Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Sunday, December 16, 2012

Bahagia sesudah Derita

Untuk sihat kita perlu bekerja keras berlari sehingga penat lelah sengal satu badan, berpeluh, berehat mandi kemudian segar

Untuk Setelkan masalah enjin misteri seorang mekanik perlu 'troubleshoot' pening stress memikir berpenat lelah tonggang terbalik  hadap satu per satu part enjin kemudian jumpa jalan penyelesaian enjin setel superb kembali ok seterusnya mekanik tu pun lega dan puas

Untuk masuk syurga seorang manusia itu perlu tahan nafsu godaan wanita seksi, diuji kesusahan depan belakang bawah atas kiri kanan, diuji dihimpit kemiskinan penyakit bencana alam kematian keluarga tersayang dan bermacam juta jenis lagi..


Ternyata untuk Bahagia Derita itu perlu kita hadap
Namun ramai yang memilih untuk sedap dari Derita



.

Friday, November 16, 2012

Pray for yourself before pray for palestine

Cakap berdegar-degar kutuk Zionis Israel terhadap penindasan terhada rakyat Palestine

Solat pun masih lompong sana sini.

Doa entah ke mana..

Fix yourself first..




.

Tuesday, November 13, 2012

Menoleh ke belakang

Bukan tidak boleh langsung menoleh kebelakang...menoleh untuk dikenang difikirkan apa yang pincang kemudian perbaiki yang kurang itu adalah tindakan yang bagus..

bukan menoleh untuk diratapi....

sia-sia








.

Saturday, November 3, 2012

Jangan buat jahat jika mahu Rahmat

Seorang penipu berasa amat marah jika mendapat tahu diri dibohongi

Seorang pencuri rasa nak penumbuk orang yang mencuri barang dia tu

Seorang kaki pukul rasa nak mengamuk orang yang pukul adik dia

Manusia tidak suka benda yang buruk- buruk terjadi ke atas diri mereka

Tapi mereka sering melakukan kerja-kerja hina itu ke atas orang lain


funny kan?



Lagi satu


Punyalah dendam amarah benci kepada orang yang melakukan  kesalahan
ke atas diri kita  sampaikan keras hati tidak mahu  memaafkan kesalahan orang
yang bersungguh-sungguh meminta ampun kepada kita


Abis kau buat bermacam jenis dosa kat Tuhan tu bajet Tuhan nak ampunkan ke?



Once again


Manusia tidak suka benda yang buruk- buruk menimpa diri mereka


Tapi mereka sering melakukan kerja-kerja hina itu ke atas Tuhan mereka sendiri






Obviously funny















Thursday, October 25, 2012

Raya Korban

Konsep pengorbanan..

Pengertian korban itu sendiri meletakkan kepentingan orang yang lebih berhak  dahulu kemudian baru diri kita.

Sanggup bersusah  demi untuk orang yang lebih memerlukan

Pengorbanan terlahir dari hati yang bersih ikhlas

Dari hati insan yang tidak mementingkan diri



Pernah dalam situasi dimana memerlukan anda beralah... anda buat juga walaupun merasa terpaksa? 
(aku selalu..damn hati tidak cukup bersih untuk berlapang dada)



Jika mencapai tahap dimana anda perlu berkorban bersusah untuk orang yang jelas lebih berhak dari anda dan anda lakukan dengan gembira dan berlapang dada. 

Tahniah aku ucapkan kerana anda memiliki ciri-ciri hati yang bersih.  



Jom kita beramai-ramai berusaha ke arah itu 






.

Wednesday, October 24, 2012

Scandalize

Di suatu petang yang hening..

"You must always scandalize!!"

ujar bos aku dengan tegas sambil bermuka yakin

mata kami bertentangan

perlahan aku menelan air liur yg seakan tersangkut di kerongkong

peluh jantan sayup menuruni tepi dahi..

"Bos...u mean standardize?....

Ujarku sambil buat muka garang... (perlu tunjuk karisma dan tidak mudah mengalah depan bos)

Yes!! Yes!! Anoo..This is the most critical part Oo omai  bla..bla..bla...


Jepun memang bodoh bahasa inggeris tapi bab teknikal memang superb






p/s Bos..saya setia pada yang satu...tidak gemar berskandal....  hehe




.

Sunday, October 21, 2012

Buang masa

Memang..

Dalam dunia ini memang banyak perkara yang kita ingin lakukan, tapi kekadang manusia itu keliru dan tersasar.

'Fokus kepada  apa yang penting sahaja'

itu sudah memadai

Kita banyak buang masa kerana leka melakukan perkara yang tidak perlu sebenarnya


.


Friday, October 12, 2012

Pahit itu manis

Hari ini aku tersenyum mengenang memori lama itu..

Kadang time kita duduk-duduk terlihat depan mata kita gelagat atau situasi yg mencetuskan kembali ingatan kita kepada perkara silam, boleh jadi sangat lama dahulu yg mana kita langsung lupa sebelumnya...

yang mana perkara yg kita senyumkan dan kenangkan kembali itu boleh jadi perkara yang maha sedih, pedih dan perit

tapi kenapa kita senyum?

kerana selepas itu baru kita tahu 'value' dan kesannya..


Hari ini kau sengsara
Besok kau pasti senyum kerna mengenangkannya kembali



Itupun jika 'besok' itu  masih ada..








.

Wednesday, October 3, 2012

Menongkah arus

Kadang-kadang menongkah arus itu memang sedikit sukar, peduli apa orang kata, yang penting kita tahu apa yang mereka tidak tahu.









.

Friday, September 7, 2012

Idea of inception

Inception...

Menanam 'idea yang kita terbitkan' ke dalam minda orang lain dengan tujuan untuk meyakinkan mereka bahawa mereka harus berfikir seperti apa yang kita inginkan.

'idea yang kita terbitkan' itu boleh jadi sesuatu yang palsu atau benar.

Sebenarnya, secara tidak langsung  tanpa kita sedari kita telah pun melakukan proses 'Inception' tersebut dalam kehidupan seharian kita ni.

Meyakinkan bos dengan idea kita untuk menstrukturkan semula proses untuk menjimatkan kos operasi...
Meyakinkan member yang menuntut hutang bahawa kita tak dapat bayar sebab duit guna untuk repair kereta padahal dah guna untuk shoping
Meyakinkan Ibu di kampung halaman result study ok padahal hancur.
Meyakinkan para pelajar kita bahawa sudut geografi mempengaruhi peratus jualan produk dalam subjek ekonomi.


Keberkesanan proses kawalan minda terhadap orang lain ini bukan terletak kepada kesahihan atau kepalsuan maklumat tersebut, tetapi kekuatannya terletak kepada cara penyampaian kita yang meyakinkan mangsa atau target. Dan susunan maklumat yang kita sampaikan itu nampak logik dan bernas.


Arkitek itu kita sendiri, merekabentuk dan merancang susunan idea yang ingin kita sampaikan kepada target kita


maklumat benar atau palsu.
digunakan ke arah kebaikan, atau disalah guna, ..

terpulang kepada individu itu sendiri.


Contoh mudah....Ahli politik



..



#Kadang-kadang aku memang suka berfikir, kadang-kadang aku suka merepek dan berjimba-jimba.....multy tasky, best kan? keh3






.

Friday, August 24, 2012

twitter @MrAyuL

Selamat Sejahtera Ke atas kamu

Bros and sistah, amacam raya?
adakah raya kali ini berjaya memberi kamu sinar pencerahan?
atau adakah kamu masih setan seperti dahulu?

atas tu twitter aku
kepada yang sudi
marilah follow




.



Sunday, August 12, 2012

Keinginan untuk meningkat bukan bermakna kita tidak bersyukur

Assalammualaikum para pejuang sekalian


.....


'"Bersyukur dengan apa yang ada"

Mesti pernah dengar perkataan femes ni kan? apakah tafsiran anda?

Silap tafsiran makna 'bersyukur' itu boleh menjerumuskan manusia ke lembah kemalasan.

Bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang bukan bermaksud "Cukuplah sekadar itu sahaja". Kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat but in the same time kita still improvekan lagi kualiti hidup kita ke tahap yang lebih baik.



thats better..






.








Sunday, July 29, 2012

Obses Yahudi

Instead of kau yahudi sana yahudi sini..illuminati..freemason..

Adalah lebih baik kau fokus untuk memajukan diri dan meningkatkan ilmu bagi menaikkan lagi level diri kau ke tahap yang lebih padu dan kehadapan.

Fearness obsession hanya memandulkan otak kau



...



Ilmu dan skill adalah senjata yang ampuh




.


Wednesday, July 25, 2012

Kapitalis peniaga bazaar dan tipah yang tertipu

Bila ramadhan muncul dengan langkah penuh bergaya

maka berbondong- bondonglah bazaar di sana sini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan

secara tidak langsung muncul juga secara tiba-tiba entah dari mana peniaga- peniaga segera yang  lebih cenderung kearah ke-kapitalis-an.

keuntungan bagi mereka adalah segala-galanya, sehingga sanggup mengetepikan nilai-nilai moral dan maruah sebagai seorang peniaga yang berhemah.

maka

ramailah pembeli menjadi tipah yang tertipu..



................



Contoh mudah cucur udang yang penuh dengan bawang semata-mata tanpa udang yang terselit hatta seekor pun di dalamnya....




keji




.

Friday, July 20, 2012

Imam turbo

Semalam ramadhan pertama selesai dilengkapi dengan trawih pertama.

Solat trawih digerakkan dengan kuasa pecutan turbo, Sedikit tidak berkenan di hati.. bagi aku tidak perlu gopoh mengejar jumlah rakaat yg banyak sehinga kesempurnaan terjejas

Pecutan hybrid sudah mencukupi..slow n steady

biarlah rakaat tidak sebanyak itu asalkan tertib dan relax

kualiti kan lebih penting dari kuantiti





.

Friday, July 6, 2012

kenangan

selama tujuh tahun aku bergelumang di sini..tunggang terbalik..guling-guling.......meronggeng

bangi-putrajaya-puchong...
3 lokasi rutin

berbekas di hati segala kenangan lah dol

harap hari ini dan besok panjang sikit waktunya...mahu menikmati momen ini sepuasnya sebelum pulang kembali ke markas terbaru...

.

Thursday, July 5, 2012

nuffnang jilaka

nuffnang ni sikit lagi aku dah nak cash out bleh plak kau mem block aku dari meng open kau..ape kejadahnya semua ini? dah seminggu lebih ni woi.. pang nak?


Tuesday, July 3, 2012

Was was

Was-was dimana kadar keupayaan untuk membuat keputusan antara dua perkara tidak pasti mana satu merupakan pilihan yang tepat.

Was-was boleh dikatakan konflik antara otak dan hati, antara logik dan naluri.

Secara logik setelah menmbuat kiraan yang tepat otak mencadangkan agar kita memilih pilihan A sebagai keputusan muktamad. Akan tetapi Gerak hati  membangkang tanpa hujah dan alasan yang kukuh.

Naluri muncul menghalang dari kita bergerak untuk ke fasa yang seterusnya.

Naluri itu misteri

Kadang juga penyelamat


Saturday, June 30, 2012

Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.

Tidak tentu, bolasepak memang begini, adakala kamu mencuba seberapa banyak kali baru kamu akan berjaya, Kadangkala kamu hanya mencuba beberapa kali pun sudah cukup untuk kamu berjaya. Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.

-Balotelli-





Observed and absorbed....






Tidak tentu,kehidupan memang begini, adakala kamu mencuba seberapa banyak kali baru kamu akan berjaya, Kadangkala kamu hanya mencuba beberapa kali pun sudah cukup untuk kamu berjaya. Jadi jangan berhenti untuk terus mencuba.








.


Saturday, June 23, 2012

Benda boleh setel

Satu gelas kecil memang tidak dapat menampung sebalang air fresh oren  sejuk nyaman dan melazatkan yang kau dambakan itu.

Nanti dulu jangan terus menerjah, gopoh tanpa percaturan bakal mengundang kegagalan.

Apa kata dengan sedikit usaha, ditambah perisa kegigihan dan kesabaran..cari lagi gelas-gelas kecil sehingga cukup semuanya untuk dapat menampung sebalang fresh oren yang kau idam-idamkan itu...boleh?


Kemampuan yang rendah memang tidak dapat menampung keinginan kau yang tinggi. Persiapkan dulu kemampuan agar ia setanding dengan keinginan kau itu.


Tuesday, June 12, 2012

Pembaziran anugerah Tuhan


Hai

Tak semua perkara kita boleh buat dengan sempurna, dalam banyak-banyak perkara yang kita kerjakan pasti ada lompong-lompong dan kepincangan di sesetengah tempat. Kita bukan superman mahupun adiwira yang boleh melakukan semuanya secara perfect.

Tidak perlu bazirkan masa tenaga dan waktu untuk terlalu bersedih memikirkan kekurangan diri sehingga terlupa akan kekuatan diri.

Gunakan masa tenaga dan waktu itu untuk perbaiki kelemahan dalam masa yang sama memanfaatkan anugerah kelebihan diri yang anda miliki itu



#Jangan risau Aku masih bernafas lagi..hehe









.

Saturday, May 26, 2012

Dont ever give up bebeh

Berundur sebentar bukan menyerah
selagi kudrat masih berbaki
simpan tenaga atur strategi

kaki melangkah tangan menghayun
tepis tepis jangan tertusuk

kekal melawan kuatkan jati
degil demi maruah diri

selagi kudrat masih berbaki
tetap melawan biarpun mati


Saturday, May 5, 2012

Berkebun dan value disebaliknya

Sehari suntuk menghabiskan masa berkebun di kebun

kebun sawit gamaknya



jujur aku memang tak minat berkebun, tapi atas permintan sang ayah aku turutkan jua

jadi apa aktivitinya?

merumput kasi rumput itu licin kasi habis semua...agar anak sawit dapat menikmati baja dengan optimum. Justeru anak sawit dapat membesar dengan sihat dan tergolong dalam kualiti pokok sawit yang power bergred A, Dean list serta cemerlang

"kalau tak buang rumput nanti anak sawit tak cukup baja, abis dah kongsi baja dengan rumput durjana...rumput is useless you know? ..." ujar bapak aku

dah setel semua merumput



baja pun ditabur
semua kawasan berkenaan

merumput
membaja
4 ekar
88 pokok



seksa dol





adei





valuenya?

Buang part yang 'useless' baru prestasi anda optimum Gred A baek punya








.

Tuesday, May 1, 2012

Kambing

Tadi kazen aku buat kenduri kekah kambing for his first baby girl........

sedap dol kambing tu, kambing masak rendang, daging lembut serta empuk, saat daging itu menyentuh gigi dengan mudah tanpa perlu mengerah otot-otot muka aku dapat mengunyah daging-daging tersebut dengan wajah yang  penuh bersahaja ..

tatkala daging-daging tersebut bergaulan di dalam mulut aku..percikan-percikan kuah didalam daging tesebut meningkatkan lagi selera makan sambil mata terpejam-pejam rapat menandakan nikmat kelazatan yang tidak terhingga..



......................





Aku memang peminat daging kambing yang tidak asing lagi di arena perkambingan. Walaupun sering acap kali dikecewakan oleh masakan-masakan daging kambing yang tidak bermutu namun semangat daging kambing itu masih tebal di dalam jiwa. Peristiwa hitam seperti mengunyah lamb chop sampai lenguh otot rahang dimana kadar kekenyalan daging mengalahkan getah sekerap, daging kambing yang sudah expired penyebab cherry berry (cirit birit) dan pelbagai lagi kisah hitam sadis yang tidak sampai hati dicoretkan di sini.



Secara konklusinya, masakan daging kambing yang benar-benar bermutu hampir kurang kedapatan di zaman serba kapitalis kini.


Adakah kambing semakin kurang subur?
Kambing mengalami masalah kemurungan?
Kurang kepakaran domestik?
Pentingkan kualiti lambchop dari kuantiti?


Bincangkan






.

Tuesday, April 24, 2012

Bau yang Jahanam

Hari-hari hidu bau tahi kucing ni boleh mandul aku...




Satu ekor kucing

Kasi buang itu tahi

di suatu sudut

kadar konsistensi buangan tahi di tempat yang sama berlaku saban hari

bergantung kepada nasib, line clear kawasan atau suhu cuaca semasa,

kadang 2 hari berturut-turut

kadang da lama takde 2-3 hari..........

kang  tiba-tiba secara magik muncul setompok ketulan tahi cantik baik  punya terletak d situ


dah sebat, hempuk, penampor macam mana pun tetap tak paham

tak reti bahasa betul punya binatang



adei.....















Kucing masak lomak cili api pun sodap ni






















.














Monday, April 16, 2012

Isu pendidikan percuma PTPTN

1. Adakah pengurusan kewangan kerajaan Malaysia sangat-sangat telus dan cekap?
2. Adakah Kadar faedah pinjamana pelajaran malaysia REASONABLE?
3. Adakah Kerajaan Malaysia mampu memberikan subsidi  pendidikan?


Nak hapus secara total pinjaman pelajaran itu tidak mustahil tapi perbelanjaannya sangat besar dan perlukan perancangan dan pengurusan kewangan yang sangat-sangat telus dan cekap...

Cadangan aku

1. Kurangkan kadar faedah pinjaman - kadar faedah tu perlu sebab nak tampung kos operasi, kecuali kalau kerajaan ada subsidi untuk tampung kos operasi so bolehlah kadar faedah dihapuskan. Tapi kalau kadar faedah tinggi melampau tu ada benda tak kena lah tu.

2. Pengurangan kadar pinjaman berdasarkan pointer- Sistem ini MARA dah aplikasikan dari dulu hingga sekarang. Pihak pengurusan PTPTN boleh lah belajar dari Pengurusan MARA. Still kerajaan kena subsidi untuk laksanakan sistem ini

Secara ringkasnya, Hutang tetap hutang dan perlu dibayar, cuma pengurangan pinjaman itu bagi aku PATUT diwujudkan. Siapa yang rajin dia berhak dapat pengurangan pinjaman. Dan siapa yang malas dia kenalah bayar full loan DENGAN KADAR BUNGA YANG REASONABLE.



.

Sunday, April 8, 2012

Sorry Bos

Kusut memikirkan apa yang harus aku perkatakan terhadap bos menjelang esok

Bagaimana hendak ku luahkan isi tersirat bersimpul yang terbuku d hati ini? hah? bagaimana??





Adoi aku nak resign kerja ni tapi memandangkan situasi di tempat kerja yang agak kritikal dimana semuaanya huru hara...dateline projek sudah semakin hampir, berbagai spesis masalah juga muncul saban hari, sana sini kelam kabut

Tapi aku dapat offer tempat lain yang lebih lumayan dan baek punya hendaknya

yang memerlukan aku report duty as soon as possible and if i fail to do so..the opportunity will be gone forever like tomorrow will nover come again........

hmmph....

berat..

berat..


kusut woi







Tomorow





24 hour resignation Notice












aku nekad






















sorry Bos













.

Tuesday, March 27, 2012

Yang tepi-tepi itu

Kita ada satu matlamat

Kita ada satu target

Kita mahu apa yang kita mahu itu

Kita usahakan..

gigih

jerit

perih

usaha punya usaha

punya usaha

sampai tertimbul-timbul urat

sampai letih otot dan saraf belikat












tapi akhirnyaa gagal

tak tercapai pun apa yang kita mahu itu

kita pun sedih
mata berkaca..




tapi dalam perjalanan kita mengejar matlamat itu

kita jumpa macam-macam perkara

kita belajar macam-macam benda

kita kenal dia

kita faham itu

kita faham ini

kita sedar rupa- rupanya macam itu perkara sebenarnya

macam ini hal sebetulnya

kita tahu banyak benda baru




lepas tu kan....





baru kita tersedar



bahawa sesungguhnya
matlamat itu bukan kita punya






tapi yang tepi-tepi itu sebenarnya  kita perlukan














P/s  Kadang-kadang matlamat itu hanyalah jambatan untuk kita sampai kepada apa yang sepatutnya kita dapat


















.

Saturday, March 24, 2012

Sebab

orang kata

kita buat sesuatu tu mesti ada sebab

makan sebab lapar

tido sebab mengantuk

marah sebab kena tipu

tumbuk perut sebab geram



menari shuffle sebab ingin bergembira

garu kening sebab gatal

menjeling garang sebab tidak rela diri di usha

jalan kepit sebab sakit perut

menangis sebab kecewa




..






tapi kadang-kadang





ada sesuatu tu




kita buat tanpa kita tahu sebabnya




we juz dont know why the reason we do that



kita just buat je



kita just decide je secara mengejut


kita ikut gerak hati


sebab gerak hati kuat ke arah situ


tapi kita tidak tahu mengapa


then




kita henjut terus kasi jalan








.

Wednesday, March 21, 2012

Berterbangan

Tajuk Lukisan: Berterbangan menuju ke destinasi








 .

Thursday, March 15, 2012

Zombie kacak

Aku sekarang bagaikan zombie yang berkeliaran merata-rata di dalam ofis tempat aku bekerja.....

zombie di hadapan pc...

zombie ketika meeting

zombie ketika mentekedarah

zombie ketika melepaskan 3-4 ketulan coklat lembik atau nama manjanya  "tahi" di dalam jamban

semua pun zombie adoi nya pun

haihhh

Macam kalau aku tenung pc tu boleh tembus 3 kilometer ke hadapan

pastu kantoi plak dengan teman sekerja..

aku pun apa lagi...angkat kening kiri 90 darjah ke atas sambil mempamerkan wajah yang garang dan rakus

terus beliau menggigil menangis ketakutan




aku paling wajahku kembali ke pc



Sambung menjadi zombie kembali






.

Saturday, March 3, 2012

Kau bagaikan graviti aku bagaikan epal

kau bagaikan graviti

aku bagaikan epal

dia bagaikan isaac newton

kau tarik aku

aku jatuh kepadamu

dia kantoikan kita

hehe

Sunday, February 19, 2012

Kisah Hidup dan Masa (Episod pertama)

Hidup dan Masa merupakan sahabat baik

Ada seorang budak namanya Masa
Dia juga berkawan namanya Hidup
mereka berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama

Masa dan Hidup selalu lepak bersama dengan gembiranya

Main laga labah-labah sama-sama

Kacau Aini anak dara Pak Mail sama-sama

Terjun Lombong sama-sama

Ponteng sekolah agama lepas tu lepak dekat cc main counter strike sama-sama

pendek kata memang rapat gila lah mereka berdua ni



Tahun.....



demi tahun



demi tahun












setelah beberapa tahun kemudian















mereka berdua meningkat dewasa


Masa mula nampak berubah



Masa mula menjauhi  Hidup



Hidup  mula menyedari akan perubahan sahabatnya yang bernama Masa itu

"Apakah kesalahanku sampai kau buat aku begini wahai sahabat?" ujar Hidup di dalam hati kecilnya

Hidup keresahan, kebingungan, kebangangan, dan kekeliruan.

"Aku nekad, besok subuh tepat-tepat lepas ayam jantan Seman Lentok berkokok aku nak tanya in personal secara direct to the point what the wrong is going on  kepada sahabtku Masa" getus hati Hidup



Hidup: Hoi Masa

Masa: ye

Hidup: Kenapa kau macam tak suka berkawan dengan aku dah sekarang? please tell me why?? why??

Masa: betul kau nak tahu sebabnya?

Hidup: mestilah.....

Masa: betul ni?

Hidup: ye lah! argh!!

Masa: Tak takut nanti kau terguris hati bila mendengarnya?

Hidup: Tak!! bagitaulah woi

Masa: Nanti kau sedih sangat sampai nekad nak terjun KB Mall

Hidup: Bagi tau lah cepat setan

Masa: Ok, Ok Nanti aku bagitau kau pada episod yang seterusnya...

Hidup: hah???

Masa: yela ni kan baru episod pertama..

Hidup: jilaka!!!

Masa: keh3








(bersambung...........)















.

Wednesday, February 8, 2012

Pekerja KFC i-city smack down pelanggan

Mengikut ideologi sesat barat al kafirun

The customer is always right

Walaupun customer tidak beradab, mulut kurang ajar, mulut macam loji najis, kita sebagai pekerja adalah hamba kepada mereka

hukumnya wajib patuh dan taat setia menyajikan perkhidmatan yang terbaik



Dan sebagai seorang pendekar  kfc yang tinggi maruah dan harga diri...memukul pelanggan biadab di khalayak ramai tanpa mempedulikan imej diri bakal tercalar merupakan tindakan  yang paling bijak serta membuktikan keberanian jati diri yang tinggi..












Segulung ucapan Tahniah seiring dengan Takziah teman ucapkan






.

Wednesday, February 1, 2012

Perubahan

Sedar tak sedar dah dua tahun aku terjun secara tidak sengaja ke bidang blogging...dan selama itulah juga aku telah berjaya menyesatkan pembaca-pembaca yang membaca blog ini dengan pelbagai ideologi dan propaganda semata-mata...YA anda semua telah tertipu selama ini..ngeh ngeh ngeh

Ok tak tipu pun sebenarnya jangan lah rasa kecewa merobek jiwa sangat....Lap air matamu itu, usahlah bersedih sayang   (lagu ombak rindu menyusul)







Dari awal penulisan membawak ke penulisan terkini aku, aku dapat lihat perubahan evolusi tulisan itu sendiri.

Memang 'what the fak' dan jilaka bila baca balik entri-entri lama..tapi aku memilih untuk membiarkan ia di situ tanpa  didelete.......


tapi kenapa?

'biarlah ia tersimpan sebagai arkib sejarah perkembangan tamadun tulisan aku'


yesza




Saban tahun manusia berkembang..

kita semua berkembang, berevolusi. berubah sama ada kita sedar atau pun tidak

cuma perubahan itu pantas, perubahan itu rapid, seperti bas rapid kl atau pun lambat seperti siput babi

atau sama ada perubahan itu menjurus ke arah perkara-perkara yang mahmudah atau mazmumah

atau sebenarnya kita tidak berubah?

atau sebenarnya kita perasan diri kita berubah tapi sebenarnya haramm tak berubah pun



























masih skroll ke bawah?

syabbas anda sememangnya seorang yang sentiasa bernafsu untuk mencari jawapan




Jadi kita 'pause' sekejap sebarang pekerjaan kita barang seminit dua dan nilaikan sebentar apakah perubahan atau peningkatan atau penambahbaikkan yang telah kita lakukan sejak setahun, 2 tahun, 3 tahun lepas atau bila-bila masa yang anda rasa tarikh yang sesuai sebagai penanda aras untuk perjalanan hidup anda..



apakah perubahan yang telah anda lakukan?





















.


Friday, January 20, 2012

Doa

Ada hamba Tuhan ni, dengan angkuh berhujah...

"Buat apa berdoa? tak payah berdoa..belajar betul-betul, kumpul ilmu cukup-cukup then aplikasikan ilmu yang kau ada,  dan rajin berusaha tanpa jemu kejar target kau..semua tu   dah cukup untuk kau capai impian kau..

"berdoa ni hanya untuk orang yang malas, yang tak tahu berdiri atas kaki sendiri..mengarut berdoa-doa ni, sepanjang hidup aku, aku berjaya atas usaha keras aku sendiri..tak pernah pulak aku berdoa..ok je.."

"aku tengok orang yang kuat berdoa kuat agama ni semua takde pun berjaya mana..takat tu je lah levelnya...otak pun sempit, tak berkembang langsung...miskin, belajar bengap jugak, malas nak ubah nasib diri dan keluarga...sikit-sikit redha..sikit-sikit bersyukur dengan apa yang ada...sampai tujuh keturunan pun tetap miskin kalau macam tu"

"Duk mengaji Quran terkumat kamit, repeat ulang-ulang ayat..hafal memang hafal, tapi maksud ayat haram pun tak tahu..lepas tu mengharap dimurahkan rezeki, minta keselamatan terjamin lah....apa lah....kejadah? usaha wei usaha...kau doa-doa lepas tu apa usaha kau nak capai target kau tu?"

"aku ni ha...asal family background aku dulu pun orang susah jugak, kalau aku duk balun berdoa, redha pastu pasrah...tak senang macam ni lah..miskin kolot macam puak-puak kuat mengaji je lah jawabnya.."

"Kejayan yang kau dapat adalah hasil usaha keras kau sendiri...bukan doa"


Begitulah serba sedikit ulasan dari seorang hamba Tuhan yang aku dapat ringkaskan


Presepsi beliau terhadap doa dan ayat dari kitab suci al Quran, mengucap panjang aku sekejap, sedih pun ada..

Ya, memang kau dah berjaya, memang kepala otak kau bijak, memang kau pandai berhujah menyusun bicara, logik akal yang padat , konfiden pun bagus..

Tapi bro, akidah dah problem sangat dah ni..parah..parah

Tujuan berdoa ada banyak.....membuat permintaan dari Tuhan adalah salah satu darinya. Dan permintaan itu tidak semestinya dimakbulkan, berdoa juga merupakan salah satu cara kita berkomunikasi dengan Tuhan, saluran untuk  kita mengadu......dan meminta petunjuk...dan bermacam-macam jenis sebab kenapa kita berdoa


Jangan sempitkan akal bahawa berdoa itu adalah ritual untuk membuat permintaan dari Tuhan semata-mata..

Ini tak betul

YA, aku setuju dengan pandangan kau yang menyatakan rata-rata (Tidak semuanya) ahli agama agak tertutup, agak jumud cara pemikirannya..

TAPI kepincangan yang berlaku itu bukan berpunca dari Agama Islam itu...tapi berpunca dari cara pemikiran tradisi  turun temurun yang tidak diubah...

YA, aku setuju berdoa kemudian  redha dan pasrah menunggu tanpa usaha yang keras adalah satu pekerjaan yang sia-sia. Ini memang cara salah, tapi Islam tak suruh pun buat macam ni...






sebagai umat Islam kemanisan yang sebenar hakiki adalah selepas kematian...berjaya kaya macam mana pun kau kat dunia takde erti bro...











.

Thursday, January 12, 2012

Tentang hal Fokus.....Lubang dan Korek

Tips hebat- Jika tengah-tengah anda kenikmatan korek hidung, tiba-tiba baru perasan aksi terlampau sedang diperhatikan, apa lagi..sila naikkan ibu jari anda menunjukkan isyarat bagus. Tidak lupa disertakan sekali senyuman semanis kurma.




Salam kawan

Maafkan diriku ini kerana telah lama tidak mencoret aksara nukilan disini..bukan sengaja hendak melukakan hati jantung serta buah pinggangmu..

betul ni tak tipu

cuma sekarang fokus aku pesongannya terarah ke sudut lain.

sekarang aku belajar fokus kepada suatu bidang pekerjaan dalam satu-satu masa.

bukan seperti zaman remaja, zaman jahiliyah kegelapan dulu balun 10 kerja dalam satu masa..sekarang mungkin berkurang, tiga kerja dalam satu masa atau mungkin dua.

kerana aku diberi ingat oleh seorang tok guru

"kau kalau mahu korek lobang, jangan tamak haloba, jangan korek 8 lobang sekaligus dalam satu masa..buat sakit badan penat melebih-lebih..tapi hasilnya kurang memberangsangkan

fokus kepada satu lubang, korek rajin-rajin, hasilnya pasti awesome dan sempurna kedalamnnya.



Begitu juga halnya dalam kita melakukan pekerjaan di dalam kehidupan kita ni... fokus kita tidak boleh mencapah..ia harus menumpu..barulah tajam






















.