Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Saturday, October 29, 2011

Perempuan zaman sekarang brutal-brutal belaka

Perempuan zaman sekarang semuanya brutal, tough, badan berotot  berurat-urat, ada six pack, gagah, angkat besi sepuluh kilo sebelah tangan muka rilek je,  tampar muka kau boleh tercabut kepala. 

Ganass abess beb...

Maksud aku begini, perempuan zaman sekarang kebanyakannya berkeyakinan tinggi, pandai berdikari dan berani. Tidak macam dahulu kala,. Kalau dulu, perempuan patuh kepada banyak pantang larang. Ini tak boleh, itu tak boleh, sana tak boleh sini tak boleh, ape benda semua pun tak boleh. Nanti dikatakan kurang manis la, tak sopan la, "nanti apa orang kata", hisy anak dara jangan keluar rumah", itu merupakan antara ayat-ayat biasa yang kita dengar dari mulut orang-orang tua. Banyak kekangannya, banyak perkara wanita ditegah untuk melakukannya. Disebabkan kurangnya pendedahan kepada banyak perkara maka secara tidak langsung kaum wanita menjadi kurang berkeyakinan kepada  diri sendiri.

TAPI KINI, tidak lagi bebeh, kaum berpunggung lebar sudah semakin advance, kalau dulu wanita kaum yang lemah tanpa lelaki mereka rapuh, mereka tidak mampu berbuat apa-apa lembik macam jelly. Sekarang tanpa lelaki pun mereka mampu berdiri, masalah-masalah yg muncul dapat di tangani oleh mereka tanpa kompromi.

Bagaimana kaum berdada mantap boleh berevolusi menjadi sedemikian rupa? Banyak faktor...antaranya terdedah dengan pengaruh ideologi global yang lebih terbuka cara pemikirannya, penerimaan maklumat dan  ilmu secara pesat (mainstream media, Internet) dan terdidik dengan arus pemodenan semasa. Hasilnya mereka menjadi educated.

Kalau dulu, perempuan banyak pantang larangnya. Apebenda semua tak boleh, zaman kini pun pantang larang tu tetap ada. Tapi persoalannya ramai ke kaum wanita ini ikut? Jawapannya TIDAK.

Kerana perempuan masa kini sudah pandai berfikir dengan bijak dan berani untuk bertindak, bukan ikut arahan membuta tuli. Mana-mana larangan nenek moyang yang dirasakannya tidak releven untuk diikuti, mereka langgar, mereka redah, 'Break the rules'. Maka mereka banyak 'mengexposekan' diri kepada banyak perkara hal dan situasi yang sinonimnya 'taboo' bagi mereka itu. 



Dari sisi kekurangannya pula adalah, wanita jika terlalu ampuh, terlalu yakin pada dirinya tidak mustahil rasa hormat kepada kaum lelaki  juga akan berkurang. Sudah fitrah semulajadi manusia biasa, ego untuk menghormati orang yang dirasakan tidak layak dan lebih rendah level dari dirinya.Justeru itu, sang lelaki tidak kiralah suami, pakcik, ayah, abang atau datuk hendaklah mempunyai karisma dan berkredibiliti supaya wanita yang disampingnya itu yakin dan respect kepada sang lelaki tersebut.






Wanita Besi


















.

15 comments:

dindingkosong said...

sebesi manapun wanita itu, last2 balik dalam pelukan lelaki jugak kan? (hei, ini untuk yang dah berkahwin...hehe)

DuniakuAbstrak said...

pergh..

pelukan tu...malu ai..kah3

yup itu sudah fitrah kehidupan.

cuma wanita sekarang sudah lebih maju dari dulu

HEROICzero said...

dan lebih banyak yg terlebih maju . heh~

DuniakuAbstrak said...

heroiczero-hehe rilek bro..yg terlebih maju dan melebihi had laju tu harus kita kasi betulkan.

Ahmad Mimpi said...

patuhi had laju

Raden said...

kaum berdada mantop. korang kaum tidak berdada la eh

Lea Isnawi said...

yeah! kami wanita dh mampu bersaing dgn anda

hihihi *gelak sopan*

DuniakuAbstrak said...

Ahmad Mimpi - jangan sampai kena saman..keh3

Raden - dada kami tidak semantap korang...rawwrrr

Lea Isnawi - tahniah..he he he

AyuE SurihanyOt said...

celaka..aku tak boleh tgk video tu woi..unimap filter intenet..hoho

bukan penggoda said...

aku gadis comel je. hehe.

rozeeta rashid said...

bagus la perempuan pandai berdikari. tak lah dikata manja. semua nak depend kat orang. tak lah lelaki rimas. "eh minah ni semua kena orang buatkan" =)

maCy said...

ada laki suka pandai bdikari. ada yg tak. tak semua dpt puaskan hati..

eceh tetiba

rafiq said...

kalau break the rules of nenek moyang takpe..

jangan break the rules of ilahi dah ler..

itu yang merunsingkan wanita sekarang ni..

DuniakuAbstrak said...

pantang larang nenek moyang ada yg betul ada yg mengarut..pntang larang Illahi tu mmg no doubt la..

reenapple said...

ohooo.. setuju.

macam aku la.. aku da tak ikut sangat pantang larang even mak selalu cakap ni tak boleh itu tak boleh..=)