Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Tuesday, July 5, 2011

Hanis dan Mira lepak-lepak

baca kisah sebelumnya untuk lebih memahami

petang yang dingin itu, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, burung bertebaran, kucing-kucing mengawan riang, kumbang bersiulan, mentadak mentadu menyanyi kegembiraan..lipas pula sedang nyenyak dibuai mimpi yang indah. Duduk dua orang sahabat baik di suatu sudut berbual mengimbau kisah silam...

"kau ingat tak kisah hitam kau dulu kat kolej? haha" tanya hanis kepada mira

"adess..mestilah ingat, ngeri sangat sampai aku tak boleh lupa"

"tu lah kau gelojoh sangat, semua benda nak kalut..kita hidup ni kena rilex"

"tu lah pasal, aku dah memang camni lah hanis, susah nak ubah..keh3" ujar mira sambil melibas-libaskan rambutnya yang cantik berkilat itu setelah menyedari dirinya di usha oleh seorang jejaka berhampiran yang boleh tahan juga kacaknya

"kau ni dah kenapa mira?"

"saje..aku memang suka libas rambut..hekhek" jawab mira gedik-gedik sambil melirikkan mata menggoda ke arah 'jejaka yang boleh tahan juga kacaknya' itu.

'jejaka yang boleh tahan juga kacaknya' itu membalas senyuman mira dengan wajah yang semanis kurma.
 Hati mira melantun-lantun kegembiraan.

"Hoi!! apesal dah macam orang kena sawan gamaknya kau ni?" bentak Hanis sambil menoleh ke arah jejaka yang bermain mata dengan Mira itu.

"Alah kau ni..potong stim betul la..baru aku nak memasuki fasa awang-awangan keasyikan"

"Hadoi..pantang kena usha sikit dah tergedik-gedik, tak abis-abis dengan perangai gelojoh kau tu.."

"Aku kan mesra alam serta peramah..orang senyum kat kita kita kena la senyum balik..hekhek"

"Bontot kau la...cuba kalau muka mamat tu tak hensem, harammm kau nak senyum..pandang pun tidak.."

"Syyy..diam..diam..jgn kacau proses pengushaan dia terhadap aku.."

Begitulah mira, berbekalkan wajah stok model beliau gemar bergedik dan melayan lelaki-lelaki yang mengorat beliau, akan tetapi hanya lelaki yang tahap wajahnya kacak macam aku je dia layan. yang kurang kacak dia haramm tak layan.


'hanis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat  ketidak senonohan perangai sahabat baiknya itu'


'jejaka yang boleh tahan juga kacaknya' itu mula mengorak langkah menghampiri tempat duduk Hanis dan Mira.

Mira ape lagi, degupan jantungnya berdetak kencang seiring dengan keterujaan yang membuak.


...



"Hai, saya Zam...awak ni Mira kan? ingat saya lagi?" tegur jejaka tersebut sambil melemparkan senyuman


"hikhik..sape eh? Mira betul-betul tak ingat lah" Mira berkerut sambil control ayu dan gedik tahap tinggi


"Amboi kemain lagi dia tak ingat terus muka saya ni..cuba pandang betul-betul wajah saya ni..mesti awak ingat punya.. "    ujar jejaka tesebut lagi


kerutan di dahi Mira semakin tebal, puas dia memutar kotak memori namun tetap tak terlintas langsung wajah jejaka kacak yang berada di hadapannya itu.





"Mira, sayalah yang jerit tegur awak masa awak berlari tak pakai kain dulu  kat kolej tu....hehe..tak sangka kit boleh jumpa dekat sini"


penglihatan Mira tiba-tiba terasa kelam,jantung terasa bagai nak meletop,kulit mukanya bertukar menjadi kebas dan tebal, kalau tusuk dengan pisau pun tak lut, punyalah tebal kulit muka Mira masa tu.....keayuan kegedikan hilang diterbangkan angin kencang yang entah datang dari mana..berkumpul awan hitam tepat-tepat di atas kepala Mira disertai nyanyian sedih berlagu pilu 'Tears in Heaven" dendangan eric clapton














Mira terpaku keras di tempat duduknya..



Hanis pula  hanya mampu tersenyum
















.

12 comments:

yanamib said...

haha kompem pasni mira insap! xmo gedik2 dah..ngee~ =P

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

berlari tak pakai kain? abis dia pakai ape.. aishh takkan la kot.. takkan la..haha

plumpy.tootsie said...

kalau berlari tanpa kain boleh mendatangkan pakwe hensem,mungkin aku patut berlari tanpa seluar.

LOL

feyza said...

hahaaa..~~

eh cpt smbung =D

Bunga said...

hahahaha..aduh..

kema said...

lama tak dtg jenguk ayul :)

miera said...

Woi! kenapa mesti 'Mira'!!. Dush! dush!

Fyqa said...

kahkahkah


errr

ENCIK TIKUS said...

besar tak ? kahkah

Anonymous said...

adek tikus atas ni =="

Pyka Rahmat said...

hahahah dahsyat

± said...

berlari tak pakai kain ok lagi dari berlari tak pakai apa2 pun

best btol kalau dpt kasi ubat utk perempuan gedik cam mira..hehe