Ada hamba Tuhan ni, dengan angkuh berhujah...
"Buat apa berdoa? tak payah berdoa..belajar betul-betul, kumpul ilmu cukup-cukup then aplikasikan ilmu yang kau ada, dan rajin berusaha tanpa jemu kejar target kau..semua tu dah cukup untuk kau capai impian kau..
"berdoa ni hanya untuk orang yang malas, yang tak tahu berdiri atas kaki sendiri..mengarut berdoa-doa ni, sepanjang hidup aku, aku berjaya atas usaha keras aku sendiri..tak pernah pulak aku berdoa..ok je.."
"aku tengok orang yang kuat berdoa kuat agama ni semua takde pun berjaya mana..takat tu je lah levelnya...otak pun sempit, tak berkembang langsung...miskin, belajar bengap jugak, malas nak ubah nasib diri dan keluarga...sikit-sikit redha..sikit-sikit bersyukur dengan apa yang ada...sampai tujuh keturunan pun tetap miskin kalau macam tu"
"Duk mengaji Quran terkumat kamit, repeat ulang-ulang ayat..hafal memang hafal, tapi maksud ayat haram pun tak tahu..lepas tu mengharap dimurahkan rezeki, minta keselamatan terjamin lah....apa lah....kejadah? usaha wei usaha...kau doa-doa lepas tu apa usaha kau nak capai target kau tu?"
"aku ni ha...asal family background aku dulu pun orang susah jugak, kalau aku duk balun berdoa, redha pastu pasrah...tak senang macam ni lah..miskin kolot macam puak-puak kuat mengaji je lah jawabnya.."
"Kejayan yang kau dapat adalah hasil usaha keras kau sendiri...bukan doa"
Begitulah serba sedikit ulasan dari seorang hamba Tuhan yang aku dapat ringkaskan
Presepsi beliau terhadap doa dan ayat dari kitab suci al Quran, mengucap panjang aku sekejap, sedih pun ada..
Ya, memang kau dah berjaya, memang kepala otak kau bijak, memang kau pandai berhujah menyusun bicara, logik akal yang padat , konfiden pun bagus..
Tapi bro, akidah dah problem sangat dah ni..parah..parah
Tujuan berdoa ada banyak.....membuat permintaan dari Tuhan adalah salah satu darinya. Dan permintaan itu tidak semestinya dimakbulkan, berdoa juga merupakan salah satu cara kita berkomunikasi dengan Tuhan, saluran untuk kita mengadu......dan meminta petunjuk...dan bermacam-macam jenis sebab kenapa kita berdoa
Jangan sempitkan akal bahawa berdoa itu adalah ritual untuk membuat permintaan dari Tuhan semata-mata..
Ini tak betul
YA, aku setuju dengan pandangan kau yang menyatakan rata-rata (Tidak semuanya) ahli agama agak tertutup, agak jumud cara pemikirannya..
TAPI kepincangan yang berlaku itu bukan berpunca dari Agama Islam itu...tapi berpunca dari cara pemikiran tradisi turun temurun yang tidak diubah...
YA, aku setuju berdoa kemudian redha dan pasrah menunggu tanpa usaha yang keras adalah satu pekerjaan yang sia-sia. Ini memang cara salah, tapi Islam tak suruh pun buat macam ni...
sebagai umat Islam kemanisan yang sebenar hakiki adalah selepas kematian...berjaya kaya macam mana pun kau kat dunia takde erti bro...
.
Pages
mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu
mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat
bukan mengkritik dengan emosi
twitter @MrAyuL
twitter @MrAyuL
.
Friday, January 20, 2012
Thursday, January 12, 2012
Tentang hal Fokus.....Lubang dan Korek
Tips hebat- Jika tengah-tengah anda kenikmatan korek hidung, tiba-tiba baru perasan aksi terlampau sedang diperhatikan, apa lagi..sila naikkan ibu jari anda menunjukkan isyarat bagus. Tidak lupa disertakan sekali senyuman semanis kurma.
Salam kawan
Maafkan diriku ini kerana telah lama tidak mencoret aksara nukilan disini..bukan sengaja hendak melukakan hati jantung serta buah pinggangmu..
betul ni tak tipu
cuma sekarang fokus aku pesongannya terarah ke sudut lain.
sekarang aku belajar fokus kepada suatu bidang pekerjaan dalam satu-satu masa.
bukan seperti zaman remaja, zaman jahiliyah kegelapan dulu balun 10 kerja dalam satu masa..sekarang mungkin berkurang, tiga kerja dalam satu masa atau mungkin dua.
kerana aku diberi ingat oleh seorang tok guru
"kau kalau mahu korek lobang, jangan tamak haloba, jangan korek 8 lobang sekaligus dalam satu masa..buat sakit badan penat melebih-lebih..tapi hasilnya kurang memberangsangkan
fokus kepada satu lubang, korek rajin-rajin, hasilnya pasti awesome dan sempurna kedalamnnya.
Begitu juga halnya dalam kita melakukan pekerjaan di dalam kehidupan kita ni... fokus kita tidak boleh mencapah..ia harus menumpu..barulah tajam

Subscribe to:
Posts (Atom)