
Selamat hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun!!!!!
kita dah 53 tahun merdeka dan kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian2 cemerlang gemilang tak terbilang RAKYAT MALAYSIA
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya berpecah belah demi kepentingan diri masing2, demi fahaman politik masing2, demi duit, demi kuasa, yela...duit dan kuasa tu kan Tuhan korang..
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya mencipta kemalangan jalan raya, bawak kenderaan laju2 mcm orang gila babi, kalau mati sendiri takpe NI mematikan nyawa org lain sekali..
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi pembunuh berkaliber, tetak kawan, tikam bini, mak bapak, awek sendiri, hentak kepala jiran sampai mati, kalau boleh semua manusia ko nak bunuh..
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya bunuh diri, minum racun, terjun bangunan, gantung diri, kelar tangan..abis kreatif la kelar2 tangan sendiri?
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi penyamun, penyangak, perompak, perogol, samseng, kutu rayau..memang abis berjasa la korang kat negara kan?
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya jadi doktor tak bertauliah cucuk jarum kat badan sendiri, ape jadah la pegi hisap dadah..isap la mentos ke, aiskrim ke!!!
Selepas 53 tahun merdeka.......
RAKYAT MALAYSIA berjaya menduduki tangga ke 159 dunia dalam arena bolasepak...tahniah!! tingkatkan lagi ke ranking yang lebih corot pada tahun2 seterusnya..paling corot paling bangga
banyak lagi hasil2 kemerdekaan kita yang patut kita banggakan..buka mata luas2 bulat2 apa yang berlaku kat sekeliling kita..
adakah ini yang kita mahukan hasil dari penat perit lelah tok nenek moyang kita dulu bersusah payah berjuang untuk memerdekakan negara Malaysia yang kita sayangi ni?
kalau terus macam ni la..peratus pun makin mencanak naik..
HANCUR LA NEGARA MALAYSIA satu hari nanti
jom manusia2 yang berakal dan berilmu kita pulihkan negara kita!!!!!
(^_^)