Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Sunday, February 19, 2012

Kisah Hidup dan Masa (Episod pertama)

Hidup dan Masa merupakan sahabat baik

Ada seorang budak namanya Masa
Dia juga berkawan namanya Hidup
mereka berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama

Masa dan Hidup selalu lepak bersama dengan gembiranya

Main laga labah-labah sama-sama

Kacau Aini anak dara Pak Mail sama-sama

Terjun Lombong sama-sama

Ponteng sekolah agama lepas tu lepak dekat cc main counter strike sama-sama

pendek kata memang rapat gila lah mereka berdua ni



Tahun.....



demi tahun



demi tahun












setelah beberapa tahun kemudian















mereka berdua meningkat dewasa


Masa mula nampak berubah



Masa mula menjauhi  Hidup



Hidup  mula menyedari akan perubahan sahabatnya yang bernama Masa itu

"Apakah kesalahanku sampai kau buat aku begini wahai sahabat?" ujar Hidup di dalam hati kecilnya

Hidup keresahan, kebingungan, kebangangan, dan kekeliruan.

"Aku nekad, besok subuh tepat-tepat lepas ayam jantan Seman Lentok berkokok aku nak tanya in personal secara direct to the point what the wrong is going on  kepada sahabtku Masa" getus hati Hidup



Hidup: Hoi Masa

Masa: ye

Hidup: Kenapa kau macam tak suka berkawan dengan aku dah sekarang? please tell me why?? why??

Masa: betul kau nak tahu sebabnya?

Hidup: mestilah.....

Masa: betul ni?

Hidup: ye lah! argh!!

Masa: Tak takut nanti kau terguris hati bila mendengarnya?

Hidup: Tak!! bagitaulah woi

Masa: Nanti kau sedih sangat sampai nekad nak terjun KB Mall

Hidup: Bagi tau lah cepat setan

Masa: Ok, Ok Nanti aku bagitau kau pada episod yang seterusnya...

Hidup: hah???

Masa: yela ni kan baru episod pertama..

Hidup: jilaka!!!

Masa: keh3








(bersambung...........)















.

Wednesday, February 8, 2012

Pekerja KFC i-city smack down pelanggan

Mengikut ideologi sesat barat al kafirun

The customer is always right

Walaupun customer tidak beradab, mulut kurang ajar, mulut macam loji najis, kita sebagai pekerja adalah hamba kepada mereka

hukumnya wajib patuh dan taat setia menyajikan perkhidmatan yang terbaik



Dan sebagai seorang pendekar  kfc yang tinggi maruah dan harga diri...memukul pelanggan biadab di khalayak ramai tanpa mempedulikan imej diri bakal tercalar merupakan tindakan  yang paling bijak serta membuktikan keberanian jati diri yang tinggi..












Segulung ucapan Tahniah seiring dengan Takziah teman ucapkan






.

Wednesday, February 1, 2012

Perubahan

Sedar tak sedar dah dua tahun aku terjun secara tidak sengaja ke bidang blogging...dan selama itulah juga aku telah berjaya menyesatkan pembaca-pembaca yang membaca blog ini dengan pelbagai ideologi dan propaganda semata-mata...YA anda semua telah tertipu selama ini..ngeh ngeh ngeh

Ok tak tipu pun sebenarnya jangan lah rasa kecewa merobek jiwa sangat....Lap air matamu itu, usahlah bersedih sayang   (lagu ombak rindu menyusul)







Dari awal penulisan membawak ke penulisan terkini aku, aku dapat lihat perubahan evolusi tulisan itu sendiri.

Memang 'what the fak' dan jilaka bila baca balik entri-entri lama..tapi aku memilih untuk membiarkan ia di situ tanpa  didelete.......


tapi kenapa?

'biarlah ia tersimpan sebagai arkib sejarah perkembangan tamadun tulisan aku'


yesza




Saban tahun manusia berkembang..

kita semua berkembang, berevolusi. berubah sama ada kita sedar atau pun tidak

cuma perubahan itu pantas, perubahan itu rapid, seperti bas rapid kl atau pun lambat seperti siput babi

atau sama ada perubahan itu menjurus ke arah perkara-perkara yang mahmudah atau mazmumah

atau sebenarnya kita tidak berubah?

atau sebenarnya kita perasan diri kita berubah tapi sebenarnya haramm tak berubah pun



























masih skroll ke bawah?

syabbas anda sememangnya seorang yang sentiasa bernafsu untuk mencari jawapan




Jadi kita 'pause' sekejap sebarang pekerjaan kita barang seminit dua dan nilaikan sebentar apakah perubahan atau peningkatan atau penambahbaikkan yang telah kita lakukan sejak setahun, 2 tahun, 3 tahun lepas atau bila-bila masa yang anda rasa tarikh yang sesuai sebagai penanda aras untuk perjalanan hidup anda..



apakah perubahan yang telah anda lakukan?





















.