Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Thursday, May 26, 2011

Rumusan Review Kungfu Panda 2


Predictable but still awesome

kemain intro omputeh 

cerita nih berbaloi-baloi untuk dilayan

bagus untuk  'keseronokkan sementara'

eh? apesal aku tulis entri dah macam style bujal nih?

sebutir-sebutir ayat

dramatik betul gaya begini

hahaha


Ok kembali kepada cara penulisan aku yang normal..begini kawan-kawan, hasil dari penontonan aku terhadap movie 'Kungfu panda 2' ini aku dapati movie ini amatlah berbaloi dan menghiburkan hati untuk ditonton. 

Jika sekiranya anda mengalami tekanan jiwa dan kekusutan otak seperti stress yang melampaui batasan, marah rasa nak tumbok muka bos, tertekan dengan rakan kerja, kemurungan ditmpa masalah atau putus cinta kali ke lapan belas. Anda amat disyorkan untuk menonton movie 'Kungfu Panda 2'. Di mana, elemen-elemen humor yang disajikan diyakini dapat menghiburkan hati yang lara tuan puan sekalian.

Saat kalian menonton movie tersebut hati kalian akan terhibur kegembiraan dengan storyline yang amat santai, nikmatilah saat-saat itu dengan sesungguhnya kerana mungkin setelah selesai menonton, kekusutan kemurungan dan  kebebanan yang tuan puan tanggung bakal kembali semula bagaikan 'tora datang lagi'...dan setelah itu kalian kembali kepada situasi kesedihan.


see? 

setelah aku bagi sinar harapan, kemudian aku hancurkan dengan kegelapan 'mendung awan berarak pilu'


sudah, jangan sedih sangat..lap air mata tu

ok berbalik kepada ayat..


'Predictable but still awesome'


Ya, jalan cerita yang memang mudah dijangka..akan tetapi!..saya ulangi sekali lagi..akan tetapi!! persembahan jalan cerita yang dijangka itu adalah awesome, ada yang super awesome, ada yang awesome sahaja..dan ada juga yang bapak awesome gilo

yes

walau pun anda dah jangka sesuatu perkara itu akan berlaku akan tetapi anda tetap akan berkata..wow!!

contohnya seperti anda memang akan tahu bahawasanya  mamat Panda itu akan mendeflectkan semula peluru yang ditembak kepada beliau, tetapi anda still akan kagum juga dengan teknik pembalikkannya itu.

Nanti dulu, jangan teruja sangat


Cerita ini pun ada juga kecacatannya, walaupun Kungfu Panda 2 ini sudah ada improvement dari segi dialog dimana dialog mamat Panda tidak mendominasi secara total seperti movie yang sebelum ini, asyik-asyik dia je yang membebel..watak lain mencelah sikit-sikit je.. aku rasa still kena lebihkan lagi dialog watak lain, barulah ada keseimbangan watak di situ.

aiseh man

Rasa macam  banyak dah aku pecah rahsia...sebelum aku cerita lebih detail lebih baik aku memohon mengundurkan diri..

Para hadirin yang mendambakan kegembiraan..


Selamat menonton ATAU mendownload (jika mahu save bajet)



sedih, gembira, action,lawak all is blended very well
rating cerita 8/10 habaq hang




 











.

creating...creating




 



Penat mencari Identiti diri? kenapa tidak ciptakan yang baru?







Monday, May 23, 2011

Ayam RFC dan KFC

 
RFC (Radix Fried Chicken) restoran makanan segera yang konsepnya mirip seakan KFC  memberi jaminan dan keyakinan yang tinggi terhadap status kehalalan produk makanan mereka.




KFC, produk yang tidak asing lagi di mata masyarakat  kini seiring dengan kontroversi yang umum sudah sedia maklum (klik SINI)



Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih sifu




"Guru Ibarat lampu spot light yang menerangi  pemburu binatang di ruang kegelapan di dalam kepekatan malam. Tanpa cahaya spot light tersebut pemburu binatang akan sesat tanpa arah tujuan lalu mati dibaham oleh harimau buas bermuka lagend."


Saturday, May 14, 2011

blogspot gila

blogspot juga macam manusia, kadang kala boleh jadi gila

banyak komen dari korang dah hilang angkara kegilaan blogspot

sampaikan bighagenjo semangat betul nak menyatakan 'kepala hotak kau' kat aku dengan komen lagi sekali  menggantikan komen dia yang hilang tu dulu

 ..itulah yang dinamakan semangat kekomenan..keh3


bagus jugak blogspot ni jadi gila, pada saat aku menukar header baru yang buruk dan aku lupa bekap header lama *padahal header sekarang pun buruk jugak (--"),

pada saat itu juga blogspot bertukar menjadi sawan serta gila. dashboard tak boleh nak bukak, nak edit balik tak dapat dah, sape yang sempat nampak header buruk aku tu anggap lah itu merupakan satu peluang yang tidak dimiliki oleh semua orang..


you are the choosen one










.

Tuesday, May 10, 2011

Cara-cara mendapat harga potongan diskaun untuk nasi berlauk

Cedok nasik banyak-banyak. ambil ayam masak pedas, sayur bayam, telur dadar, Namun jika tersalah ambil telur dadar yang kecil, toleh kiri kanan,pastikan line dah clear cepat-cepat tuka telur dadar kepada yang lebih besar, bubuh kuah gulai sekali kat nasi lepas tu order air fresh oren

menuju ke kaunter pembayaran dengan aturan langkah  penuh berhati-hati dan bergaya

Tatap wajah awek cashier dengan mata yang garang dan memikat hati, bila jarak dah dekat, agak-agak setengah meter, lemparkan senyuman paling memukau sehingga boleh menggugurkan jiwa gadis cashier tersebut. Sambil tersenyum tenung anak mata dia dalam-dalam, bernafas dengan penuh ghairah, kemudian dengan penuh kemachoan sang jejaka tuturkan pertanyaan

"Berapa harga semua ni"?











Konfirm dapat harga murah lepas tu, cara ini juga boleh dipraktikkan oleh para gadis, gay boy dan juga gadis lesbian.



selamat mencuba




































Kambing betul, mentang-mentang muka aku tak semenggah...mahal nak mampos kena bayar harga makan nasik.













.

Saturday, May 7, 2011

Selamat hari Momma

Hapdet ringkas..

Aku first time start cium pipi mak aku masa baru abis spm..masa tu rasa macam malu-malu bangang la jugak, tak pernah dibuatnya sebelum tu, mak aku pun rasa macam "What the heck anak aku ni? dah buang tebiat agaknya?" Biasa sebelum tu salam cium tangan je, tapi start dari ari tu siap pakej ciuman  sekali. Mula-mula tu memang la rasa janggal. Malu sampai  nak tanam muka dalam tanah tapi sekarang ni dah biasa dah siap aku bagi ciuman bertubi-tubi lagi, aku taknak ego tahi kucing menjadi batu penghalang kepada hubungan kemesraan kami.



Lelaki cium mak tak macho? Malu? Hak eleh cium awek tak malu plak? Abis macho lah cium awek?



Selamat Hari Momma to my Momma and semua Momma in the universe










Jangan kurang ajar dengan Momma, sayangi Momma anda secukup rasa






















.

Friday, May 6, 2011

Lazy Teenage Superheroes






 






 The director

 Michael Ashton 









.














.