Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Saturday, October 29, 2011

Perempuan zaman sekarang brutal-brutal belaka

Perempuan zaman sekarang semuanya brutal, tough, badan berotot  berurat-urat, ada six pack, gagah, angkat besi sepuluh kilo sebelah tangan muka rilek je,  tampar muka kau boleh tercabut kepala. 

Ganass abess beb...

Maksud aku begini, perempuan zaman sekarang kebanyakannya berkeyakinan tinggi, pandai berdikari dan berani. Tidak macam dahulu kala,. Kalau dulu, perempuan patuh kepada banyak pantang larang. Ini tak boleh, itu tak boleh, sana tak boleh sini tak boleh, ape benda semua pun tak boleh. Nanti dikatakan kurang manis la, tak sopan la, "nanti apa orang kata", hisy anak dara jangan keluar rumah", itu merupakan antara ayat-ayat biasa yang kita dengar dari mulut orang-orang tua. Banyak kekangannya, banyak perkara wanita ditegah untuk melakukannya. Disebabkan kurangnya pendedahan kepada banyak perkara maka secara tidak langsung kaum wanita menjadi kurang berkeyakinan kepada  diri sendiri.

TAPI KINI, tidak lagi bebeh, kaum berpunggung lebar sudah semakin advance, kalau dulu wanita kaum yang lemah tanpa lelaki mereka rapuh, mereka tidak mampu berbuat apa-apa lembik macam jelly. Sekarang tanpa lelaki pun mereka mampu berdiri, masalah-masalah yg muncul dapat di tangani oleh mereka tanpa kompromi.

Bagaimana kaum berdada mantap boleh berevolusi menjadi sedemikian rupa? Banyak faktor...antaranya terdedah dengan pengaruh ideologi global yang lebih terbuka cara pemikirannya, penerimaan maklumat dan  ilmu secara pesat (mainstream media, Internet) dan terdidik dengan arus pemodenan semasa. Hasilnya mereka menjadi educated.

Kalau dulu, perempuan banyak pantang larangnya. Apebenda semua tak boleh, zaman kini pun pantang larang tu tetap ada. Tapi persoalannya ramai ke kaum wanita ini ikut? Jawapannya TIDAK.

Kerana perempuan masa kini sudah pandai berfikir dengan bijak dan berani untuk bertindak, bukan ikut arahan membuta tuli. Mana-mana larangan nenek moyang yang dirasakannya tidak releven untuk diikuti, mereka langgar, mereka redah, 'Break the rules'. Maka mereka banyak 'mengexposekan' diri kepada banyak perkara hal dan situasi yang sinonimnya 'taboo' bagi mereka itu. 



Dari sisi kekurangannya pula adalah, wanita jika terlalu ampuh, terlalu yakin pada dirinya tidak mustahil rasa hormat kepada kaum lelaki  juga akan berkurang. Sudah fitrah semulajadi manusia biasa, ego untuk menghormati orang yang dirasakan tidak layak dan lebih rendah level dari dirinya.Justeru itu, sang lelaki tidak kiralah suami, pakcik, ayah, abang atau datuk hendaklah mempunyai karisma dan berkredibiliti supaya wanita yang disampingnya itu yakin dan respect kepada sang lelaki tersebut.






Wanita Besi


















.

Monday, October 24, 2011

Jari kaki kanan krem

tadi aku stayback, siapkan kerja mana yang tak setel lagi bersama rakan sekerja.

tengah-tengah rancak dan khusyuk buat kerja tiba-tiba jari kaki kanan aku krem.

Dia punya sengal tu jangan cakap la..memang cukup sengal.

Entah sendi ke hape aku pun tak tahu.

Dengan pantas tanpa krompomi aku terus cabut kasut lempar stokin lantas meluruskan kaki dan meregangkan jari kaki

"kau apehal?"

tanya member aku kehairanan

jari kaki aku krem dol

ujar aku sambil berkerutan dahi




.........................................









setelah  dibahan secukup rasa barulah bantuan ihsan dihulurkan

siul betul



beberapa minit kemudian barulah jari kaki kembali normal
dah tak krem dah





mengikut teori andaian rakan (yang belum dirujuk dari sumber yang sah)

krem berpunca dari..
-tubuh badan yang kurang air
-tubuh badan kurang garam
-darah tidak mengalir dengan lancar pada bahagian yang krem
-kurang bersenam, otot dan sendi kurang rengangan maka dengan itu sendi dan otot mudah kejang di bahagian situ.










Kesimpulan cerita bantulah rakan anda yang mengalami kekejangan, walau nampak macam kelakar sebenarnya mereka tersiksa. Serta galakkan rakan bersenam dan memakan makanan yang sihat. (bukan menggalakkan rakan melakukan kerja-kerja syaitan dan maksiat)

Jauhi krem hidup anda pasti bahagia.


sekian terima kasih






.

Tuesday, October 18, 2011

The truth behind the scene of food preparation

Yo wazzup dudes and hotty chicks

Yes....yes

I know its a bit awkward here when Im trying to speaking London. I dont care what disaster gonna happen on my writings..hahaha


What I want  to share to all of you readers is the reality behind of the food preparation from the cafe and restaurant


The hygienes of the food is not guaranteed by the exclusivness of the place where the foods been prepared

Link 1
Link 2
Link3


The discusting,  super worst, unhygieness food preparation can be happen  anywhere  whether  in the food stall, in the restaurant or even in the 5 star hotels.

its not the 'well known brand' that saves you BUT the ATTITUDE of the OWNER and the WORKER





Some examples...

BAD OWNER restaurant attitude....Profit is more important than hygiene
BAD WORKER restaurant attitude.....faster food serves is more important than hygiene..


I used to be a restaurants worker and involved in most of kitchens operation. The chicken meat and vegetables was  not properly washed, dirty knifes, horrible kitchen sink, exposed sugar and spices and many more.

At first I was a bit shock to see by my own damn sexy eyes the reality of horrible hell condition of the kitchen  restaurant. My heart was broken and I cried loudly.

Ok I lied, actually no crying scenes on that time. ha ha ha..


I tried my best to handle the task as a Cooker assistant to keep the hyginess of the work place and environment. But as a new worker its hard to restructure the old system and habits, but at least I have done my part.

As a normal handsome homo sapiens, I feel responsible to serve the best food condition for other human.

Thats why I feel a bit sceptical when I come to a new restaurant. Before I eat the foods, silently with unsuspicious movement (like a shadow ninja)  I will do an investigation to check whether the food preparation is clean or not.



I suggest for 'OPEN KITHCEN' concept to be applied in our culture...Its awesome man









Beware of what you eat dude













Sorry for the grammatical and drammatical error..he he he











.
.

Saturday, October 15, 2011

Bagaikan kentut sambil TERcirit

Bagaikan kentut sambil TERcirit

Penerangan : Kentut yang disangka kentut biasa rupa-rupanya disertai dengan cirit cair yang melekit.

Maksudnya : Tanpa kita sedari perbuatan kita yang kita sangka hanya 'nakal jahat sikit je' sebenarnya mengundang akibat yang lebih teruk.




renung-renungkan dan selamat beramal.



keh keh keh..






.

Friday, October 7, 2011

Kupasan tentang Isu perkahwinan

Memetik kata-kata dari blog lyacolors


"Perkahwinan yang diredhai adalah perkahwinan yang dilangsungkan mengikut al-Quran and Sunnah. Hantaran adalah tak penting, yang penting adalah mas kahwin nya. Tak guna perkahwinan gilang gemilang meriah bagai, tapi tak mengikut landasan agama kita.  Mesti mendapatkan keredhaan dari ibu bapa, dan paling penting, keredhaan Allah s.w.t"


Sila Klik  Link ini untuk menghadam  ilmu dari mereka

Link 1- Kahwin Berhutang
Link 2


Rumusan yang aku boleh simpulkan di sini mengapa sesuatu perkahwinan itu mengalami macam-macam problem? contohnya..Berantakan pergaduhan suami isteri, Perkahwinan sering dirundung kemurungan stress  huru-hara dan lain-lain.

Asas pembentukan sesebuah perkahwinan itu telah salah, maka pertumbuhan perkahwinan itu sudah pasti tidak sihat.


Asas pembentukan perkahwinan Yang Salah
1.Bersandarkan nafsu semata-mata (nak kahwin dengan bakal bini kau sebab body dia mantap gila, breast besar dan empuk, bontot tonggek, muka stok maria ozawa)
2.Kahwin berhutang
3.ILMU Agama tarak (kau jahil bakal bini kau pun jahil)
4.Niat buat majlis kahwin sebab nak menunjuk-nunjuk, buat majlis Grand dan Hebat lalu berbangga diri bersama sanak saudara dan teman-teman.
5.Banyak lagi daa...hangpa pikiaq sendiri naa..

Banyak lagi Benda salah yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak..

Tidak dinafikan ada yang dah plan baek punya tapi tetap mengalami masalah...

Sebab itu kita sering dituntut muhasabah dan memperbaiki diri..alwayz do 'check n balance'

Manusia yang sering  mencari kebenaran dan sentiasa ingin memperbaiki diri akan sering dipertemukan dengan ilmu dan kebenaran.






Contohnya macam sekarang kau baca entri aku ni ada temui sedikit sinar kebenaran ye dak? keh keh keh











.












Tuesday, October 4, 2011

Gaji minimum bagi pekerja swasta

Undang-undang dan peraturan ini dirangka bagi membela golongan pekerja swasta kerana sistem gaji pekerja swasta tidak  sistematik (ikut suka hati company nak bayar berapa, setiap company berbeza gaji minimum, kalau tinggi takpe ni ciput je).

Untuk gaji minimum bagi golongan penjawat awam, sistem memang sudah selaras (tidak kira duduk bandar ke luar bandar, maka untunglah siapa yang bekerja di kawasan kos rendah)

Wahai Gomen boleh tak Kuatkuasakan undang-undang gaji minimum??

"Kadar gaji minimum kena ikut tempat dan keadaan"

Lain tempat lain kadar gaji


Contoh
Di bandar- gaji minimum WAJIB RM1500
Di luar bandar - gaji minimum WAJIB RM1000

Bandar
Kos sara hidup semua mahal  
Sewa rumah MAHAL (cukai tinggi= kerajaan kutip hasil tinggi)  
Beli rumah MAHAL (cukai tinggi= kerajaan kutip hasil tinggi) 
Tol banyak( kerajaan kutip hasil)
Restoran ada cukai, kedai makan ada cukai,parking ada cukai, Spender Cukai semua benda cukai 


Luar Bandar
Kos sara hidup semua murah
Sewa rumah Murah (cukai rendah= kerajaan kutip hasil rendah)  
Beli rumah Murah (cukai rendah= kerajaan kutip hasil rendah)  
Tol takde( fuuh selamat duit aku boleh buat saving)
Restoran takde cukai, kedai makan takde cukai,parking FREE

Pihak berwajib hendaklah menganalisis dan mengkelaskan kawasan untuk keadilan dan keselesaan rakyat. Perlaksanaan hendaklah tegas tanpa kompromi

Contohnya jika pihak syarikat di kawasan Bandar tidak mematuhi syarat gaji minimum RM1500, syarikat tersebut boleh didakwa. Libas bontot pemilik syarikat Kapitalis tersebut sampai berdarah memancut-mancut. (contoh hukuman yang aku harap dapat diusulkan)



 



Menteri tolong usulkan cadangan ini ke parlimen (Buat keje Jangan Tido woi!!)







Pekerja swasta teraniaya oleh dua faktor iaitu  BEBANAN CUKAI serta SYARIKAT KAPITALIS
















aku tak sure lah dah ada akta ni ke belum (pesen malas buat research).

kalau dah ada sekalipun apesal selamba badak je company
swasta punya rate gaji tidak selaras??



.

Monday, October 3, 2011

Isu zizan hina Islam dalam filem Hantu Bonceng

Bukan Ustaz, orang biasa

Ustaz pesen Jatuh hukum
Betul ke Ustaz? so automatik murtad la eh? kena ucap syahadah balik semula..confirm ke ni?
Ustaz pesen maki hamun
   
amboih Ustaz, lancangnya makian Ustaz ni..takut tau, bila baca terus rasa nak insaf...sungguh



tengok video ni...amati setiap bait kata nasihat Ustaz Azhar Idrus..selami dan fahami



Fitnah ni sesuatu yang kita tidak pasti, jangan sewenang-wenangnya kita menghukum orang lain

Tenang dan cool dalam menghuraikan sesuatu isu baru nampak macam orang berilmu





kalau Ustaz Azhar Idrus melenting memaki hamun sama macam tu jugak, agak-agak ada orang respect dan nak dengar ke nasihat dia?






Rumusan dan Kesimpulan 
1.Memaki hamun SAMBIL BERDAKWAH adalah satu usaha yang SIA-SIA
2.Menjatuhkan hukum membuta tuli boleh menimbulkan salah faham










.

Sunday, October 2, 2011

Filem Namewee (Analisis ringkas)







Nasi Lemak 2.0 memang Best. AKU JAMIN 100%

Aku dapat rumuskan kat sini ada pihak yang still tidak berpuas hati dengan Namewee walaupun filem yang dihasilkan agak mantap dan sarat dengan pengajaran.

Namewee ni mulut dia memang agak kurang ajar sikit, carut-carut tu main sedap ikut mulut je, itu memang aku akui.

Dari pengamatan aku, dia berusaha untuk menghasilkan satu movie yang menyampaikan mesej tentang budaya rakyat Malaysia yang seronok ditonton dan berbaloi..sambil kita berhibur sambil tu kita boleh berfikir.

Akan tetapi, walau macam mana hebat sekalipun hasil karya dia, masih ada lagi pihak yang tidak boleh menerima Namewee ni sebab trauma dengan aksi-aksi dia yang melampaui batasan suatu ketika dahulu.

Tapi kalau korang amati betul-betul lirik Negarakuku ciptaan dia tu ADA KEBENARANNYA juga di situ tetapi cara penyampaiannya dianggap SINIS dan KURANG AJAR bagi tanggapan sesetengah pihak

KE YANG MARAH TU SEBAB SENTAP? TERASA? HAHA

Tapi memang budi bahasa sopan santun out terus la Namewee ni...CARUT boleh tahan


NIAT dia memang BAGUS, tapi CARA dia TAK BETUL la..


As for me, aku boleh terima karya dia walaupun aku tak berapa gemar dengan peribadi dia.. Sebab BEST, Kalau yang buat filem tu Steven Spielberg sekalipun TAPI TAK BEST.. TAK GUNA JUGAK..

Aku Rasional orangnya


Boikot Filem dia sebab...

1.Namewee pernah HINA LAGU NEGARAKU (Walaupun Filem dia BEST dan BERBALOI)
2.Namewee Mulut KURANG AJAR (Walaupun Filem dia BEST dan BERBALOI)

Bagi aku macam BUDAK TAK MATANG la wei..

Aku TAK BERAPA GEMAR SIKAP DIA tapi aku tetap support usaha dia..








TAPI





KALAU KAU BELI TIKET WAYANG KIRA KAU SUMBANG KEPADA KEUNTUNGAN SYARIKAT ARAK

DOWNLOAD SECARA HARAM JE.. HAHA







 




Berapa banyak TAPI da entri ni.......(-__-")



















.