Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Sunday, December 26, 2010

MALANG DI PAGI ISNIN

.

Bos, sesungguhnya  tidak terdetik sedikit pun niat di hatiku ini untuk melukakan hatimu dengan tindakanku untuk tidak hadir awal. Aku tahu kau ternanti-nanti diriku di pintu masuk ofis dengan hati yang berdebar-debar, aku hargai penantianmu itu tapi ketahuilah kamu wahai bos yang kusayangi ketat-ketat, aku tidak dapat hadir awal pada hari ini disbabkan oleh Baby Farah yang gedik buat-buat sakit. Puas aku menghenjut  Baby Farah tapi dia tetap berdegil tidak mahu bangun. Hendak di tampar Baby Farah tu tak sampai hati pula.

Bos, bersabarlah kuatkanlah hatimu jangan menangis sayang. Aku tetap akan hadir pada hari ini, nantikan lah kemunculanku tepat jam 12 tengah hari nanti. Aku akan cuba slow talk dengan Baby Farah dari hati ke hati. Mungkin dia perlukan sedikit rawatan.



Demmit!!! motor tak bleh start...buat hal plak moto ni....ARRGGHHHHHH!!!!!!






.

Thursday, December 23, 2010

Cara-cara menternak burung gagak

.


Salam to you


Dah dua minggu aku selamat menjalani latihan industri di  Syarikat gergasi , syukur setakat ni aku tidak mengalami sebarang kejadian aneh dan mistik, semuanya berjalan secara normaL

Aku melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan super bersungguh-sungguh,  mana la tahu lepas ni syarikat tu berminat nak tawarkan jawatan Managing Director kat aku berkat selalu berlakon rajin bekerja. Oi mana ade berlakon, dah memang semulajadi rajin.

Belum capai tahap bosan lagi so layankan je la tapi biasa la aku ni bersifat hangat-hangat tahi penyu, mula-mula semangat, lama sikit semangat lagi, lama lagi sikit semangat tu tetap ada tapi kurang...dah lama gila lepas tu baru malas.








err..tapi macam dah malas..arghh


.

Friday, December 17, 2010

Pasangan remaja Hot asyik bercinta

 




Embah, apa rahsia nak bahagia hingga ke tua sampai anak berderet-deret, cucu cicit satu lori?? please tell me bebeh..grrr

pape pon I Love both of you so very the much big-big..



XOXO
From AyuL
cucu kesayanganmu
..
..
 ..
 .
 yang kacak lagi baik hati
..
..
 ..

..
..
 ..
 .
..
..
 ..
 .
serta budiman











Sunday, December 5, 2010

HAIRY BUTTER AND THE DEATHLY SLEEPY

HAIRY BUTTER  AND THE DEATHLY SLEEPY
(Baca: Mentega berbulu  dan mengantuk nak mampus)

Suatu masa dahulu Lord Voldemop dan  Dumber doL merupakan dua orang sahabat baik ngam-ngam soy punya, tapi itu dahulu..Lord Voldemop telah membunuh Dumber doL dengan kejam setelah mengetahui beliau telah  menjalinkan hubungan sulit dengan aweknya sendiri.

Hairy butter, Ron95 westlie, dan Harmoni ginger merupakan anak murid kesayangan Dumber doL ingin menuntut bela atas kematiannya dengan memusnahkan Horkeruk yang berjumalah 7 biji kesemuanya. Horkeruk merupakan batu2 kesayangan Lord Voldemop, Lord Voldemop guna batu tu untuk garu belakang badan dia kalau tiba-tiba dia terasa belakang badan dia gataL. 


Lord Voldemop juga beriya-iya benar nak bunuh Hairy butter sebab asyik2 Hairy butter je yang menang kalau Lord Voldemop lawan chess dengan dia.. sakit hati, sedih nak nagis pon ada...panas betuL hati Lord Voldemop..

nak tahu kesudahan cerita HAIRY BUTTER  AND THE DEATHLY SLEEPY?? kunjungi lah punggung wayang yang berhampiran.








DEATHLY SLEEPY betuL tengok filem HAIRY BUTTER ni...tapi takpe sbb free org blanja..haha..TQ SuLhi blanja aku tengok wayang.


























.


Thursday, December 2, 2010

Industrial Training is INTRA

 


Well as you can see my header is in english, actually i just want to poyo2 only becoz only my header is in english but my content is in meLAYU

8 disember merupakan tarikh keramat di mana aku akan menjerumuskan diri ini ke lembah per-INTRA-an

praktikaL

di mana aku akan mengaplikasikan meluahkan dan menghamburkan segala ilmu berguna yang aku pelajari di university

ilmu2 seperti curi tulang, tidur di lokasi2 yang strategik, bermesra dengan gadis2 cun akan aku praktiskan sebaik mungkin.

kat mana aku Intra?

Femes meletop vavavom tempat Intra aku tu, semua orang tahu.


Erra fazira: AyuL, kau Intra kat mana? 
Aku:kau tahu Western digitaL?
Erra fazira:Western digitaL? susah nak masuk tu, camne kau dapat??
Aku:Company aku Intra tu sebelah Western digitaL

Bradd Pit:kau Intra kat mana?
Aku:kau tahu Western digitaL?
Bradd Pit:perghh gila ah kau dapat Western digitaL?
Aku:Tak ah, Company tu sebelah Western digitaL












.