Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Monday, September 6, 2010

bila raya....

-mlm raya tu bunyi mercun membingitkan suasana, pantau anak sdara dan sdara yg kecik2 main mercun..kena la tgok budak2 ni..takot nanti ada yg melakukan perkara2 d luar kebiasaan yg bleh membahayakan diri contohnya seperti meletupkan mercun padi di dalam poket...biasa la budak2 kan kreatif dan suka mencuba.Lepas tu lepak sembang dgn sepupu sepapat pulak smpai 2-3 pagi, yela da lama tak jumpa katakan..mcm2 citer semua kluar

-pagi raya tu lepas dah selesai smyg raya dan lawat kubur atok dan arwah kakak, memasing kazen2 yg kecik2 beratur amik duit raya dari bapak2 sedara sekalian..yg dah expired mcm aku ni pon dpt gak duit raya, nak wat camne org da hulur aku amik je la..rezeki jgn d tolak.. ada juga suara2 sumbang perli tanya bila turn aku plak nak bagi duit raya

-pagi raya tu jugak upacara 'bermaaf-maafan' berlangsung...di mana aku akan melutut sambil bersalam d hadapan kdua org tuaku dan meminta ampun...bunyi ayat lebih kurang mcm ni la.."ayul mintak maaf kalau selama ni ada buat salah kat mak, halalkan makan minum ayul dan doakan ayul jadi manusia berguna berjaya dunia akhirat, doakan jugak ayul kawin cepat dan dapat anak2 comel bderet2"...kemudian mak aku membalas "ya..mak halalkan dan mak sentiasa doakan yg terbaik untuk anak mak, kalau da gatal nak kawin cepat2 abiskan blaja dan cari keje"

-upacara 'bermaaf-maafan' diteruskan ke pakcik2, makcik2 dan nenek2

-raya pertama tu mmg pack, time tu la sdara mara berkumpul sdara dari mana2 ntah pon muncul..bau2 bacang, bau2 kacang, bau2 badan mcm haram semua ada, masa tu la baru tau, ooooo ini rupanya bapak sdara aku yang belah nenek punya adik punya makcik angkat belah abang dia.

-Lepas puas menggauli sdara mara, beralih ke upacara beraya ke rumah rakan2 plak....konvoi la ramai2..abiskan makanan apa yg patot..sesi kutuk mengutuk, bahan membahan berjalan dengan rancaknya...ada juga rakan2 yg kecik ati sbb tak sempat raya ke rumah dia.."camni la ko tak dtg raya rumah aku" gitu la lebih kurang ayat rakan yg berkecil hati tu.

-upacara beraya ke rumah rakan2 berlarutan ke beberapa hari..mana yang tak sempat tu harap maaf sbb tak sempat dtg. tapi kalau ada tawaran pemberian duit raya atau pun ada awek cun yg boleh aku usha, akan aku pertimbangkan utk beraya ke rumah dia dulu.

-beraya sembang2 pastu makan,sembang2 beraya pastu makan...rotate mcm tu je la sepanjang hari raya

tiap2 kali raya mcm tu je la lebih kurang aktiviti2 aku ..aktiviti tetap sama..cuma sdara n kawan2 masing2 semua berubah, dari yg muka suci skrg muka da berjanggut berjambang, dulu kaki licin skrg bulu kaki lebat mengalahkan gorila,dulu perut six pack skrg jadi one pack je, dulu selekeh je skrg dah cun melecun, menyesal aku tak ngorat msa kecik2 dulu, ..


sempena raya yg bakal menjelang aku nak bagi korang semua kad raya... kepada sesiapa sahaja tak kira la apa jenis background korang sekali pon, tua muda itam putih nenek pakcik semua pon kawan aku..semua pon aku sayang..kasih ku tidak berbelah bagi..kasihku untuk semua...rakan2 ku yg berada d alam maya atau realiti....aku bersikap adil d sini..jgn gaduh2....haha

1 kad raya untuk semua..kad raya ni special..hanya utk tatapan sahaja.....

rakan2, terima lah kad raya ikhlas dari ku..



(KLIK untuk kejelasan yg lebih NYATA)


(bob stelah sembuh dari kecederaan parah still tak serik2 lagi, ada berani sahut cabaran bob?)

4 comments:

adrinaqamarina said...

tiba3 rasa sedih sebab tak dapat balik raya. nak nangis laju3 bawah meja la.

Dyna Yvonne said...

mmg aktiviti rye stereotaip...tp tu lah yg seronok ye kan..hehe

slmt ari raye...
>_<

Fazleyatul Aini said...

kpd yg berniat nak fight meriam buluh dgn jiran sebelah umah, pikir2 kan lah
selamat beramal
haha

slamat ari raya !!!

Nurul Ayu said...

hahaa..wei mai raya rumah aku..=p