Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Thursday, May 26, 2011

Rumusan Review Kungfu Panda 2


Predictable but still awesome

kemain intro omputeh 

cerita nih berbaloi-baloi untuk dilayan

bagus untuk  'keseronokkan sementara'

eh? apesal aku tulis entri dah macam style bujal nih?

sebutir-sebutir ayat

dramatik betul gaya begini

hahaha


Ok kembali kepada cara penulisan aku yang normal..begini kawan-kawan, hasil dari penontonan aku terhadap movie 'Kungfu panda 2' ini aku dapati movie ini amatlah berbaloi dan menghiburkan hati untuk ditonton. 

Jika sekiranya anda mengalami tekanan jiwa dan kekusutan otak seperti stress yang melampaui batasan, marah rasa nak tumbok muka bos, tertekan dengan rakan kerja, kemurungan ditmpa masalah atau putus cinta kali ke lapan belas. Anda amat disyorkan untuk menonton movie 'Kungfu Panda 2'. Di mana, elemen-elemen humor yang disajikan diyakini dapat menghiburkan hati yang lara tuan puan sekalian.

Saat kalian menonton movie tersebut hati kalian akan terhibur kegembiraan dengan storyline yang amat santai, nikmatilah saat-saat itu dengan sesungguhnya kerana mungkin setelah selesai menonton, kekusutan kemurungan dan  kebebanan yang tuan puan tanggung bakal kembali semula bagaikan 'tora datang lagi'...dan setelah itu kalian kembali kepada situasi kesedihan.


see? 

setelah aku bagi sinar harapan, kemudian aku hancurkan dengan kegelapan 'mendung awan berarak pilu'


sudah, jangan sedih sangat..lap air mata tu

ok berbalik kepada ayat..


'Predictable but still awesome'


Ya, jalan cerita yang memang mudah dijangka..akan tetapi!..saya ulangi sekali lagi..akan tetapi!! persembahan jalan cerita yang dijangka itu adalah awesome, ada yang super awesome, ada yang awesome sahaja..dan ada juga yang bapak awesome gilo

yes

walau pun anda dah jangka sesuatu perkara itu akan berlaku akan tetapi anda tetap akan berkata..wow!!

contohnya seperti anda memang akan tahu bahawasanya  mamat Panda itu akan mendeflectkan semula peluru yang ditembak kepada beliau, tetapi anda still akan kagum juga dengan teknik pembalikkannya itu.

Nanti dulu, jangan teruja sangat


Cerita ini pun ada juga kecacatannya, walaupun Kungfu Panda 2 ini sudah ada improvement dari segi dialog dimana dialog mamat Panda tidak mendominasi secara total seperti movie yang sebelum ini, asyik-asyik dia je yang membebel..watak lain mencelah sikit-sikit je.. aku rasa still kena lebihkan lagi dialog watak lain, barulah ada keseimbangan watak di situ.

aiseh man

Rasa macam  banyak dah aku pecah rahsia...sebelum aku cerita lebih detail lebih baik aku memohon mengundurkan diri..

Para hadirin yang mendambakan kegembiraan..


Selamat menonton ATAU mendownload (jika mahu save bajet)



sedih, gembira, action,lawak all is blended very well
rating cerita 8/10 habaq hang




 











.

creating...creating




 



Penat mencari Identiti diri? kenapa tidak ciptakan yang baru?







Monday, May 23, 2011

Ayam RFC dan KFC

 
RFC (Radix Fried Chicken) restoran makanan segera yang konsepnya mirip seakan KFC  memberi jaminan dan keyakinan yang tinggi terhadap status kehalalan produk makanan mereka.




KFC, produk yang tidak asing lagi di mata masyarakat  kini seiring dengan kontroversi yang umum sudah sedia maklum (klik SINI)