Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Wednesday, December 21, 2011

Andaian Melampau

peace yoh

di pagi yang berbahagia ini izinkan saya memutar sepatah dua patah tiga  patah kata hendaknya..

ehem *usap tekak

*hirup nafas dalam-dalam

glup...glup..glup *minum air masak segelas

fuhh....fuhh....fuhh *hembus nafas kencang-kencang





eceh ceh. ceh .bukan main nervous gamaknya bila dah lama tak taip entri ni..peluh jantan membasahi pipi, dahi, celah ketiak, celah ubun-ubun, celah ehem-ehem dan segala macam celah yang sewaktu  dengannya..

-ape sebenarnya yang kau nak sampaikan dekat sini ha setan?-

ohoi.......sabar dulu Tuan tuan dan puan.. jangan alihkan pandangan mata anda dari skrin monitor anda, kerana apa yang bakal anda saksikan sebentar nanti bakal merubah hidup anda, anak anda, ayah, ibu, nenek kepada atok anda, jiran tetangga dan tidak lupa juga binatang peliharaan anda yang comel dan gebu-gebu belaka tu..

Tanpa membuang masa mari kita teruskan kepada topik perbincangan kita pada hari ini..iaitu..

ANDAIAN MELAMPAU...................yeah..

apekebendaya tu yob?

kebendanya di sini meh sini aku nak explanation the definition sikit.. ANDAIAN MELAMPAU bermaksud seseorang itu membuat andaian yang bukan-bukan, risau tak tentu pasal padahal takde apa-apa pun sebenarnya..haa gitu..

contohnya pertama..ada seorang gadis comel bernama nora danish...berjalan-jalan sambil riang ria bersiulan..tiba-tiba beliau ternampak seorang mamat berpakaian tidak senonoh arah..rambut panjang bak mengurai macam pontianak, berjambang dan bermisai kusut..jeans lusuh koyak kat lutut..

gadis comel tersebut mulalah gelabah, rasa debor di dada, rasa cuak..mula membuat andaian-andaian liar seperti mamat serabai tersebut perogol lah..penyamun lah..penjahat jalanan...penternak kutu berjaya..ape lagi? padahal tak pun sebenarnya....mamat serabai tersebut sebenarnya rockers sejati yang baik hati dan gemar menolong orang tua, cuma beliau mempunyai tabiat malas mandi dan suka berfesyen macam jembalang tanah...memandai je gadis comel tersebut....cium kang baru tau.......eh?

Ok itu contoh pertama...contoh kedua berbunyi begini.... Hafiz seorang eksekutif di salah sebuah syarikat terkemuka menerima tawaran bekerja di sebuah lagi syarikat yang lebih tinggi terkemukanya dari syarikat terkemuka yang dia bekerja tadi tu..haaa pening tak? kah3 padan muka...sebenarnya Hafiz dah banyak kali dapat tawaran bekerja di tempat lain..yelah..dah beliau sendiri mengada-ngada pergi temuduga merata-rata tempat....mula-mula niat pergi temuduga syarikat lain sebab nak cari pengalaman baru kat tempat lainlah, stress keje tempat lama, sering diganggu oleh bos wanita tua yang gila seks dan banyak lagi contoh rekaan yang aku malas tulis kat sini...tapi disebabkan beliau menimbulkan bermacam-macam andaian melampau seperti..."eh takutlah aku nak pergi keje tempat baru..entah-entah lagi teruk kat sana nanti...susah nak cari rumah baru...bonus ok ke? Bos lagi ganyut dari sekarang...dan bermacam-macam lagi andaian melampau-lampau habaq ang...dah pikir macam-macam tu hah apa lagi tolak terus tawaran kerja dari tempat baru tu

padahal tak de apa-apa pun...kalau Hafiz tu terima tawaran tu....gaji lagi masyuk...suasana kerja lagi selesa...bos wanita muda bergetah..(dan bermacam-macam lagi contoh rekaan yang best-best belaka)

nampak tak apa yang aku cuba sampaikan di sini?

ANDAIAN MELAMPAU itu  boleh menjadi PENGHALANG kepada kejayaan, kenikmatan, keseronokkan..kepada kita....boleh juga menjadi PEMUSNAH hubungan kepada masyarakat..

so sebagai kesimpulannya..hentikanlah perangai membuat andaian-andaian liar ni... tak boleh maju kau yob..

senantiasa lah positif kan minda kita

manusia progresif adalah manusia yang yakin akan kemampuan dirinya *tetiba


sekian info dari saya...



terima kasseyy!!















.

Thursday, December 8, 2011

Dont Be gelojoh, Be smart

Kadang-kadang kita jangan terlalu mengejar..

Makin Rakus Kita kejar...

Makin jauh dia lari..

Buat muka tempe, muka tidak bersalah, muka cool.....steady....kemudian dengan penuh kelicikan aturkan percaturan....sambil-sambil tu layan lagu retro...goyang-goyang kepala sikit...

Relax.. Jangan gopoh dan kelam kabut..

Baru lah sesuatu yang kau idamkan, yang kau kejarkan yang kau impikan rebah di genggaman tangan kau

Yang kau terkejar-kejar macam orang kena sawan tu....makin lah orang cuak lari lintang pukang dari kau..

Yelah..kalau kau gelojoh..perancangan kau sudah tentunya caca marba...huru-hara...'not smooth' langsung..bak kata Justin biber penyanyi tunggal lirik 'baby baby baby'..

Kejar..kejar jugak..

bukan kejar membuta tuli..

kena ada strategi

Plan cun cun.... susun kasi elok

Entah-entah tak payah kejar sangat pun..



silap-silap benda tu datang sendiri dekat kau..






Dont Be Gelojoh, Be smart








.

Tuesday, December 6, 2011

Pussy Pussy Pussy Pussy Pussy Pussy Pussy Pussy






Mahu mononton tapi masih tidak berkesempatan.

















Pussy.











.

Saturday, December 3, 2011

Lagi blog yang seronok untuk dibaca




Senyum Dalam Helmet

Di atas bahu jalan.

Yang keras.
Lagi lebar.
Aku memandu kuda berenjin.
Dengan penuh rasa tawadduk.
Di celahan lori menggila.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Aku melintasi sebuah kereta buatan nasional.
Dalam nya berisi pasangan kekasih.
Sedang bermadu kasih.
Entah nikah entah tidak.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Lagi ke depan, aku melintasi lagi.
Sebuah kereta yang feminis.
Wah, dalamnya ada susuk seorang awek.
Memegang stering penuh jelita.
Dengan gaya egois, aku memecut.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Sialan, aku hampir melayang.
Ada bas gedabak yang memecut laju.
Tanpa menghiraukan aku yang kerdil.
Dasar bedebah.
Kali ini aku tidak senyum.
Aku mencarut dalam helmet.

Neraka Wail untuk engkau !

www.tongsampahsejarah.blogspot.com









.