Salam sejahtera sahabat,
Apakah hukum menyambut Tahun Baru Cina? mengikut kajian ringkas yang aku jalankan, dapat disimpulkan
- Harus dengan syarat sebagai menjaga hubungan baik tapi niat tidak redha dengan kepercayaan agama mereka serta tidak terlibat dengan upacara ritual agama mereka.
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu),
dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat
8)
Petikan Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus
Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan agama lain?
(Jawab) - harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.
Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?
(Jawab)
- harus hadir ke rumah kafir pada
hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau
ucapan agama mereka.
Sekian perkongsian ilmu, moga berguna kepada kita semua
Sumber
p/s Tengok limau pun dah tak lalu sekarang, hari-hari dok bedal limau..
.
No comments:
Post a Comment