Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, May 23, 2011

Ayam RFC dan KFC

 
RFC (Radix Fried Chicken) restoran makanan segera yang konsepnya mirip seakan KFC  memberi jaminan dan keyakinan yang tinggi terhadap status kehalalan produk makanan mereka.




KFC, produk yang tidak asing lagi di mata masyarakat  kini seiring dengan kontroversi yang umum sudah sedia maklum (klik SINI)







Lokasi-lokasi restoran RFC (KLIK)




RFC-dengan bermodalkan ayam organik  mendakwa mereka menyediakan sajian halal tanpa keraguan.

KFC-sudah bermacam cerita kurang enak yang kita dengar..bermacam-macam jenis versi sama ada versi yang berkaitan dengan Israel ataupun versi-versi kontroversi lainnya..betul atau tidak itu masing-masing fikir la.

Pada pendapat aku, untuk menguruskan sesuatu perniagaan tidak kira lah besar ke kecil, pasti ada sisi cacatnya, mustahil sesebuah perniagaan itu boleh beroperasi 100% sempurna. Potensi syarikat pula  bergantung kepada keberkesanan cara syarikat itu menangani dan mengawal masalah-masalah yang timbul.

Macam kes sembelih ayam tu, dalam beribu ayam yang disembelih pasti akan terlepas beberapa kuantiti ayam yang menjadi bangkai sebab cara penyembelihan yang tidak sempurna, tidak sempat lafaz 'bismillah', tukang sembelih penat, ayam terlepas lalu mati kerana terendam, ayam mati di dalam perjalanan di dalam lori dan bermacam-macam kemungkinan lagi yang kita tidak tahu. Kemungkinan  peratus ayam yang menjadi bangkai itu memang ada tidak kira la dari RFC atau KFC. Maka memang sah lah ada di antara kita yang makan KFC ada yang dah TERmakan bangkai. (*kening kiri terangkat, bibir senyum nipis)




Jenama KFC sudah lama bertapak kukuh sebab itu datanglah macam mana cerita ngeri apa pun orang ramai tetap tidak berganjak dari terus menggemari produk KFC. Kualiti ramuan KFC memang cukup lazat, kalau dah memang sedap susah nak menolaknya ye dak? kalau bangkai ayam sekalipun tapi disaluti dengan ramuan yang superb sangat enaklah jugak rasanya..haha



Pengalaman aku sendiri, aku pernah berkunjung ke KFC lalu dihidangkan set dinner plate, ayam yang aku makan tu memang lazat enak sedap leleh-leleh, tengah-tengah syok aku melantak dah tinggal separuh ayam baru aku sedar bahawasanya terdapat ketulan-ketulan darah beku dalam ayam tersebut......aku apa lagi......terus sambung makan sampai licin..time tu kebulor woi, lagipun ustaz aku pernah berpesan kena yakin dalam hati kalau timbul rasa was-was jangan teruskan..sebab tu aku yakin (padahal memang kebulur). 








Kesimpulannya sekarang aku nak cuba try pulak ayam RFC, siapa pernah mentekedarah ayam RFC ni? sedap ke tak?




















.






.

38 comments:

Nveil said...

aku selalu jugak pekena RFC ni. tapi pendapat ayah aku, bebudak yang makan KFC, takkan pilih RFC. tapi ayam RFC besar la. aku suka nugget dia. makan panas-panas. pehh! lembut beb!

DuniakuAbstrak said...

Nveil - apehal penggemar ayam KFC taknak makan ayam RFC plak? bab ayam pun nak racist ke? haha..sedap ke dol? jgn tipu aku

Nveil said...

ok kau nak borak ke ni? kau nak borak aku nak refresh je jap lagi. haha!

DuniakuAbstrak said...

borak je la apedehal bukan kena tangkap polis pon..haha

Nveil said...

ok! sebab RFC ni rasa dia lain sikit dari kebiasaan. tak sama macam A&W, Marrybrown, MyFC. apatah lagi KFC dan McD. rasa dia betul-betul asli. tapi kalau nak makan, biar waktu panas. baru terangkat.

~atiQah~ said...

salam
sy pernah bbrp kali makan ayam RFC. razanya agak tawar berbanding ayam KFC kerana ia tidak mengandungi MSG.Ia adalah ayam organik, halal dan dijamin bersih. Ayuh kita support perniagaan orang Islam RFC dari syarikat HPA.

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

seriesly terbaek,,kalau aku la kan,

sebelah kanan KFC, kiri pulak RFC

aku mesti amek RFC, yang 1, semuanya organik,, mmg sedap, senang cita sedap ar

DuniakuAbstrak said...

Nveil - Lain dari kebiasaan? rasa dia tak sama mungkin sebab takde MSG atau guna perisa tambahan jenis lain kot.

~atiQah~ -secara teorinya memang dah faham konsep ayam organik ni nanti den nak torai test tengok camner.

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN - nampaknya 3-0 di situ..KFC telah dibantai teruk..semua suka RFC ni..komplot ke ape ni? haha

Nveil said...

eceh, kemain kau cakap tak ada MSG. lepas tengok komen seterusnya lettew.

-li.zue- said...

aku pun teringin nak RFC jugak wei.

hmm.sekali ada tanda halal JAKIM.
aku consider as halal lah.
buat apa nak serabut, teliti sangat.

Islam tak pernah membebankan penganutnya.

kalau JAKIM pun dah tak dipercayai dkt malaysia ni, abestu nak percaya sape lagi kan?

DuniakuAbstrak said...

Nveil - hahaha jimbit kau ni, jangan la malukan aku kat sini

DuniakuAbstrak said...

-li.zue- Dunia ini penuh dengan kepalsuan, kerana wang kopiah pun boleh tercabut, JAKIM tu percaya boleh tapi jangan percaya bulat-bulat sangat, berjaga-jaga tetap perlu ada.

asip محمد said...

ok2.. cerita2 lebih pun tak guna.. lu bila nak belanja gua kfc ke rfc nih? kah3

DuniakuAbstrak said...

asip محمد - ni dah berapa ramai mangsa yang belanja kau makan ni? haha

said...

kat bangi ni ada 1 lagi jenis FC iaitu MFC = Muzdalifa Fried Chicken

housemate kita serang esok...;P

dilapor oleh <a href="http://imranirsyad.blogspot.com></a>

DuniakuAbstrak said...

i² - sedap ke? kalau tak sedap kau belanja..haha

said...

kalau camtu aku buat lagi satu KFC la...

kekeQ Fried Chicken...

dilapor oleh

DuniakuAbstrak said...

i² - cet mentang2 nama start huruf K, amik kesempatan terus

said...

mestilah,,,esok pergi beli ayam...

sekilo RM12 sekarang...

dilapor oleh Mungkinkah Harga Ayam = Harga Emas??

adrinaqamarina said...

tak pernah! hari tu pon tak sempat nak pegi makan. :((

Hansyirah Takezur said...

ayam2 tu nampak menggoda lah.

try lah, berbaloi kot? :)

echah mashuri said...

aku prefer ayam edlee.ko tau ayam edlee?pegi gugle skrg.keh3

tp kfc sedap weh.walaupun bnyk spekulasi pegi makan jugak.erm.xpe2.yg penting xwas2.

JIJI YU said...

layan jugak weh makan RFC..aku ok je mane2 pon..hhee

oranglidi said...

xleh blah, dah jumpa darah beku pn makan lagi. hahahaha

ak pn kena try rfc ni. cambes je.

bunga said...

aku dah layan RFC tu..hahaha..tapi aku ko bg pe jer aku melatak je janji halal dimakan..

Eyka said...

eyka pernah tryy~ sedapp wooo~ haha;D ntah laaa..sebab eyka ni memng hantu ayam pon...haruss laaa tahu beza sedap ke tak kan? hee:)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

umpama membesar dgn KFC jer.. tp skang mula rasa muak. Isu halal haram skang ni makin banyak. byk produk yg tak hormati penganut agama Islam.. Itu la pasal kalau nak makan kena yakin, was2 jd haram

dylli said...

RFC sedap juga. especially aiskrim dia. hehehe.. sos pun! KFC, selalu sangat kena ayam keras. sedih. -,-

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
nice info..gua belum layan lagi..nanti nak try dan cuba gak makan

vampire's lovex said...

aku penah makan !! sedap jugeeee..


try la...pastu bungkus bagi aku k..hehe

cik Lea said...

RFC tak best sgt
MFC lagi best...hehe

maCy said...

kuantan ade ta bnde tu. na try la

Titel said...

aku tak pernah try makan RFC ni. celah mane nak cari pon xtau. tapi tgk gambar hidangan dia mmg sebijik dgn kfc eh? the fuck?

Titisan Hujan said...

penah makan RFC tp dh lama
sbb skg smua yg ada nama ayam dh xmkn
alergi wooo~~=(

mkanan kini hnya la ikan.*baik punye tuk otak ^^,

Fahim 'n Alin said...

lapor weh lapor..hahhaha

- koroe - said...

RFC tu ayam dah besor tapi rempah dia kurang power lah. rasa macam makan ayam goreng biasa je. tak tahu lah memang selera orang melayu macam tu atau aku yang pelik.

farah si monster said...

bagi aku, RFC tak best! serius weh!



#1 tepung tak ummphh..
#2 kentang putar takde rasa -.-
#3 coleslaw tak best
#4 ulang balik #1 sampai #3
#5 ulang balik #1 sampai #4

kahkahkah!
kesimpulannya; melayu memang susah nak sokong produk melayu. lalalala :') go KFC go!! :P

~atiQah~ said...

rfc tawar sbb xde msg..
tp cawangan rfc ni x byk la..lau kat KL ni kat mne leh jmpe?