Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, August 30, 2010

MerdekA!!!!!!

Ini gambar aku cilok dari kucingcyberkids



Selamat hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun!!!!!

kita dah 53 tahun merdeka dan kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian2 cemerlang gemilang tak terbilang RAKYAT MALAYSIA



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya berpecah belah demi kepentingan diri masing2, demi fahaman politik masing2, demi duit, demi kuasa, yela...duit dan kuasa tu kan Tuhan korang..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA
berjaya mencipta kemalangan jalan raya, bawak kenderaan laju2 mcm orang gila babi, kalau mati sendiri takpe NI mematikan nyawa org lain sekali..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi pembunuh berkaliber, tetak kawan, tikam bini, mak bapak, awek sendiri, hentak kepala jiran sampai mati, kalau boleh semua manusia ko nak bunuh..


Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya bunuh diri, minum racun, terjun bangunan, gantung diri, kelar tangan..abis kreatif la kelar2 tangan sendiri?



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi penyamun, penyangak, perompak, perogol, samseng, kutu rayau..memang abis berjasa la korang kat negara kan?



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi doktor tak bertauliah cucuk jarum kat badan sendiri, ape jadah la pegi hisap dadah..isap la mentos ke, aiskrim ke!!!



Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya menduduki tangga ke 159 dunia dalam arena bolasepak...tahniah!! tingkatkan lagi ke ranking yang lebih corot pada tahun2 seterusnya..paling corot paling bangga



banyak lagi hasil2 kemerdekaan kita yang patut kita banggakan..buka mata luas2 bulat2 apa yang berlaku kat sekeliling kita..




adakah ini yang kita mahukan hasil dari penat perit lelah tok nenek moyang kita dulu bersusah payah berjuang untuk memerdekakan negara Malaysia yang kita sayangi ni?

kalau terus macam ni la..peratus pun makin mencanak naik..

HANCUR LA NEGARA MALAYSIA satu hari nanti




jom manusia2 yang berakal dan berilmu kita pulihkan negara kita!!!!!

(^_^)

22 comments:

adrinaqamarina said...

wah, abang, adik kagum sebentar baca post ne.

patriotik rupanya. hheehe.

bagus ini yang kita mau!

AyuE SurihanyOt said...

159??ok la tu wei..bukan yang terakhir lg...=p

bukan penggoda said...

byk lagi lah.

contohnye;

Selepas 53 tahun merdeka.......
pelucah blog pon mken meningkat. wakakaka.

syahira ariff said...

kau mmg rare la
hek hek
aku suka post mcm ni
ari ni sahaja blogwalking sumer blog duk puja malaysia
ang jer yg lain

J. Love said...

gua nak forward kat najib razak boleh tak?

yusuf mujahidin ™ said...

oh malaysiaku

aku masih suka malaysia

DuniakuAbstrak said...

rina - sifat patriotik tu kna ada dlm jiwa setiap warganegara Malaysia =)

ayue - bagus mmg bagus, kalau corot Malaysia patut bubar je Liga Malaysia takyah main bola, main guli lagi berfaedah

ika - hahaha betul2, mcm mana pelucah blog tak makin meningkat, saban tahun ada je blogger2 baru yg suka melucah mcm ko muncul...haha

syahira ariff - kalau dok puja puji je butakan mata, yg busuk cakap wangi, yang hodoh cakap cantik mmg makin teruk la kita semua..hehe

DuniakuAbstrak said...

J. Love - haha mcm la pakcik ajib kesayangan manja2 busyuk2 ko tu nak baca..

yusuf mujahidin - tak bleh suka sgt kena ada benci garang sikit baru la Malaysia tak manja, tak naik kepala..haha

echah mashuri said...

gila patriotik kau..hehee...
ayt last tu mmg bermakna la...heee

DuniakuAbstrak said...

echah - skrg kan bulan merdeka, so konon2 kena la patriotik..hahaha

mmg bermakna

asyik bagi korang baca benda merapu je dari blog aku..skali skala share benda ilmiah pulak.. =)

Dyna Yvonne said...

bsmgt aku bc entry ko neh..
tiba2 aku rse bkobar2 nk sumbang kan sesuatu utk negara..hehe

Cik Akma said...

merdeka gila malaysia. gud gud. zzzz~

Wan Perlis said...

minda belum merdeka

DuniakuAbstrak said...

Dyna Yvonne - bagus2..kira berkesan la semngat yg aku war2 kan nih? haha

Cik Akma - haha apesal tido nih? bangun2!!

Wan Perlis - maka merdeka kan la minda

izni said...

waaa...
mendeka..mendeka..!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

wow nice n3

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua tak sambut merdeka pose

ayue said...

merdeka ! yeahhh !
merdeka ! merdeka ! merdeka !

hilman.teddy said...

jemput telan kurma yusof tayub. ada byk lebih. =D

DuniakuAbstrak said...

izni - erk? pkataan baru ek? haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o- tq, aku pon tak sambut, hehe

ayue - ko takde idea nak tulis komen ke ayue? haha

hilman.teddy- kalau free aku nak la..

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

lu kira tak rakyat malaysia yg berjaya buang bayi??

penting tu..tu rekod jahilayah mcm syial depa tu..

Linglung said...

takpe..gua ada. gua ada semangat nak bina negara. tang bola sepak, gua boleh tolong sokong, kalau main macam taik juga..gua malas nak cakap apa