaru tentang aku (sumber dari BERNAMA), aku telah termasuk ke dalam hospital akibat kekejangan perut yang melampau. TERmasuk disitu bermaksud, aku tak rela tapi segalanya berlaku terlalu pantas. Oh apakah. Bagai disiat kulit kerbau, sapi pula yang terasa. Serius. Aku masuk hospital, aku kena undergo operation. Dan ya, hari ini aku telah berada di rumahku tapak kakiku. Usah kau dan kau Tanya lagi waktu2 getir pembedahan aku itu. Nehi pyaar karena. Sakitnya aduhai rasa macam nak tendang je perut doctor tu. Tapi aku ini jenis orangnya yang mengenang budi walau setitik nila dicurahkan. Maka niat murni itu aku tarik balik, dan aku terus menggigil tahan sakit demi doctor tercinta. Tapi sumpah menggigil bai dia punya sakit. Sumpah aku tak mau sakit lagi. Sumpah aku menyesal masuk hospital. Sumpah sumpah betukar warna. *elemen binatang diselitkan sedikit*

Tapi dari situ, aku rasa aku boleh dikategorikan seorang perempuan yang gagah sebab mampu menghadapinya seorang diri, tanpa ada suami menemani disisi, memegang tangan aku dan berkata “PUSH!PUSH!”. push push apebendealahnye aku bukan beranak pon. Appendix je kot. Tapi kira mantap jugakla sebab mampu tidur dan menahan menggigil kesakitan dan tak boleh tidur malam menanggung seorang diri. Tragis tak. Angguk je. Jadi aku anggap ini semua dugaan dari Allah. Baru sikit dia nak bagi, jadi aku terima apa saja takdirnya. Aku harap dengan kesakitan yang aku alami, dosa dosa aku yang silam Tuhan dah ampunkan.

Aku adalah satu contoh terbaik seorang manusia yang hanya ingat Tuhan bila ditimpa musibah. Aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama macam aku. Cuma yang membezakan adalah ego atau tidaknya dia untuk mengaku tentang kelemahan sendiri. Aku insan yang lemah. Bila tiba waktu sakit dan susah baru mula mencari Allah. Merangkak2 mencari sejadah. Menggigil gigil tangan menadah tangan memohon diberi kesihatan dan kesenangan. Menitik laju air mata mengenangkan musibah yang dating menimpa. Cuma itu yang aku dapat belajar dari apa yang terjadi. Terima kasih, Allah.

Selamat berpuasa semua, semoga RAmadhan tahun ini membawa lebih keberkatan dari tahun2 yang lalu, InsyaAllah. Amin.. ;)



1.AMAL CEPAT SEMBUH

2.JANGAN KETAWA...CUTI KETAWA SAMPAI KO BETUL2 SIHAT

3.JANGAN SEDIH2..

4.JANGAN BUAT2 LUPA MAKAN UBAT..SIKU KANG

5.JANGAN MEROYAN SGT..SIKIT2 TAKPE

6.JANGAN PANDANG BELAKANG..erk

7.ADA BANYAK LAGI JANGAN TAPI AKU MALAS TULIS







(^_^)


Monday, August 9, 2010

Dugaan puasa

Puasa byk dugaannya..dugaan kecik besar sederhana..bukan sahaja dari segi makanan malahan meliputi pelbagai aspek..semua ada.. kalau kat hostel..zaman skolah la punya citer nih..dalam bilik duduk sampai 18 orang, besar gak la bilik aku duduk tu..18 kepala, masing2 perangai lain2, memula tu mmg ssh la nk bentuk persefahaman antara satu sama lain, penyatuan ummah kat bilik tu agak sukar pada mulanya, puak kiri, puak kanan, puak belakang..tapi lama2 ok la..masing2 kena la tolerate..kalau ikut keras kepala sendiri sgt, baik gi duk utan sorang2...beruk pon tak ingin nak kawan..sebelum aku melalut ke lautan atlantik baik aku stop. ok aku da stop.












Dugaan ada di mana2, moga kita kuat menghadapinya...puasa la selagi mampu, da tua woi, tak malu ke? hahaha (pesanan untuk diri sendiri dan orang ramai)





Friday, August 6, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Biar kecil yg penting cun



Ini entry motivasi

Entry ni d tujukan khas kepada para gadis, tak kira la gadis inesen, gadis tak inesen, gadis rock, gadis predator, gadis sopan, gadis sengal dan kepada sesiapa jua yg bergelar gadis..makcik2 yg perasan gadis pon boleh laaa...

para gadis yg berbuah dada kecil jgn la korang sedih...d mana ada kemahuan d situ ada jalan..kalau korang berusaha pasti korang boleh improve punya korang punya ehem2 tu...kalau tak caya cuba tgok video kat bawah ni...hahaha






masa Lady Tsunade gadis remaja, dada dia papan je..tgok bila da dewasa mantap giler kan? so aku harap gadis2 yg berbuah dada kecil jgn cepat putus asa..k? u can do it!!..ade rasa termotivasi tak?


hahahahahaa

Sunday, August 1, 2010

ARGHH!! sedap nya suara ko syeera sanders T_T



ok aku nak chop ko syeera sanders..erk..

tima kasih syeera sanders sebab sudi mendendangkan lagu untuk aku berbekalkan suara ko yang sedap dan mantap itu.. =)