Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Wednesday, August 31, 2011

Raya short update

Makan dari pagi sampai ke malam sampai ke besoknya

beraya

bertandang ke rumah tetamu

makan dan makan dan makan

kalau tidak makan tetamu akan mengalirkan airmata bersedih lalu berlari-lari anak menyembamkan muka ke bantal

maka kita sebagai tetamu haruslah menjaga hati kecil mereka dengan menjamah makanan walaupun kapasiti perut hampir meletup.

selamat ber 'makan' raya semua


Sunday, August 28, 2011

Seni mengarut (faradyable)

Bukan nak cerita pasal

Ucapan Selamat Hari raya

Pengalaman ponteng puasa

Cerita Juadah berbuka...


bukan


.......




Ini time gua mau cerita sama lu orang pasal 'Seni mengarut'


Mengarut itu sebenarnya merupakan salah satu cabang  seni. Karutan yang power mengundang rasa seronok dan kebahagiaan. Karutan yang lemau mengundang caci nista dari orang ramai. Tidak semua orang berkemampuan mengarut. Ada yang semulajadi sengal, ada yang mula-mula skema gaban tapi berkawan dengan spesis-spesis kepala setan..pengaruh tv..terminum clorox...terjatuh lalu terhantuk kepala kat lantai lalu kepala otak jadi biol justeru selepas itu mampu melontarkan karutan-karutan yang power...apa lagi?

asasnya..lain orang lain level karutannya....

Contoh karutan yang macam haram..








Apa-apa pun jangan terlalu obses mengarut, mengarut hanyalah sekadar hiburan bukan pegangan, dan tidak semua orang boleh menerima karutan...

bertempat dan berpada-padalah untuk mengarut.




mengarut+ilmiah= mengarutlimiah

ini yang aku sedang evolusikan..keh keh keh





.














.

Wednesday, August 24, 2011

Puasa, proses memproses makanan dan proses perkumuhan

Lokasi : Kampung Baru Batu 14, Hulu Langat Selangor
Masa   : 3 petang

Kelihatan Robalbo  dan sahabatnya  Algojo duduk bersembang di sebalik pokok manggis

Kau dengar ni Algojo aku nak bagi tahu...

proses memproses makanan - proses di mana makanan yang ditelan dihadam oleh perut dan zat-zatnya diekstrak dan disalurkan ke seluruh tubuh badan

proses perkumuhan- proses menyingkirkan sisa bahan makanan dan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita


Apabila kita berpuasa, perut kita kosong dari bahan makanan sepanjang hari bermula  dari selepas subuh hingga menjelang maghrib, Dengan itu perut tidak melakukan aktiviti memproses makanan kerana perut kosong tiada bahan makanan untuk diproses, maka sistem tubuh  lebih menumpu ke arah proses perkumuhan.

Ini adalah satu perkara yang baik bro, proses perkumuhan dapat berjalan dengan efisyen. Segala kekotoran dan toksin berlebihan disingkirkan dari tubuh .
Boleh dikatakan puasa bertindak menservis mencuci badan  kita la.

"Abis kalau tak puasa, sistem tubuh tak menjalani proses perkumuhan ke?"

bukan begitu wahai algojo..kalau tak puasa pun tubuh tetap menjalani proses perkumuhan. Cuma kalau kita puasa proses perkumuhan tu berjalan dengan lebih efektif dan mantap la..sebab proses perkumuhan sahaja yang berjalan...so tubuh dapat fokus kepada satu proses sahaja.


"Ahhh kau semmmbang je lebih..dah tu yang kau makan sekali dengan aku ni apehal? puasa kejadahnya puasa?"


Rilek la Algojo, aku cuma nak bagitau kebaikan berpuasa dari sudut sains..keh3...haaa tambah2 lauk banyak lagi ni...







p/s     Manusia........Berilmu tidak semestinya mereka beramal













.

Friday, August 19, 2011

Kad raya

Masa berlalu memang pantas..sedar tak sedar tinggal seminggu lebih je lagi kita akan menamatkan era puasa untuk tahun 2011..punyalah laju, ni bukan setakat berlalu..dah boleh kira pesen berjoging punya masa


walaupun zaman canggih manggih guna hujung jari kaki pun boleh berhubung satu dunia ni, kad raya masih lagi menjadi medium pilihan antara kita-kita untuk mengespresikan ucapan sesama rakan dan taulan, melampiaskan rasa manja dan sayang bagi pasangan kekasih, menghamburkan rasa rindu antara anak di perantauan dan ibu bapa. Kalau dulu kad raya menjadi penghubung antara dua insan yang jauh, sorang kat Johor sorang lagi kat Pahang, sorang kat Uganda sorang lagi kat Amerika selatan, yang jenis gedik member berjiran pun dituntutnya kad raya siap tarik muka masam kalau tak dapat kad raya (terasa letteww)

Namun kini jauh bukan lagi faktor utama tujuan kad raya tersebut diutuskan tetapi nilai sentimental itu sendiri yg menjadi dambaan setiap insan (pergh ayat..)

originality

bila dapat kad raya tu, pegang, cium, usap, jilat, peluk sambil berguling2...

hamboih terok bebenor sampai gitu sekali..maksud aku dia punya keterujaan tu lain macam sebab 'benda real', 'benda asli' berada di genggaman tangan.

aku rasa benda kad raya ni memang tak kan pupus sampai cucu kita punya cucu punya cucu punya cucu yang palin bongsu tu..

senang cerita sampai kiamat la..

selagi manusia hatinya masih ber-sentimental value..











=) ada jugak orang sudi nak bagi aku kad raya.....















.

Tuesday, August 16, 2011

Puasa furnace dan haba

Asslammualaikum dan salam Ramadhan semua

Berpuasa sambil bekerja di tempat membahang menuntut kesabaran yang boleh tahan tingginya. Lagi pula godaan dari setan gondol yang berupa manusia tidak berpuasa di sana sini berselindung di sebalik dinding dan port-port strategik. tidak kiralah apa bangsa  sama ada Bangla-rian, Indon-rian mahupun Malay-rian sekalipun yg rata-ratanya juga muslim.

Agak tidak hairan environment ponteng puasa dekat situ memandangkan persekitaran kerja itu sendiri memang  cukup memanggang daging, mengeringkan tekak dan mengontangkan air badan. Aku pun mula-mula hampir-hampir tergadai keimanan untuk turut join sekaki jadi setan. Namun berjaya juga menepis Nafsu dan godaan memuncak.


Tuangan Logam

(Lebih kurang macam ni la mesin leburkan aluminium tersebut)


Panas haba tu memang membahang, boleh bagi cair kulit daging...kalau nak rasa 0.005% api neraka boleh try duduk tepi relau (furnace) tu.

produk kilang ni adalah barangan automotif  (Cover engine, part barangan produa, proton dan kereta2 luar negara).

besi dileburkan kemudian dituang ke acuan. Maka terjadilah part-part tersebut. 

penyesuaian memang sesuatu yang sukar tapi bukan mustahil. Mungkin kadar pengurangan air dalam badan kita cepat jika  bekerja kat tempat macam ni berbanding bekerja kat tempat yang suhunya normal. Tetapi itu tidak bermakna tiada stok air langsung untuk menampung badan untuk berpuasa 

Selagi boleh bertahan kita wajib teruskan, so far dah seminggu lebih ni aku puasa takde pulak mati kehausan, so alhamdulillah dah boleh adapt persekitaran tersebut. 

Kalau nak compare kat arab tu lg la memanjang panas. 

Apesal steady je diorang puasa?

phui! alasan taknak puasa, bulu dah panjang sedepa....lagi mahu ponteng ka?







Thursday, August 11, 2011

Misteri kehilangan segerombolan kuih

Meratapi kehilangan dua ketul pau pedas dan seketul karipap sardin. Lokasi subjek tidak dapat dikesan dan kehilangan cuma disedari seawal saat hendak berbuka.







wahai  pau pedas dan  karipap sardin

Tolonglah pulang kepangkuanku








Arggh!!!



















.

Thursday, August 4, 2011

Jangan Jahanamkan subuh anda

Lepas sahur jangan terus bantai tido..tunggu sehingga subuh muncul menegur mesra, sempurnakanlah solat subuh yang awesome itu kemudian barulah boleh bantai tido.







pesanan ini ditaja oleh bakal finalis Imam Muda musim ke lapan belas

Monday, August 1, 2011