Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Wednesday, September 28, 2011

bahagian tepi perut

Bangun pagi...raba perut, rasa senak dan pedih menyelubungi 'bahagian tepi perut'. Berdenyut-denyut bagaikan degupan jantung kucing. Kadang sakit, kadang tidak, kejap kang pedih balik. Perasaan musykil di ketepikan dan meneruskan kehidupan pada hari ini dengan semangat juang yang menggunung tinggi.

Tiba di tempat kerja..

denyutan misteri muncul kembali, kali ini bagaikan  irama dangdut...."nyut nyut nyut" lebih kurang begitu bunyinya...

Masih tetap terus bertahan, mata dikecilkan dan pandangan dilemparkan jauh kehadapan melambangkan dedikasi sebagai seorang pekerja yang terbilang. Segala tugas dibereskan dengan pantas telus dan bersepadu..

Tengah hari

Peluh jantan membasahi pipi, menggigil lutut menggoncang bumi, denyutan misteri pedih menjerut, bagai tusukan sang todak melanggar singapura.

kepedihan 'bahagian tepi perut' menggila...meronta-ronta Bagaikan Rasukan Sang Iblis
Duri menceracak tujah menikam..perit mengalir hangat menjalar.

menggeletar tubuh


menggelupur

















amacam?
feel tak dia punya sengsara?







Hari ini aku ditimpa malapetaka.. di mana 'bahagian tepi perut' aku diserang kesakitan yang agak janggal bagi aku sebab ni first time aku kena sakit macam tu..punyalah payah aku nak describe macam serupa apakah kesakitannya itu..

bukan sakit perut.

cucuk-cucuk tepi perut tu pedih woi..cuba bertahan namun tewas akhirnya..lunch aku terus pi klinik..check2..doktor cakap

"usus awak dimasuki angin"

"kejadah?" * bisik aku di dalam hati,

namun lega jugak sebab aku suspect apendiks

doktor bagi ubat dan mc half day suruh berambus balik rumah berehat.





kini aku terlantar di katil menikmati feeling sakit yang pelik ini







.















.

Sunday, September 18, 2011

Kasih Ibu membawa ke syurga..kasih anak?

Hujung minggu baru ini aku menghabiskan cuti di kampung halaman...pulang ke rumah ibu bapa. Cuti 16 september sempena Merdeka 1 Malaysia cetusan pakcik Najib Razak bibir merah bak delima. Sebenarnya aku tidak berpuas hati dengan bibir beliau. Aku yang berwajah Pan Asian ni pun bibir tidak semerah bak delima macam tu. Apehal?

sebenarnya aku kena tulis 'Apesal?'

'Apehal' tu kasar bunyinya macam nak ajak bertumbuk..

Apebenda yang aku nak tulis tadi?


ok dah ingat


Sepanjang percutian aku di rumah sendiri, khidmat aku sebagai 'supir' diguna sebaik mungkin. Supir kepada sang ibu yang mahu ke sana kemari. Mak aku tak larat nak bawak kereta..tu mak aku cakaplah padahal nak bermanja dengan anak bujang dia. Macam lah aku tak tahu.

Sebagai seorang insan yg penuh khilaf, tercetus rasa berat dan malas untuk memenuhi tuntutan sang ibu..dalam malas-malas tu tetap buat jugaklah..(macam tak ikhlas?)

Secara tiba-tiba hati kecil ini terdetik...

"Apelah sangat tolong hantar mak kau kejap, dulu kau kecik-kecik mak kau jugak yang hantar kau pegi tuisyen dari bengap sampailah kau jadi pandai...."

hati kecil terus memutar kembali memori-memori silam

"mak kau jugak yang bagi kau makan nestum kenyang-kenyang  sampai pipi kau tembam badan sihat"

"mak kau jugak yang belikan kau mainan lego"

"bapak kau jugak yang tolong belasah kau sebagai pedoman sebab kurang hajar dengan mak"

"mak kau jugak yang tolong kau buat kerja sekolah"

"bapak kau jugak yang tolong bagi birat badan sebab malas mengaji" (bab bapak je mesti brutal )

dan beratus lemon lagi jasa yg korang pun sendiri tahu..

Kenapa kita sebagai seorang anak mesti tercetus detik hati malas, menyampah, berat hati, rasa diganggu dan berbagai-bagai lagi cetusan berbaur negatif??

why bebeh??

Kenapa tidak membantu memberi khidmat segera dengan gembira dan berlapang dada?

Bila dah kurang hajar tu nanti lepas tu baru menyesal...( aku la tu)

Macam ni lah..cuba ketepikan perasaan tu..cetusan-cetusan negatif tu sedikit demi sedikit..

Cuba.

Sekurang-kurangnya kau mencuba, tidak mustahil lama-kelamaan ringan tulang untuk berjasa.



Kasih Ibu membawa ke syurga..kasih anak?
Berusaha lagi wahai anak untuk mengasihi ibu dan bapamu




p/s Rasa keinsafan itu penting untuk timbal balik sifat dan perilaku diri kau












.

Tuesday, September 13, 2011

Hantu Bonceng review




Pembawakan watak seorang mat rempit senget oleh zizan boleh tahan hebat...geng dia kunyit tu pun boleh tahan bangang punya spesis. Zizan berlakon sebagai Amran, Top mat rempit, selalu menang race dan bohsia sebagai habuan nafsu serakah batin.

Namun, pada suatu malam belum sempat Amran meratah habuan terkini beliau terlibat dengan satu kemalangan mengakibatkan maut kepada bohsia yang beliau bawak kat seat belakang motor.

Bohsia tu mampus lepas tu jadi hantu....macam haram, tu pun boleh jadi modal nak buat cerita.


Cerita ni memang more kepada lawak... seram takde langsung.

bagi aku....not bad...krem jugak perut ketawa...tapi ada gak part-part yang kau rasa macam lawak bangang yang tak jadi...ada part yang membuatkan korang terfikir..."hak eleh tak logik langsung".....dan sesetengah babak jalan cerita yang agak mengarut...


bagi aku......not bad  lah....ada jugak nilai-nilai berguna bagi yang berfikir...nice movie


tapi ada jugak yang tak puas hati dengan cerita ni...keh3






.

Wednesday, September 7, 2011

Strategi Toyota camry terhadap konspirasi Mercedes Benz

Toyota camry dicipta Jepun spesifikasi dan kualitinya hampir menyaingi Mercedes Benz kenderaan buatan Jerman. Namun harga antara dua kenderaan tersebut agak ketara berbeza

Harga Mercedes boleh mencecah sehingga RM300 000 dan ke atas. Manakala harga Toyota camry pula tidak melebihi RM180 000

Bagaimana Jepun berjaya menghasilkan teknologi yang hampir setara kualitinya dengan kos yang lebih rendah?




Mereka mengkaji keseluruhan ciri-ciri yang ada pada teknologi mercedes dan membina teknologi yang hampir menyamai kualiti  dengan kos yang dapat dikurangkan

toyota camry adalah 'mercedes benz dengan kos yang lebih rendah'







(tanpa modifikasi enjin) mercedes benz mampu memecut sehingga 300km/hr namun toyota camry hanya mampu memecut sehingga 200km/hr



Jepun mengkaji tidak semua orang gila meroyan mahu memecut seperti pelumba ferrari. Maka kos pembuatan enjin dapat dikurangkan.


ciri tak penting berkurang='cut cost'=save budget=kualiti hampir menyamai


Begitu juga dengan 'kita'....memang 'kita' yang berperangai keji ini tidak setara dengan Ahmad syukri Ustaz muda kampung parit botak tu.

Iman tebal di dada, zuhud pada dunia, bersih hati dari noda..

pesen tip top punya manusia..

Namun ce 'kita' try kaji kekurangan diri dan berusaha meningkatkan kualiti diri menuju ke arah kredibiliti Ahmad syukri Ustaz muda kampung parit botak yang berkeperibadian mulia itu...





boleh?





Mercedes Benz =Manusia berahlak dan berkeperibadian mulia
Toyota camry =  Manusia yang berusaha memperbaiki diri
Prodon Personak=Manusia yang....berusaha lah jugak improve....(yeke?)











.