Tidak tentu, bolasepak memang begini, adakala kamu mencuba seberapa banyak kali baru kamu akan berjaya, Kadangkala kamu hanya mencuba beberapa kali pun sudah cukup untuk kamu berjaya. Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.
-Balotelli-
Observed and absorbed....
Tidak tentu,kehidupan memang begini, adakala kamu mencuba seberapa banyak kali baru kamu akan berjaya, Kadangkala kamu hanya mencuba beberapa kali pun sudah cukup untuk kamu berjaya. Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.
.
Pages
mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu
mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat
bukan mengkritik dengan emosi
twitter @MrAyuL
twitter @MrAyuL
.
Saturday, June 30, 2012
Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.
Saturday, June 23, 2012
Benda boleh setel
Satu gelas kecil memang tidak dapat menampung sebalang air fresh oren sejuk nyaman dan melazatkan yang kau dambakan itu.
Nanti dulu jangan terus menerjah, gopoh tanpa percaturan bakal mengundang kegagalan.
Apa kata dengan sedikit usaha, ditambah perisa kegigihan dan kesabaran..cari lagi gelas-gelas kecil sehingga cukup semuanya untuk dapat menampung sebalang fresh oren yang kau idam-idamkan itu...boleh?
Nanti dulu jangan terus menerjah, gopoh tanpa percaturan bakal mengundang kegagalan.
Apa kata dengan sedikit usaha, ditambah perisa kegigihan dan kesabaran..cari lagi gelas-gelas kecil sehingga cukup semuanya untuk dapat menampung sebalang fresh oren yang kau idam-idamkan itu...boleh?
Kemampuan yang rendah memang tidak dapat menampung keinginan kau yang tinggi. Persiapkan dulu kemampuan agar ia setanding dengan keinginan kau itu.
Tuesday, June 12, 2012
Pembaziran anugerah Tuhan
Hai
Tak semua perkara kita boleh buat dengan sempurna, dalam banyak-banyak perkara yang kita kerjakan pasti ada lompong-lompong dan kepincangan di sesetengah tempat. Kita bukan superman mahupun adiwira yang boleh melakukan semuanya secara perfect.
Tidak perlu bazirkan masa tenaga dan waktu untuk terlalu bersedih memikirkan kekurangan diri sehingga terlupa akan kekuatan diri.
Gunakan masa tenaga dan waktu itu untuk perbaiki kelemahan dalam masa yang sama memanfaatkan anugerah kelebihan diri yang anda miliki itu
#Jangan risau Aku masih bernafas lagi..hehe
.
Subscribe to:
Posts (Atom)