Pages

mngkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu

mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat

bukan mengkritik dengan emosi


twitter @MrAyuL











.

Friday, July 9, 2010

Kontest Hanis dan Mira terlambat pergi Exam

Demi menyahut cabaran brader fndrocka aku telah mengkarang sebuah cerita pendek sambungan dari cerita karangan asal..hahaha

-->cerita asal



Setelah tamparan laju, sepakan jitu serta tumbukan padu yg dihadiahkan Mira kepada Hanis tidak berkesan membangkitkan nya dari tidur, ini mungkin disebabkan badan Hanis sudah lali kerana sering dibelasah oleh Mira…Mira berputus asa dan membiarkan Hanis terus hanyut dibuai mimpi indah..Tanpa mandian, Mira tergocoh2 menyiapkan diri menyarungkan baju kurung nya,..sbebelum Mira memecut ke Dewan peperiksaan, sempat juga dia melemparkan pandangan sayu ke wajah Hanis . “maafkan aku Hanis” bisik hati Mira..

Gelabah punya pasal Mira terlupa bahawa dia memiliki sebuah motor yang boleh di tunggangi..Mira pecut menggunakan kaki sahaja pada pagi yang malang itu. Mira mengaplikasikan pecutan lapan belas ribu langkah yg telah di pelajarinya semasa menuntut ilmu silat gayung, hasil pertapaannya bertapa sambil senyum selama 3 hari 3 malam di gunung senyum. Habis basah lencun satu badan, ketiak mula mengeluarkan bau masam macam bangkai tikus, Mira tak peduli itu semua, yang penting dia sempat sampai ke Dewan peperiksaan..sedang Mira berlari2 baru dia perasan bahawa dia tidak memakai kain, “celaka patut la aku berasa sangat bebas dan berangin” desis hati Mira..misteri orang awam terjerit2 dan memandang Mira beramai2 semasa Mira berlari telah terjawab....Setelah menyedari dirinya mempamerkan aksi terlampau, dengan sepantas kilat Mira melemparkan bom asap dengan niat untuk utk mengaburi penglihatan orang awam, namun sasarannya jauh ke laut..Mira tiada pilihan lain lalu melompat masuk ke dalam semak untuk menyarung seluar keselamatan yg memang sering di bawa nya ke sana sini. Setelah penat berlari laju –laju akhirnya Mira Berjaya menjejakkan kaki nya di depan pintu Dewan...

Setiba nya di depan pintu Dewan peperiksaan Mira tergamam….Mira terpaku……

Hanis menggeliat2 kan badannya yang tak berapa nak gebu tu,dia melihat jam pada henset cap ayam nya..7.30 pagi..mata nya melilau mencari2 Mira..Hanis cuba menalifon Mira…ringtone ‘Baby’ Justin Bieber berkumandang dengan kuat nya..cepat2 Hanis mematikan talian.. “adeh rosak otak aku dgr ringtone nih, mana plak la si Mira ni..mandi ke?henset pon boleh tertinggal. haish”..

“Syaiton betul Mira pegi exam tak tunggu aku!..” rungut Hanis..kecik ati pon ada..Hanis masih bingung kenapa Mira sanggup buat macam tu kepadanya…

Setelah lengkap bersiap, Hanis mengatur langkah nya yang ayu, se ayu wanita melayu terakhir..Hanis pun start motor ex5, bertambah pelik Hanis apabila melihat motor modenas Mira masih berada di sebelah motor nya. Perjalanan Hanis ke dewan peperiksaan di iringi rentak nyanyian sumbang didendangkan oleh dirinya sendiri..demi untuk menenangkan hati nya yg sakit terhadap Mira kerana hilang secara misteri..

Setiba nya di Dewan peperiksaan… Hanis tergamam….Hanis terpaku….

Mira berasa sangat terkejut, Jam yang tergantung di dinding dewan peperiksaan menunjukkan pukul 7.55 pagi…Mira usha jam tangannya..masih menunjukkan pukul 8.00 pagi..argghh!!..punggung ayam betul!! Jam aku rosak!!.....

Saat itu Mira berpaling dan ternampak Hanis berada pada jarak 3.5 meter di hadapannya..seperti yang aku katakana tadi.. Hanis tergamam….Hanis terpaku….wajah Hanis berubah menjadi seperti wajah seseorang yang melihat seekor beruk mak yeh..Ya, pada ketika itu Hanis sedang konfius apabila melihat keadaan Diri Mira yang saling tak tumpah seperti seekor beruk mak yeh..Mira berbaju kurung, berseluar dan memakai sandal…. “Wadafak ni Mira?” hati kecil Hanis berbicara..

Mata Hanis dan mata Mira bertentangan selama 1 minit.. “mata ke mata ke hati, hati ke hati termimpi2”…ujar Mira dan Hanis di dalam hati serentak…Mira mengerak2 kan bahunya semasa berkata di dalam hati tadi tapi Hanis tidak, mungkin kerana terlalu terkejut melihat keadaan Mira yang wadafak itu..

Peperiksaan hampir bermula..Hanis dan Mira mula mengambil tempat masing2..Hanis menjawab semua soalan dengan konfidennya sambil bingung memikirkan tentang Mira..manakala Mira menjawab dengan super konfidennya sambil menyumpah seranah terhadap nasib malang yg menimpa dirinya..tidak tahan di pandang hina oleh mata2 masyarakat sekeliling..Mira keluar awal dari dewan peperiksaan dan lari laju2 selaju pecutan lapan belas ribu langkah yang beliau da expert tu..

Kerana terlalu tertekan Mira enggan bercerita kepada Hanis.. Hanis masih bingung tertanya- tanya sehingga ke saat ini…

Sekian.

9 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Muka kau macam member aku do.Hahaha.Serius aku ingat kau member aku.

BTW,err...Fnd bukan suh type kat komen jer ker?Keh Keh.

Duniakuabstrak said...

hahaha kembar lain mak lain bapak kot..saje je aku nak abadikan karangan aku ni kat blog aku..syg woo penat buat..hehe

FCUTEAM said...

hanis masih bingung ke? hikhik




Aiz latest entry
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger
Kesilapan kita mood blogging down



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

hamzah ian said...

pergh.. meremang bulu

Duniakuabstrak said...

AiZ - yezza..bingug2 ayam..haha..

Hamzah Ian - cerita aku seram ke? (--")

Anonymous said...

ini cerita betul ke?

Duniakuabstrak said...

fndrocka - kisah tak benar khas utk ko bro..haha

nswjd said...

bhahahahah! best giler crite ni! karangan yg bgos! truskan usaha anda!

Duniakuabstrak said...

Nur Saxoni - tq...ade gak org baca citer ni lagi..haha