Ya kawan2 hari ini aku nak share kat korang satu resepi masakan yang amat menyelerakan..
menyelerakan la sangat..kui3
kadang2 kalau free aku masak..kalau free la.. ari tu aku free so aku pon merajinkan diri
aku yg selalu nya pemalas ni untuk masak...
kejadian masak-memasak ni da lama berlalu bila
ntah..skrg baru aku nak cerita..
nama resepi ni
"Ayam sambal hentam ikut suka"
serta
"Sayur kacang diuliti telor"
Ayam sambal hentam ikut suka
Bahan- bahannya adalah
1. Ayam
2. Kentang
3.Bawang putih+merah dikisar
4.Perasa 'cukup rasa'
5. Sambal kisar
6. Gula (Gambar hilang..haha)
Langkah pertama:
Tumis bawang kisar tu sampai warna bertuka jadi perang..err..betul ke?
Langkah kedua:
Tumis sambal pulak...aku main bedal je ni..hahaha
Langkah ketiga:
Masukkan perasa megi cukup rasa..pihak megi sila bagi aku komisen..grrr
Langkah keempat:
Masukkan gula satu beg kalau nak kena kencing manis, aku masukkan secukup rasa je..secubit dua..masukkan garam sekali..
Langkah kelima:
Masukkan ayam dan kentang dan gaul sehingga sebati..biarkan mereka bersatu hingga ke puncak asmara
Langkah keenam:
Gaul dan biarkan sampai masak..agak2 dalam 20 minit camtu la..api kecikkan..biar sampai masak, bukan sampai hangus..alert.
Sayur kacang diuliti telor
Bahan-bahannya adalah
1. Sebiji telor ayam
2 Sayur Kacang
3. Bawang merah.. (bawang putih da abis plak)
Langkah pertama:
Tumis bawang macam tadi
Langkah kedua:
Masukkan kacang panjang, tengok aku potong sama rata semua...nak rata macam ni kena ukur pakai pembaris..haha
Langkah ketiga:
Masukkan telor, gaul sebati-sebati, garam dan gula jangan dilupakan...masuk sekali..sesedap rasa..termasin termanis kira halal la..hehe
Yosh!! da siap...
Bancuh air oren sejuk untuk menambah feel makan
Lepas ni aku nak masak ikan patin ni plak..housemate aku bawak balik sebaldi patin..ni yang paling kecik..ada lagi yang besar2..dia memang suka memancing, tapi ikan2 yang dia dapat dia tak masak pon..semua bagi kat member2, jiran2..
Tengok dia jeling kat kamera, pandai posing betul patin ni.. nasib kau la jadi lauk aku..hahaha
err..camne nak masak patin?
P/S Ni masakan ala2 cincai style je....
Jangan Tekan sini
.