"Imagination is more important than knowledge"
Albert einstein pernah cakap macam tu, aku nak ulas sikit pasal ungkapan madah berhelah dia tu, meh sini den nak kabo..
Imaginasi merupakan pencetus kepada sesuatu ilmu, imaginasi juga merupakan titik permulaan kepada sesuatu penciptaan. Berimaginasi membolehkan kita berfikir secara kreatif tanpa had dan tanpa batasan berbanding jika kita berfikir terlampau logik.
(Hoi!! Jangan tido, ni baru perenggan pertama..)
Sebab itu orang yang suka berimaginasi kadang-kadang dianggap merepek dan mengarut…
( aku sering dituduh mengarut padahaL aku berimaginasi untuk menuju ke arah kejayaan..keh3)
Namun berimaginasi kosong tanpa memikirkan cara yang realistik dalam melaksanakan apa yang difikirkan dan dirancang juga sia-sia..(isy3..)
Berimaginasi adalah satu perbuatan seperti kita melakarkan draft pada kertas kosong, draft itu bakal menghasilkan pelbagai tanda tanya, apa, kenapa, bagaimana, bila, siapa,dan bermacam-macam lagi persoalan untuk merealisasikan draft tersebut menjadi realiti
(faham tak ni? )
(faham tak ni? )
Dalam proses membangunkan dan merealisasikan idea dari imaginasi itu, setiap persoalan dan tanda Tanya itu diselesaikan dengan menggunakan segala ilmu yang sedia ada, dan dalam melalui proses penyelesaian itu, timbul pula ilmu-ilmu baru, cara- cara baru, dan ciptaan-ciptaan baru.
Tanpa imaginasi, idea-idea baru yang berderet-deret tu tak mungkin akan muncul ye dak?
Ni pada pandangan aku la..
Oleh itu marilah kita beramai-ramai menggunakan otak masing-masing dengan mengaktifkan sel-sel neuron otak untuk berimaginasi secara optimum dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu sedia ada dan ilmu yang baru dijumpai dan seterusnya menikmati hidup dengan penuh bermakna dan gembira.
Atau dengan erti kata lain
Jangan sia-sia kan otak anda