Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Wednesday, March 30, 2011

Gersang

Bukan..ni bukan gersang yang  tu, kemain laju kuning otak tu fikir benda ehem-ehem je..

cuma menyatakan gersang suram dan tandusnya blog ni dah lama tak hapdet... ok sekarang ni aku nak men-tidak gersang kan blog ini dengan kasi up satu entri..


Ready...1...2....3....


Monyet kuning itu datang lagi...kali ini dengan gaya urban, rambut pacak, spek mata hitam kalis air, subang blink-blink, aku berpeluh-peluh, aku takut, aku rimas, aku tertekan, pisau di tangannya di tuju laju ke arah muka aku, cepat-cepat aku mengelak  sikit lagi nak kena bulu kening..jahanam punya monyet kuning.

Selepas gagal menikam muka aku, monyet kuning mengeluarkan sepucuk pistol 'Barreta 92' limited edition buatan Itali...matanya merenung tepat ke dada aku, kening kiri terangkat sedikit....




bersambung...




















aku tipu je, ape barang main entri sambung-sambung.... tak standard langsung (keh3)










Aku berlari sekuat hati sepantas watson nyambek meninggalkan monyet kuning jauh di belakang, kemudian bersembunyi di belakang timbunan sampah, dengan harapan monyet kuning tidak perasan kewujudan aku di sebalik sampah-sampah tersebut. Busuk nak mati bau sampah tu, celaka sungguh hendaknya.


"Heh, ingat aku buta ke? keluar kau pengecut!!"

"Jangan kotorkan sampah-sampah tu, kau lagi hina dan busuk dari sampah"



Jantung aku bagai nak gugur berderai ke bumi
buah pinggang bagai nak tercabut
usus limpa dan hati bagai nak meletup bila mendengarkan cacian penghinaan monyet kuning kepala bana itu


tangan terketar-ketar


peluh jantan membasahi celah ketiak

guruh berdentum

kilat sabung menyabung

puting beliung ribut taufan mencanak-canak naik

makcik zaiton ketakutan tengok dari jauh


perlahan-lahan aku keluar dari timbunan sampah
terselit tulang ikan di celah-celah rambut
namun
aku tepis penuh bergaya





"Baiklah monyet kuning, jika pergaduhan stailo yang engkau mahukan...mari kita selesaikannya sekarang juga"










Lari dari masalah memang satu siri episod yang tiada penyudahnya... sudahnya nanti mati kerana penat berlari . Berdepanlah dengan  masalah jimbek itu dan setelkan ia secukup rasa...kalaupun ditakdirkan tewas, 


Biarlah tewas dengan bermaruah......













.

Wednesday, March 23, 2011

Katak

Tengah khusyuk  menjalani proses nyah tinja 

Setelah beberapa minit baru sedar

adegan mantap sedang diperhatikan oleh seekor katak. 

Potong betul

puncak keghairahan  terganggu

baja kenyal yang keluar tersekat-sekat.. 

perasaan berkecamuk, rasa malu dan marah bercampur baur













Katak masak asam pedas, mau coba?














.


.

Saturday, March 19, 2011

PopuLasi wanita Lagi banyak dari LeLaki?

Sedar atau tidak sekarang ni wanita Lebih banyak populasinya berbanding lelaki di mana-mana sahaja di tempat-tempat yang berguna dan cerah masa depan seperti di sekoLah, universiti, HospitaL dan tempat-tempat kerja semuanya majoriti wanita Lebih banyak dari lelaki.

Adakah
1.PopuLasi Lelaki semakin berkurangan?
2.Atau popuLasi wanita meningkat secara berganda?
3.Atau adakah spesis kaum lelaki semakin pupus diteLan Zaman?







TRAIN??












.

Tuesday, March 15, 2011

Menangis

Menangis kerana sedih, menangis kerana gembira, menangis kerana takut, ada banyak punca yang boLeh menyebabkan seseorang manusia itu menangis. Tapi tahukah anda bahawa dengan menangis seseorang itu boLeh keLihatan comeL dan Lucu?





Menangis penuh penyesaLan..
Awek ni konon-konon nak nak buat HosteL koLej dia bersaLji dengan menggunakan 'fire extinguisher' tapi Lain puLak jadinya, pLan tak menjadi Loceng kebakaran puLak yang berbunyi, semua student yang duduk kat HosteL tu terkejut bengang dan marah.

Video ni di rakam oLeh member dia, member dia pun duk tahan geLak je masa tengah rakam..hahaha


ComeL keLakar je aku tengok  awek ni..hahahahahahahaha









.

Saturday, March 12, 2011

Ego

Anak: Bapak, tak eLok buang masa meLepak dekat Luar time maghrib-maghrib macam ni
Bapak: Kurang ajar punya anak!! Pang!!!


Adik: Kakak, tak senonoh La pakai baju ketat nampak Lurah dada tu
Kakak: Kau jangan nak menyibuk, kau budak Lagi ape kau tau


Anak murid: Cikgu, kurang manis kaLau perempuan pakai geLang kaki.
Cikgu montok: Kamu jangan nak tunjuk pandai nak mengajar saya


Pekerja: Ternyata keputusan Bos sebeLum ini banyak merugikan wang syarikat
Bos: Baru setahun jagung bekerja  ada hati nak tunjuk pandai.





Ego







Sebagai orang tua yang merasa memiliki kuasa ke atas anak-anak, sebagai seorang Bos yang merasa memiliki kuasa ke atas orang bawahan, sebagai suami yang merasa memiliki kuasa lebih tinggi berbanding  isteri. 


Mana boLeh mereka tegur aku, jatuh La maruah aku!! 





Terlepas dari apa pun yang kita sandang pada diri kita, sebenarnya ego diri kita lah yang harus kita kuasai. Bukan hal-hal diluar diri kita yang terLaLu kita fokuskan. Apapun yang terjadi di lingkungan kita, situasi dan keadaan yang ada disekitar kita, tetaplah kita mampu menguasai diri kita  terlebih dahulu.  



 
seteLah itu,

baruLah kekhiLafan yang ditegur oLeh orang Lain mudah untuk kita terima











.

Monday, March 7, 2011

Cerita Jo seorang budak perempuan yang macam Jantan

Sempena Hari Wanita yang jatuh pada hari ini aku nak share satu kisah siLam aku, cet padahaL cerita ni dah Lama bersawang daLam draft tapi tak pubLish-pubLish Lagi..hahaha..kebetuLan cerita ni ada sipi-sipi kena dengan Hari Wanita, tapi kaLau tak kena pun Lantak La aku peduLi apa.

Cerita dia macam ni

DuLu masa aku umur lebih kurang 4 tahun kot entah aku pun tak ingat, aku ada berkawan dengan seorang budak perempuan nama dia pun aku dah lupa.
(Kira cincai aku namakan budak tu sebagai Jo)

Dulu aku dengan Jo seLalu main bersama-sama, Jo ni bukan jenis budak perempuan yang macam  perempuan, dia jenis budak perempuan yang macam Jantan. Jo suka main permainan jantan macam robot, lego, gasing dan kereta mainan.

Dulu aku taktau pun yang Jo ni adalah seorang perempuan, mati-mati aku ingat dia ni Jantan. Yelah dah perangai pun macam jantan ganas semacam je terkangkang sana terkangkang sini parut Luka bersepah-sepah, kurap dan panau je aku tak perasan ade ke tak pakaian pun pakaian jantan tak pernah pulak aku nampak Jo pakai skirt ke kain ke masa tu. Aku lepak dengan jo pun jarang dalam seminggu ada la dua tiga kali tak pun hujung minggu sebab rumah Jo dekat dengan rumah nenek aku, kaLau bapak aku balik kampung nenek baru aku ikut kaLau tak takde la(jarak rumah nenek dengan rumah aku agak jauh sikit). Aku suka lepak dengan Jo sebab aku rasa selesa lepak dengan dia, aLiran pemikiran kitorang  pun sama, kira ngam Lah masa tu.

Tapi pada suatu hari tu, aku datang la rumah Jo macam biasa..rumah dia tu dah kira macam rumah aku sendiri je..haha..Aku main terjah je rumah dia  nak cari Jo nak ajak main robot. Masuk-masuk je aku ternampak Jo dalam keadaan bogeL bahagian bawah (baju dia pakai) masa tu Jo baru lepas kencing, bila nampak aku dia pun selamba je sarung seluar, biasa la budak-budak mana ada rasa malu.

Mata aku sempat TERpandang ke bahagian kemaLuan dia tu.

terkejut beruk aku kejap masa tu sebab aku peLik kenapa dia takde burung macam aku?

baLik dari bermain dengan Jo aku tanya kat mak aku kenapa Jo takde burung, sambiL berdekah ketawa mak aku pun expLain la kalau yang takde burung tu perempuan, yang ada burung tu lelaki. Lepas kejadian itu baru lah aku tahu status jantina Jo, jahiL jantina betuL aku masa tu (--")

Lepas aku tahu hakikat sebenar bahawa Jo adaLah seorang perempuan aku terus  tak datang main dengan dia lagi dah, aku rasa macam tak cooL bila main dengan perempuan, masa tu aku rasa keliru dan tertipu..haha tak boleh blah betuL bila aku ingat-ingat baLik.

Sekarang ni tak tahu apa cerita Jo, dah lama tak jumpa dia..Last aku jumpa masa aku form 4 kot masa tu nenek aku buat kenduri, aku tak cam pun muka Jo, masa tu nenek aku yg tunjuk mana satu Jo. Cun jugak si Jo nih, biLa dah besar anak dara, dia dah tak jadi perempuan yang macam jantan dah, dia betuL-betuL dah jadi perempuan yang macam perempuan. Jo perasan aku tengok dia, sempat jugak kami berbaLas senyuman tapi dia macam maLu-maLu pLatipus je. Jo teringat kisah lampau kot..hahaha



Jo is part of my past, wahai ayang jangan jeles Lebih, Dont worry La Cintaku hanya padamu seorang sahaja..hehe




KesimpuLannya..wahai para wanita jadiLah perempuan yang macam perempuan jangan jadi perempuan yang macam jantan..keh3









.

Saturday, March 5, 2011

Mencarut sambiL memandu

 Memandu tanpa caruTan serasa kehidupan seakan tidak Lengkap, bagaikan burung tanpa sayap, bagaikan pungguk tanpa buLan, bagaikan boxer tanpa hiasan polka doT



Maka apa jua mangsa yang rasanya Logik  dijadikan sebagai bahan caruTan digunakan sebaik mungkin untuk kepuasan nafsu syaitan yang bersuLtan di hati

Mencarut sambiL memandu
Tabiat yang buruk
aku terkadang terLontarkan carutan

haih dosa kering
 mariLah kita insaf

Please DonT driVe and Carut

 perbanyakkanLah berzikir dan mengingati mati.

MATI

MATI 

 MATI 

MATI

MATI






.


Thursday, March 3, 2011

Jangan Letakkan harapan menggunung Everest ke atas bahu orang Lain

Siapa yang kau harapkan?

Abang angkat?
Teman baik sehidup semati?
Suami?
Ayah?
Kakak?
Makcik zaiton yang baik hati dan pemurah dengan pertoLongan?





'Lemah'








'Lembik'







Mengapa hidup menagih dukungan orang Lain?


Perjuangan hidup kau adaLah tanggungjawab kau sendiri
Jika kau tersungkur
BangunLah sendiri

Bukan menangis menunggu dipapah





Dah mati daLam kubur nanti kau sorang-sorang jawab soaLan MaLaikat, ada Makcik zaiton nak toLong jawabkan?























Siapa cakap makcik Zaiton toLong jawabkan memang aku siku Laju-Laju mata beLah kiri, pesen tak faham bahasa ni susah nak dibentuk.















.