Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Saturday, April 30, 2011

Lelaki adalah mahluk yang paling rajin di muka bumi

Siapa cakap lelaki pemalas? itu hanya mitos semata-mata, propaganda yahudi  yang selama ini telah berjaya mengkaburi mata orang awam. Kaum lelaki sebenarnya adalah mahluk yang paling rajin di muka bumi, rajin, berdedikasi hormat orang tua, penyayang terhadap binatang peliharaan, dan bertauliah.



Lagi-lagi kalau basuh baju, aku paling rajin gila basuh baju..sampai tahap malas nak basuh dah..eh?


Kalau baju tu dah basuh besok kang kotor balik, sama je nanti, baik takyah basuh ye dak? Apesal baju tu tak boleh basuh diri dia sendiri? pemalas punya baju tak pasal-pasal aku yang rajin ni kena membasuhkan. Sekarang ni siapa yang tahap kerajinan dia lebih sikit dari aku? Boleh la tolong membasuhkan baju aku..keh3
















-Selalu time-time macam ni housemate basuh baju, boleh la aku tumpang sekaki baju barang sehelai dua..ngeh3











.

Friday, April 29, 2011

Boring..Boring..Boring


Animasi ini didedikasikan kepada sesiapa yang tengah boring sekarang ini...keh keh keh 




Wednesday, April 27, 2011

Trafik tersekat


Jalan raya macam ni















Hasilnya



















 Jalan raya macam ni














 Hasilnya

 


























Jalan raya macam ni























 Hasilnya




































 P/S Kalau nak bunuh diri aku syorkan cari jalan raya yang menyumbang kepada kadar kesesakan jalan raya yang paling babi sesak, contohnya terperangkap selama 80 jam, kau akan mati pucuk, mati akal, mati kutu, mati tenuk, mati sotong, mati gajah urat otak terputus mati terkangkang.












.

Saturday, April 23, 2011

Maintain prestasi

Janggal

Aku seperti tidak tahu untuk mencoretkan tulisan apa yang sepatutnya d tulis di sini. Rasa seperti kosong. Kadang-kadang kita rasa macam ni kan? ke aku sorang je?

Contohnya aku merupakan seorang perwira yang hebat, boleh melenturkan badan mengelak peluru. Tapi pada suatu hari ketika berhadapan dengan tiga orang penjenayah bersenjatakan pistol, mereka menembak aku bertubi-tubi, aku pun mengelak bertubi-tubi. Pusing ke kiri, lipat badan ke belakang, melompat bergulungan ke kanan, berpusing-pusing pinggang namun akhirnya miss step, peluru menembusi peha kanan lalu aku rebah.

Selalu tak macam tu, kalau normal situation aku akan mengelak semua peluru-peluru tu sambil buat muka paling bangga provokasi. Muka penjahat mulalah sakit hati kerana perasaan rasa dipermainkan.



Nampak tak analoginya?



Ok itu contoh pertama

Contoh kedua pula berbunyi begini,

Aku merupakan seorang pemain badminton yang hebat dan berkemahiran tinggi, semua gerun ketar lutut dan merayu-rayu menangis agar aku tidak smash anu mereka. Ada yang berlari-lari sambil menjerit-jerit ketakutan tatkala melihat kemunculan aku di depan Dewan.

Tapi,

Semalam prestasi permainan merudum, pukul bola masuk court sebelah, kalau sekali tidak mengapa..ni dah pat belas ratus kali. Smash pun tak berapa nak power, kentut aku lagi power. Partner aku dah mula bengkak hati, tumbuk perut aku suruh aku main betul-betul, selalu aku yang tumbuk perut dia suruh main betul-betul. Semua jadi serba tak kena.



Macam itu lah kita kadang-kadang ada zaman kejatuhannya....


Yang power pun boleh down..kalau dapat maintain prestasi tu baru betul-betul power.













.

Tuesday, April 19, 2011

Kongsi

Katakanlah, yang setiap dari satu-satu emosi itu, terdiri daripada beberapa bahagian kenangan yang hendak kau hapuskan.

Katakanlah, pada setiap bahagian kenangan itu, ada cubaan yang telah kau pilih dan menyerlahkan setiap inci dari sifat kebodohan.

Katakanlah, dari sudut kebodohan itu, yang kau lihat, satu tindakan bijak hinggakan kedengaran gelungan nafas kemenangan yang kau raih.

Katakan pada aku, yang sebenarnya,


kita 'terpilih'.












Power gila siput BaBi  kalau aku tulis macam ni,
Nveil yang tulis, ayat semua sanskrit habis, busit betol.


Dol, kau makan apa sampai jadi macam ni?





http://adsgadfhdsgh.blogspot.com

adsgadfhdsgh....nak sebut link blog kau pun seksa..








adsgaadsgadfhdsgh

adsgadfhdsgadsgadfhdsgh

adsgadfhdsghadsgadfhdsghadsgadfhdsghadsgadfhdsgh




%$#%#@$









.

Thursday, April 14, 2011

Hari yang biasa

Hari ini merupakan hari yang biasa sahaja bagi aku di mana tiada perkara yang luar biasa seperti tiba-tiba The Rock muncul dari belakang lalu menghentak tulang belakang aku lalu aku membalas dengan membentes tulang keting dia sehingga dia terduduk kaku di celah pepohon epal kemudian menangis teresak-esak







tiada






Aku lihat awan, awan senyum kepada aku, aku senyum balik sambil menguntumkan senyuman..aku lihat lautan, lautan bergelora menahan nafsu lantaran terkesima dengan kekacakan aku, aku lihat angin sambil mengerdipkan kelopak mata, angin menghembuskan seribu bicara tanda gembira...burung-burung juga berkicauan dan berterbangan di sana sini tanda mereka sihat walafiat. Tapi kepada burung yang berak dekat bonet kereta aku tempoh hari 'if i see your face, you will die'..




Maka dengan ini aku ingin menujahkan beberapa erti kata yang sukar sebenarnya dicoretkan di sini






















'Aku Lapar'















Ok sekarang ini aku ingin melampirkan serangkap pantun pula




Kalau padi katakan padi,
Tidaklah hamba tertambhi-tambhi,
Kalau jadi katakan jadi,
Tidaklah hamba ternanti-nanti …..


keh keh keh


sekian terima kasih











. p/s Berhentilah menipu-nipu wahai penipu, kerana penipuanmu itu tidak berjaya mengkaburi mata kami yang kalis tipu tipu
. p/s Drama mu menarik, teruskan berlakon.












.

Wednesday, April 6, 2011

Sentap

Baca entri blog Sun is bright, dia tulis..

"Bermulanya era menulis di platform percuma di blog dan wordpress, semakin mudah untuk mendapatkan bahan pembacaan sama ada sampah atau bahan penikmat minda....."
Aku sentap!!!!!






Baca entri blog mamalia bermuncung, dia tulis

"jadi, jawab soalan aku, mana pergi si lelaki??
ya, itu dia!!!..SEDANG MENYALAHKAN PEREMPUAN!!"


Aku sentap!!!!!




 




Baca entri blog  si tutt....sentap lagi

Baca entri blog  si crottt....sentap  sampai nak bunuh diri

Baca entri blog si creettt....sentap sampai tercirit










Aku sentap!!!!!, aku terasa, aku marah, hati aku terguris lalu terluka bernanah, darah memancut-mancut dari jantung tanpa henti, aku bengang, aku benci, aku angkat monitor lalu aku hempas ke dinding bilik sekuat hati, berkecai menjadi debu, dinding itu berlubang berapi-api....makcik zaiton terkejut lalu mati.



Sekian terima kasih.







moral of the cerita: Blog-blog dari orang lain boleh menjadi cermin kepada kebodohan dan kebangangan yang kita lakukan tanpa kita sedari, jika sentap atau terasa perbaikilah diri. Kalau taknak, ego, sombong, takabbur, tipu diri sendiri cakap tak buat benda tu padahal buat..


Lantak kau la der....




Yang penting den dah ingatkan..



hue hue hue



















p/s : perbaikilah diri









.

Sunday, April 3, 2011

Berguguran ke bumi

Gugurnya kau ke bumi bukan bermakna kau hina

Gugurnya kau ke bumi menandakan sudah sampai masa untuk kau pergi

Gugurnya kau ke bumi bersama mereka-mereka syahid yang lain

Gugurnya kau di medan perang tetap ku sanjungi

Yang gugur diingati yang tumbuh mula beraksi
























#Tadi shave bulu ketiak, bergugur-gugur semua bulu.....hikhikhik

























.