Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Saturday, April 13, 2013

Terkini

Dah lama betul aku tak update blog macam zaman muda remaja dulu. Terlalu banyak perkara yang dah berubah bila aku ngadap balik dunia maya ni. Kecewa dan hampa bila usha balik blog blog feveret untuk santapan minda ada yg gagal d kesan.

Kenapa berhenti menulis woi?

Banyak benda aku nk cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Sekarang ni tgh tunggu bini aku interview. Bapak la bosan dia punya lama tu boleh berkematu bontot tunggu.

Ya aku sudah berbini dan baru aku faham perasaan bapak aku bila mana sang isteri start membebel bebel kalau kita ada buat mistake atau terlupa sesuatu..

Rasa comel je tgok mulut dia ngomel2 bebel2..pastu kene cium haa diam kau..

Tapi serius kena bebel memang tak best -_-"

Ok dah tau nak tulis amende..nanti aku update pasal honeymoon kitorang kat bali.

Aku akan share tips2 hebat..jangan salah faham bukan tips2 hebat d ranjang..haha

Tips cara macam mana nak rancang agar percutian korang ke Bali dengan hanya bajet rendah tapi apa yang korang dapat tu berbalo baloi..haa ada faham?

kalau malas nak pikir guna agent je la tapi rugi macam patut korang just spent 1000 tapi korang kena bayar 2000..ini contoh je aku nak bagi korang gambaran kerugian. Bayar agent memang secure sebab tak payah pikir pape tapi bagi aku yang amat mementingkan setiap sen keluar dan masuk (baca:kedekut) adalah merupakan satu kerugian beb.



nanti dulu jangan teruja sangat. sebab ni pun aku tak tahu entah bila lagi la aku rajin nak update.. hehehe


adios amigos




Wednesday, April 3, 2013

Puas?

Adakah dengan mencapai apa yang kau inginkan akan mengakhiri titik noktah kepuasan?

Tidak

Kau akan ke fasa seterusnya mendaki keinginan demi keinginan..

tiada berpenghujung





Monday, March 4, 2013

Pencerobohan Lahad datu Sabah

Takziah kepada keluarga yang terkorban.

Amat menyedihkan apabila isu  disensasikan

Tidak kurang dijadikan bahan lawak

Saling berbalah fakta siapa lebih power

sedang di sana dalam bahaya dan ketakutan

sedih...sedih..

bangsaku

Negaraku


Wahai Tuhan Kami, Selamatkanlah mereka dari sebarang bencana.

Amin

Friday, February 8, 2013

Hukum menyambut Tahun baru cina

Salam sejahtera sahabat,

Apakah hukum menyambut Tahun Baru Cina? mengikut kajian ringkas yang aku jalankan, dapat disimpulkan

- Harus dengan syarat sebagai menjaga hubungan baik tapi niat tidak redha dengan kepercayaan agama mereka serta tidak terlibat dengan upacara ritual agama mereka.

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)


Petikan Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan agama lain? 
(Jawab) - harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?  
(Jawab) - harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.


Sekian perkongsian ilmu, moga berguna kepada kita semua




Sumber






p/s  Tengok limau pun dah tak lalu sekarang, hari-hari dok bedal limau..







.

Saturday, February 2, 2013

Pilih ini kurang itu

Yang pertama, Design buruk tapi sangat selesa
Yang kedua, Design sangat stylo  tapi kurang selesa

 
Pilih kasut untuk puaskan hati orang lain atau untuk keselesaan kesedapan diri sendiri?


masih konfius








.

Friday, January 11, 2013

Orang gila je keje pada hari sabtu

Besok adalah hari sabtu dan aku perlu bekerja

Sangat tidak awesome

"Tomorrow You must settle this.."  ujar bos 

ewah2 mak enon cikebum cikebum... kau suruh aku kasi setel lepastu sedap-sedap kau berholiday bersama anak bini bergembira berjimba sepuas hati sedangkan aku merana bertemankan kepala hotak stress serta hati terguris?

Kejam al zalim weh











Monday, January 7, 2013

Anugerah Juara Lagu musim ke 26

"Lagu macam ni pun boleh jadi juara??!!"

*Bentak Jaafar berwajah bengis menumbuk sofa kemudian berlalu pergi






.

Wednesday, January 2, 2013

Azam Tahun baru 2013

1. Berkahwin
2. Beli rumah
3. Melancong ke luar negara
4. Bisnes maju













.