Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, June 28, 2010

Cara melepaskan GERAM



Cara melepaskan GERAM..jika makanan korang dicuri..

Cuba korang bayangkan...

Situasi: Baru balik dari keje, badan letih giler+lapar nak mampos....pastu pegi berak kejap, bila nak makan je makanan yg telah d beli tadi tu, tengok2 member korang da bedal da.. muka x bersalah plak tuh..

ape tindakan korang lepas tu?












Pesanan utk diri sendiri dan kawan2..sebenarnya..bukan tak bagi makan..bleh je, tapi kena la mintak izin dari tuan punya..kitorang(pembeli makanan) tak kisah n berkira pon ngan kawan2, skurang2 nya bagi tuan punya makan jamah sikit pon takpe..mmg la kitorang(pembeli makanan) kawan best kau, sempoi, masuk air ke hape2 la..tapi kitorang(pembeli makanan) pon manusia biasa..punya hati dan perasaan..hahaha.. tapi tu mmg adab beb, x baik buat mcm tu..k?

Saturday, June 26, 2010

Baby Comel

Aku suka tengok baby, lagi2 yg comel2 tu, (baby yg tak comel jgn kecik ati k?.. haha) geram je rasa mcm nak culik pastu cubit pipi dia puas2.. hahahahaha

sempena dengan hari baby sedunia nih (suka ati aku je, ada ari baby ke?), aku nak share gmbr2 baby yg comel2 belaka ngan korang..hohoho..layaaann...

(akulah puteri baby..hoho)



(ku mengintai dari tirai kamar)



(badak+manusia=banusia, ni baby banusia..hahaha)




( Im so happy, gagagagagaga)




(wa tgh high ni beb, wa nampak bintang..lu nampak? hak hak hak)



( bangganya aku menjadi seorang baby cute, hohoho)


(ada gaya mcm justin timberlake kan aku?)



(Sedap nya baby burger..lazat hingga menjilat jari..haha)


( kalau ada party baby roger gua, gua deejay berdedikasi)


(hahaha jangan tanya kenapa aku pakai costum bangang ni sebab aku pon tak tau..yg penting kita hepy..hahahaha)


(blink2 on ma head..hehe)


(biar lemak berlebihan, yg penting comel)



(hehehehehehe.....hehehehehehe....)





(Baby Hitler: ahhh!! smua kat atas tu tak comel, aku paling comel, baik korang ckp aku paling comel cpt!! kalau tak aku tembak semua baby2 tadi......GRRR)




hahahahahaahahahhaha




kredit to Mr.google for the pictures

(^._.^)



Friday, June 25, 2010

AWAS denggi membawa maut

tadi aku baru melawat kawan aku kat hospital, sakit demam denggi..sian aku tgok dia, bagaikan mayat hidup..seksa je aku tgok ..tapi tak sampai tahap nazak la..aku pegang dahi dan tengkuk dia, panas betul..sambil lepak2 tu layan la citer tokyo drift kat tv3, bilik pesakit siap ade tv dan internet beb.."VIP la konon" (kata hati kecilku yang jeles) dia kata lenguh2 satu badan so aku pon urut2 la bahu dia sikit, nak tnjuk kat dia konon2 aku ni kawan yg prihatin la..

Dia ni bleh tahan gak la byk mulut, so aku layan je la citer2 sensasi dia sambil mengunyah epal yg aku amik dari atas meja sebelah katil dia...banyak epal beb tak baik membazir, dia dah dua ari kena tahan, masuk air dalam badan jangan cakap la, bergelen-gelen, kesian sangat..aku perhatikan dia dengan penuh sayu sambil hirup sup ketam yang mak dia bagi petang tadi..sedap giler sup tu..first time aku makan sup ketam..korang penah makan sup ketam tak?..

dia cakap mungkin dia kena jangkit virus denggi ni sebab tido tak tutup tingkap, ubat nyamuk pon tak pasang pastu jenis tido mampos..nyamuk hurung 1 badan pon tak sedar..aku da sarankan dia tido dalam kelambu lepas ni... jambu kan tido dalam kelambu? biar jambu asal selamat..

aku sebagai kawan yg kacak sejati mendoakan agar kau sembuh cepat..amin. kalau sakit pun pastikan ko ade makanan2 yg lazat.



moral of the story
-perut aku kenyang

Thursday, June 24, 2010

manusia berbasikal tanpa kepala



aku nak share citer seram macam haram kat korang..perkara ni baru je brlaku kat aku tadi..Tadi lepas aku main badminton, aku pun pulang ke rumah dengan memandu kereta mini cooper malaysia yang aku miliki , atau lebih dikenali sebagai perodua kancil...

hujan renyai2...suasana gelap gelita (lepas aku pasang lampu keta, suasana terang sikit) angin sepoi2..seram sejuk aku di buatnya hingga menusuk ke sum sum tulang(sebab aku pasang aircond kot)

sedang rancak aku layan "lagu" sambil mengikuti rentak dan irama..tetiba dari jauh aku nampak ade objek sedang bergerak perlahan menuju ke hadapan membelakangi haluan aku.. "benda apekah itu?" (hati kecilku berbicara) bila aku amati betul2, objek tu adalah seseorang yang sedang menaiki basikal, tiba2 jantung aku bdegup kencang, nafas aku tsekat2, tangan aku kat stering terketar2,da macam parkinson pon ade, aku usha betul2 benda tu, aku usha ketat2.......aku gosok2 mata aku bagi memastikan ape yg aku nampak ni benar, aku cubit2 peha mane tau aku sedang bermimpi, tampar2 manja pipi sikit, setelah selesai mendera diri sndiri aku masih tak bangun2 dari mimpi seperti yg aku harap2 kan.........

"mane kepala dia??!!"

DEPAN MATA AKU, AKU MELIHAT SESUSUK TUBUH TANPA KEPALA SEDANG MEMBAWA BASIKAL....

segala ape jenis surah terpacul dari mulut aku...terkumat kamit..terkumat kamit
jantung jangan cakap la...macam nak meletop..bpeluh2 satu badan, kalah peluh yg keluar masa aku bersukan tadi...

semakin lama, semakin aku menghampiri objek tersebut, (siap bagi signal lagi nak pintas objek tak berkepala yg bawak basikal tu, punya la baik slalu main pintas je, cuak punya pasal)

dan semasa berselisih...

dalam aku ketakutan tu...sempat juga aku menjeling ke arah "manusia berbasikal tanpa kepala" tersebut...
............
.......
..























celaka...buat cuak aku je............



Tuesday, June 22, 2010

Si pembuat “feltcraft”

Ok kwn2 sperti yg aku janjikan tempoh ari entry kali ni aku nk story cket pasal org yg buatkan “feltcraft” aku tu, atau lebih d kenali sbg Si pembuat “feltcraft”..

(kalo korang terlepas entry pasal feltcraft sebelum ni..klik sini)





Hah hambik kau..punya la besar aku paparkan gmbr kau kat blog aku nih .Amacam comel kan? Sekali senyum semua gigi nmpak..tiada gigi yg berkecuali..kalo x caya try zoom.. Kpd brader2 yg sedang mencari calon isteri sila la mencuba nasib kerana beliau masih single.. haha.

Nama minah ni Nadiah..adik2 dia panggil dia kak yah( mungkin nenek yah bile da tua, hohoho)

Ok nadiah ni jiran bhampiran ngan rmh aku..bukan rmh bujang teruna suci aku duduk skrg, rmh family aku kat kg halaman nun jauh d sna..

Utk keterangan lanjut mengenai “feltcraft” yg beliau buat korang bleh contact direct kpd beliau pasni..nih link aku bg

(facebook dia)

( ni plak blog dia)

kpd brader2 yg bniat utk konon wat2 tanya pasal “feltcraft” tp sbenar nya nak mngorat beliau… aku ucapkan slamat maju jaya, semoga berhasil…usaha tangga kejayaan.

Ni adalah hasil2 karya “feltcraft” beliau ( harap maaf..gambar x brape clear)




Dan lagi…kepala beruang betina, zirafah kuning(berpenyakit kuning), mahluk biru mata besar sebelah(mcm sakit je aku tgok mahluk biru ni), ikan ijau, dan reksase bergigi tajam..





Dan lagi… kepala beruang betina (kn da ade kat atas, xpe sebut lagi) dan kepala kucing oren bergigi senyum ( bleh letak nama korang kat bwh leher kucing tu..)




Ni plak adelah brg2 pnting yg digunakan oleh beliau utk melakukan operasi menghasilkan “benda doll”
D situ kta bleh nmpak butang plbagai wrna..plbgai bntuk, dari sebesar2 gajah shingga sekecil2 kuman.






Ini adalah kain2 yg d gunakan oleh beliau utk mghasilkan karya agung “benda doll”..warna warni memikat hati





Sementara ini plak adalah proses lakaran utk mghasilkan karya agung “benda doll”..buruk muka memasing..da siap bru nmpak syomel..




Lakaran dan hasil nya!! “benda doll” yg da siap.




kalo korang berminat utk memiliki bnda doll yg syomel..jgn segan silu mahupun malu2 kambing desa utk meng-contact Nadiah atau lebih d kenali sbg Si pembuat “feltcraft”....alamat link seperti tertera d atas..(nadiah bg aku komisen lebih cket, da abis promote da nih..haha)

Monday, June 21, 2010

Kucing Gay?

SUATU MASA DAHULU....family aku pernah membela seekor kucing jantan yg di beri nama "si kurus", kucing ni sangat la kurus kering macam cicak kubing..kalo kategori kucing kira kucing kubing la...haha..masa dia kanak2, semuanya berjalan seperti biasa..seperti kanak2 kucing yang lain...takde benda2 pelik yg berlaku..namun apabila beliau menginjak ke alam remaja..si kurus mula menunjuk kan belang nya yg sebenar..menurut pemerhatian aku yang x berapa tajam nih..aku dapati si kurus ni suka bermesra dengan kucing2 jantan yang lebih dewasa di sekitar kawasan perumahan aku..

kalo kucing jantan jumpa kucing jantan mesti bergaduh kan? masing2 mesti nak tunjuk gagah, nak tunjuk hebat, nak meguasai kawasan..tapi perkara tersebut tidak berlaku kepada si kurus, kemesraan yg di pamerkan oleh si kurus dan kucing jantan yg bertandang ke rumah aku megalahkan kemesraan antara angelina jolie dan bradd pit..bila time lunch je, ( lunch si kurus adalah sisa makanan tengah ari) si kurus sanggup menahan lapar memberi laluan kepada boyfren kesayangannya untuk makan,si kurus sanggup memandikan boyfrennya biarpun diri sndiri x mandi (jilat2 bulu tu kira mandi la), mereka saling berciuman dan berpeluk mesra, kadang2 main kejar2...geli geleman aku bila melihat perbuatan terlampau si kurus ni..pernah satu hari kucing betina cun datang lepak kat rumah aku cari makanan, bila si kurus nampak je kucing betina nih dia buat tak tau je, buat macam tak nampak je..kalo kucing jantan normal mesti da pegi ngorat si betina tu kan? binatang pon ade kategori nafsu songsang ke? kalo mcm tu mesti ada harimau gay, kuda gay, lalat gay, urghh??...

kadang2 aku slalu skodeng si kurus saat2 dia berdua2 an dengan boyfren dia..mana tahu kalau2 dia ada melakukan hubungan intim ke..kalo kantoi memang hukuman buang daerah la..tapi takde plak. mugkin diorang buat projek time kitorang balik kampung kot..cis..

Puas da aku berusaha membawa si kurus pulang ke jalan yg benar..namun segala nasihat yang aku berikan tak di endahkan oleh si kurus....


(lakaran wajah saspek...haha)

Friday, June 18, 2010

Lipas Durjana

Peringatan : Blog ini bukan blog yang serius, kebanyakan kandungan yg terdapat di dalam blog ini hanya untuk hiburan semata2..jika ko rasa ko seorang yang serius dan tidak boleh menerima imaginasi2 terlampau, lawak bangang atau bijak ko dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan atau mengintai blog ini...kalau ko degil jugak, nak baca gak blog ni nak wat macam mana kan?..ikut ko laa..aku x bleh halang..tak kan tetiba aku keluar dari monitor pc/laptop halang ko..tu da kira blog berhantu.. so, jangan menyesal aku da ingat kan awal2...kepada sesiapa yang boleh menerima, anda amat di alu2 kan...welcome to my world...heee..

Lipas durjana
Masalah perLipasan kat rumah aku semakin menjadi2..telah bermacam cara serta usaha telah di lakukan utk mengahpuskan mereka..Lipas2 semakin bmaharajalela..bunuh la mcm mana sekali pon..selongkar smua tempat..x putus2 lipas mncul di sana sini.. seolah2 ade satu pakatan konspirasi lipas yg kukuh telah lama bertapak kat rumah aku..rumah aku ni markas lipas semalaysia ke?? Adess..tnsion aku d buatnya..ade kang peribahasa melayu baru muncul“ marahkan lipas hangus rumah ter bakar”…..
Mugkin aku perlu melancarkan pelan damai dgn ketua puak lipas utk meredakan keadaan..apakah yang harus aku lakukan supaya mereka tidak mncerobohi kawasan2 yg tak spatut nya mereka masuk seperti tempat perkumpulan bawang, sekawan gula, segerombolan beras dan mkanan2 kering yg lainnya..adakah dengan cara menculik seekor lipas dan membuat ugutan agar mereka tidak membuat onar dapat meredakan keadaan?

Kalau peperangan yg mereka mahukan aku tiada pilihan lain..Baygon..senjata pemusnah lipas sntiasa siap siaga utk d gunakan….Baygon, nama pon da macho..



BAYGON PEMUSNAH LIPAS

Hasil siasatan terperinci yg aku telah lakukan, terdapat 4 ekor ketua puak lipas, 3 ekor jantan dan seekor betina. Ringkasan profile mereka boleh korang rujuk pada halaman berikutnya..


(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)
Nama lipas ni ‘baby manja’..penah cuba menggoda aku, giler ape..mane aku ade nafsu kat lipas..kalo awek cun nak gak....



(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)

Lipas ni berasal dari brazil, ntah camne bleh sesat smpai rumah aku..si carlos ni sgt kejam dan keji serta penuh dengan strategi..da byk kali aku cuba nk bunuh dia tapi slalu gagal..…




(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)
Hah si yusuf ni muka je nmpak alim, tapi korang jgn tpedaya dgn tipu helah beliau..yusuf ni penuh dengan madah berhelah…watch your back…tengok tu, konon2 sembunyi blakang mangkok..ingat aku x nmpak la tu..



(Klik je jangan risau ni bukan program "Login facebook dapat duit" haha)
Si lipas suparjo nih mulut manis mengalahkan gula melaka..tgok je la kata2 indah yg dia lontarkan..bajet org bleh cair la kalo dgr.. blah laa

Aku telah melakukan perbincangan secara sulit tentang masalah perlipasan dengan rakan seperjuangan. Butiran terperinci boleh korang ikuti d snini..zassss




Sekian laporan sensasi untuk korang..doakan la kemenangan kami menentang lipas2 durjana tersebut…
...........................
.............
....
.
“Damn u cockroach!!!..u made me crazy”









Monday, June 14, 2010

Ape itu "feltcraft"?



Hasil gabungan gmbr2 d atas aku amik dari link2 d bawah ini…
Kalo korang nk blaja wat benda “feltcraft” ni korang bleh la skodeng link2 yg aku bg ni..kat situ korang bleh dpt lg byk info..gadis2 kakijahit suka la benda2 mcm ni..



Kali ni aku nk share pasal “feltcraft” ngan korang, mungkin ada antara korang yg dah tau ape benda nya “feltcraft” nih. Masa memula aku jumpa bnda ni aku panggil dia “benda doll”.. doll d sni bmaksud ank patung bukan nya sarip dol mahupun dol said..ntah camne bleh spontan tkeluar pkataan “benda doll” tu….

Dulu aku igt “feltcraft” ni just buat “benda doll” je..rupa2 nya seni “feltcraft” ni bleh mghasilkan bmacam2 jenis produk dan barangan asalkan si pembuatnya kreatif.
Ok la first aku nk bgtau scara ringkas ape maksud “feltcraft”.. “feltcraft” ni sbenarnya adalah projek kraftangan yg d perbuat daripada bahan2 pakaian sperti kain, manik2, butang, benang,
dan yg se-spesis dengannya. Macam2 bentuk “feltcraft” boleh dihasilkan bergantung kpd kreativiti pembuat “feltcraft” tsebut. Yg aku tau “feltcraft” ade beberapa kategori mcm ‘Wet felt making’ dan ‘Needle felt making’..tu je yg aku tau, mungkin ade jenis lain..
Yg aku nk share ngan korang ni adelah kategori ‘Needle felt making’… “feltcraft” dihasilkan dgn meggunakan jarum(secara jahitan)


Ni contoh2 “feltcraft” …



Smuanya d perbuat daripada kain..jgn la plak korang tuang air dlm cawan tu..bocor la jwb nya..senduk tu plak x bleh d gunakan utk memasak..mugkin bleh d gunakan utk melempang member korang..lempang member guna senduk “feltcraft”, kan seni namanya tu..



Hah beg n topi ni bleh d gunakan utk bjalan2 dn semasa korang shoping..gler glamor topi tu siap ade bijik2 bulat d sana sni…




Tak smua “feltcraft” ni bleh d gunakan..ade yg d jadikan sekadar utk hiasan semata2..ni plak kek yg nmpk lazat d mata tapi tidak d mulut…tak bleh makan..kecuali kalo korang mmg spesis mkn kain..





Ni contoh buku sebagai rujukan kalo korang nk blaja wat “feltcraft”..
Feltcraft: Making Dolls, Gifts and Toys
by Petra Berger

Hah ni la dia “benda doll” yg aku maksudkan..aku beli dari membe aku..hand mate ni beb..bnda ni bleh d jadikan sbg kincin, gantung kat almari, anting2(erk bleh ke?) Korang jgn slh fhm..gler jambu kalo aku pkai.. x macho la..aku beli “benda doll” ni sbb nk bg kat seseorg..(^__^)



Entry ini ade sambungan..aku nk expose kat korang sape pembuat “feltcraft” aku nih..hehe..